Saturday, April 30, 2011

baby when you down down down down down...

pernah rasa down tak dalam seumur hidup..tak down pun rasa macam blue..tak blue pun rasa macam the sky is falling down. down lah jugak kan..

jadi kalau down nak buat apa? sedih? nangis? cari tempat mengadu? lepas mengadu, lepas nangis, lepas sedih nak buat apa? kalau down lagi macam mana?

kes aku kes ringan. even down pun sebab tengok orang lain kaya..

tu je...

hidup dah penuh kesyukuran pun tak nak bersyukur lagi. tapi bila dengar rakan sekerja mampu bayar income tax tapi diri sendiri tak capai tahap bayar, berbulu juge. maklumlah, suka dengki dengan orang yang lebih kaya..mampu bayar income tax = kehidupan kaya.

best kalau dapat beli apa yang diinginkan. best kalau ada duit boleh buat downpayment rumah tanpa perlu buat pinjaman ah long..

best jugak dapat mengikut kehendak sendiri beli baju harga 2 ratus macam 2 ringgit..arrrgh suka tau merungut tenatang kemiskinan diri.bersyukur boleh tak?

kalau rasa baca belog orang lain lepas tu tengok pergh bestnye dia mampu milik i phone 4 (walau aku tidak lah fancy sangat pun) lepas tu rasa dengki - haruslah membawa kepada rasa down yang tak terhingga. tak pelah rezeki dia.

rezeki dia belajar oversea - boleh kumpul duit euro banyak-banyak. dan jalan-jalan sana sini. cantiknya salji, cantiknya pantai bukan kat malaysia. jelaous lagi..

siapa suruh tak belajar pandai-pandai. kan mak dah kata, belajar pandai-pandai, nanti boleh sambung belajar kat oversea. belajar oversea = kerja baik = kaya.

siapa suruh degil. kat sekolah asyik protes tak ada air je. nasi pun makan nasi kawah asyik mengantuk dalam kelas. eleh, orang lain okay je perform. boleh je kaya..boleh je pergi oversea.. aku ni yang malas..

padanlah muka..

tapi bersyukur ajelah. yang lepas tu lepaslah. agak-agak rasa dengki jangan dengar cerita dia lagi. jangan jalan-jalan belog lagi. ni nak link belog berprestij tinggi je kan. haruslah dengki tak habis-habis. huhuuu..

life............must goes on..

4 comments:

  1. mengapakah? seminggu aku kat sarawak, ko mengalami kemurungan? (ceh, bajet ketiadaan aku lah penyebabnyer :P) oh jangan risau, aku pun ade hasad dengki jugak, kekekek. normal bukan? anyway, i'm back!

    ReplyDelete
  2. zura, jangan ler gitu zura oi....
    ce ko pandang orang yang makan siput babi...hihii..nanti ko rase oh bertuahnya aku dapat makan siput sedut..yumyumyum...huhu

    jangan cedey2 tau...setiap orang ade rezeki masing2.....InsyAllah...:)

    ReplyDelete
  3. ko rasa macam apa yang aku rasa...selalu down..kenapa aku tak dpat itu ini. kenapa laki aku tak macam laki dia. tapi Allah dah tentukan untuk kita. Aku pikir mungkin ada hikmah and kebaikan lepas aku habis belajar nanti. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

    ReplyDelete
  4. hehehe hidup mesti ada satu time rase nak dengki je. kehkehkeh...anyway, thanks girls for the support (cewah!)

    ReplyDelete