Saturday, April 30, 2011

baby when you down down down down down...

pernah rasa down tak dalam seumur hidup..tak down pun rasa macam blue..tak blue pun rasa macam the sky is falling down. down lah jugak kan..

jadi kalau down nak buat apa? sedih? nangis? cari tempat mengadu? lepas mengadu, lepas nangis, lepas sedih nak buat apa? kalau down lagi macam mana?

kes aku kes ringan. even down pun sebab tengok orang lain kaya..

tu je...

hidup dah penuh kesyukuran pun tak nak bersyukur lagi. tapi bila dengar rakan sekerja mampu bayar income tax tapi diri sendiri tak capai tahap bayar, berbulu juge. maklumlah, suka dengki dengan orang yang lebih kaya..mampu bayar income tax = kehidupan kaya.

best kalau dapat beli apa yang diinginkan. best kalau ada duit boleh buat downpayment rumah tanpa perlu buat pinjaman ah long..

best jugak dapat mengikut kehendak sendiri beli baju harga 2 ratus macam 2 ringgit..arrrgh suka tau merungut tenatang kemiskinan diri.bersyukur boleh tak?

kalau rasa baca belog orang lain lepas tu tengok pergh bestnye dia mampu milik i phone 4 (walau aku tidak lah fancy sangat pun) lepas tu rasa dengki - haruslah membawa kepada rasa down yang tak terhingga. tak pelah rezeki dia.

rezeki dia belajar oversea - boleh kumpul duit euro banyak-banyak. dan jalan-jalan sana sini. cantiknya salji, cantiknya pantai bukan kat malaysia. jelaous lagi..

siapa suruh tak belajar pandai-pandai. kan mak dah kata, belajar pandai-pandai, nanti boleh sambung belajar kat oversea. belajar oversea = kerja baik = kaya.

siapa suruh degil. kat sekolah asyik protes tak ada air je. nasi pun makan nasi kawah asyik mengantuk dalam kelas. eleh, orang lain okay je perform. boleh je kaya..boleh je pergi oversea.. aku ni yang malas..

padanlah muka..

tapi bersyukur ajelah. yang lepas tu lepaslah. agak-agak rasa dengki jangan dengar cerita dia lagi. jangan jalan-jalan belog lagi. ni nak link belog berprestij tinggi je kan. haruslah dengki tak habis-habis. huhuuu..

life............must goes on..

Thursday, April 28, 2011

the lack of activity

sejak kebelakangan ni, aku dah tak ada idea nak menulis, nak report apa kat sini, nak cerita-ceriti unless kalau ada aktiviti best macam partay hari tu, or berjhemba sakan bersama suami. cuma baru baru ni pergi hantar perisikan (okay, merisik) adik aku yang lelaki tu. ye, beliau sudah gatal mahu kahwin juga. rumah perempuannya dekat kajang aje. jadi rumah aku jadi tempat persinggahan. dekat je.

sabtu tu juga aku masak untuk whole family. hebat bukan? ye, saya bukan perempuan kaki masak seperti yang diketahui. jadi achievement terbesar bila dapat buat sambal ayam, telur pizza, sayur campur, ulam salad and tomato dan terubuk bakar. okay lah sebagai amatur di situ. kira aku kurang hebat sikit je dari master chef junior.

dan sekarang pun list kat sebelah ni pun banyak juga yang tak terupdate. ada yang pergi tumblr macam aku kata sebelum ni, ada yang macam dah malas nak update blog mereka. mungkin takda aktiviti sangat macam aku juga. mungkin juga baru sedar yang berblogging equals to money dah tak boleh pakai. and rasa pelik bila orang yang tak dikenali baca kisah harian kita dan tahu serba serbi tentang kita. well most people write about their life. kalau kehidupan best dan hebat selalu dapat benda free untuk cuba dan try so that boleh promote to people who reads their blog, or having this latest technology of any gadget, or having this blissful day hanging out with celebrities and not to forget tips of being beautiful like them, tak ada masalah kot. that can be your 'super side-income' kot.

i think blogger dah nak jadi macam friendster. remember friendster? kesian kan? tak ada siapa nak peduli dah because EVERYTHING has facebook now. even 'aku benci anuar zain' pun dah ada akaun dia sendiri. what the heck. aku pun tak tau that page wujud atau tidak.

well. from now on, don't expect me to update everyday and bloghop like always (yeah, like everbody is hoping for you to update this shit everydaylah kan..) sebab life sudah sedikit numb, maybe aktiviti waktu weekend je kot so that i can keep track on what's happening in my numb life nih. so that bila abah aku kata eh bila kita pergi merisik hari tu? i can give him the exact date - oh abah at 23 april 2011 ya abah..i trace back from my blog. hehe..

oh bunyi semua macam giving up kan?

Wednesday, April 27, 2011

macam ba...

boleh lah sambung.. ba..ba...by ke, ba...ngau ke, ba...sikal ke...

sometimes diri ni stress sikit je. lepas tu orang tu tambah, orang ni tambah, internet tambah, menyampah! i wanna write about this stupid dr tapi takpelah simpan dalam hati je.. len kali jangan pergi klinik tu lagi. tu je..

atau lain kali jangan kawan dengan si anu tu lagi. tu je..

atau lain kali buat pekak je..

buat bisu keee...

atau lain kali sepak je bontot dia...

stress,tolong blah dari hidup aku boleh?

Thursday, April 21, 2011

rumah punye cerita

bukan rumah aku, rumah mak aku.

so weekend hari tu hidup membujang. pergi jumpa rakan-rakan jadi gembira dan hilang kesunyian. tapi balik rumah sunyi balik :( jadi boring dan kemas bilik bersepah.

the thing is, rumah mak hanya ada 3 bilik. bilik mak + abah, bilik aku, and bilik adik lelaki ku. jadi mirah si perempuan itu berkelana lah barang dia bersepah-sepah. hari tu dia pindah sekolah, tamat tingkatan 3, buang semua buku yang ada dalam bilik aku (grrr..). bilik adik lelaki yang sebelum ini dia pakai tapi sebab beliau pun dah balik, haa barang semua campak dekat bilik aku. sebab dia duduk asrama, barang dia bersepah. eh, faham ke maksud penyampaian aku ni?

well, kalau berkongsi bilik tu buatlah cara berkongsi bilik cik kak oi!

aku kemas. lepas tu sekarang dah cantik balik. meja solekan bukan tempat letak novel merapu okeh! juga bukan tempat letak keychain merepek.


okay, mungkin aku akan mengamok sekali lagi (dan bersin banyak kali) kalau dia sepahkan lagi. well, gambar di atas adalah tempat paling menarik yang aku suka. plastik flowers berbaki buat hantaran 6 bulan yang lalu. dan frame paris, better letak kat bilik ni jelah. will put some nice pictures inside. kalau letak kat ruang tamu nanti iman tarik pecah pulak. kehkehkeh..

this is so random.

Wednesday, April 20, 2011

Monday, April 18, 2011

hal nikah dan kahwin

hal nikah dan kahwin hal besar. jadi haruslah mintak persetujuan ibu dan bapa dulu, jangan membelakangi mereka, bincang dengan elok jika mereka tak suka, ambil hati mereka supaya terbuka hati mereka untuk suka, dan selepas tu, nak kahwin, kahwinlah..

kan?

Sunday, April 17, 2011

azalea's bridal shower..

date: 16 April 2011
vanue: fullhouse jalan yap kwan seng
theme: red and white

ina and i were the first customer that day! buat macam restaurant sendiri hari hujan pulak tu. and the waiter is nice. had a great time with the girls. great color. great laugh. great ambiance. great everything! looking fwd for another shower after this.... ;)

the menu
azrina and dina
ketibaan adah

yati!

the troop!

azza's invitation card!

yummy drinks and the marbles pop!

my food. 

the bride to be - AZZA!

me and suzy with the great interior deco. 

group photo ada kat ina. super nice. dah tengok dalam kamera beliau. and to azza, hope you like the gift! hope you love this party and selamat pengantin baru! seronok tau jumpa-jumpa macam ni..hope to see u guys again soon. and definitely bring my hubby here. untuk rasa lebih bercinta. boleh?

katakan ini cantik IV !!


kan best kalau aku kurus pakai putih nampak cantik je..

Saturday, April 16, 2011

Thursday, April 14, 2011

hari-hari lalu

hari-hari lalu tepi hutan bangi. ala, jalan bengkang bengkok yang i kata kalau traktor kat depan confirm kena tunggu sampai hujung jalan baru boleh potong tu..alaa yang tuu...

ok dah. jadi hari-hari lalu situ, lalu bangi lama, lalu pinggir sungai ecewah macam berada di kampung aman dan damai.

kalau dari rumah ke tempat kerja mesti jumpa kambing, jumpa lembu, jumpa kerbau, jumpa kuda! jadi kena slow sebab lembu melintas jalan, kambing melintas jalan, kerbau melintas jalan, kuda tak lintas jalan. dia baik-baik je makan rumput kat tepi tu.

lepas tu dekat hutan bangi tu, walaupun kena slow tapi aku laju jugak. laju tak laju sangat lah. tapi kalau bukak tingkap lepas tu tutup radio sambil  kereta menyelusuri tepi hutan bangi tu rasa best sangat sebab dapat dengar bunyi cengkerik. dapat hidu bau hutan (kalau tak ada traktor kat depan) dapat tengok monyet kat tiang elektrik. dapat tengok hutan yang hijau dan damai. best betul.

memang rasa best sangat kalau bawak kereta pergi balik kerja ikut jalan hutan bangi. tak terasa bengkang bengkoknya. tapi kalau ada kereta L kat depan, traktor, jengkaut tu tak bestlah sebab slow sangat. tak rasa thrill bawak kereta bengkang bengkok sambil drift sambil menikmati keindahan hutan kan..

dah ni memang entry random... ")

Wednesday, April 13, 2011

zon selesa yang tak berapa nak selesa dah

aku sekarang kerja bagus..rumah dekat, jam pun takda. tak payah lalu tol, tak payah bising kereta makan minyak, nak balik kutip baju sebab hujan pun boleh sebab kerja fleksibel dan dekat..

tapi...

perasan tak kerja sekarang kebanyakannya kontrak aje? jadi yup, aku akan dikontrakkan sampai hujung bulan 6 ni je. bukan aku je, semua colleague aku sedang berusaha mencari tempat baru seselesa macam ni..bukan rahsia lagi.

orang kata jangan berada di comfort zone sepanjang masa. tapi, comfort zone itu indah!

there's a few job - klang...jauh sangat.. shah alam, jauh jugak...kl oooh jam! seri kembangan, seri kembangan okay...eh, nilai pun okay.. seremban? jauh sangat. ada colleague aku cadangkan kat taman u skudai - hahah taknaklah pindah skudai balik. baik buat phD kat situ kot..

umalaya? umalaya okay. ada opening. tissue culture, jiwa dan raga. tapi kl tau! kawasan hotspot jam. bila fikir balik zaman kepong bangi dulu macam nak nangis. takkan nak tukar kereta auto? kerja pun tak comfirm lagi. jadi mungkin nak bertekad. duduk sini jelah. duduk sini diam diam. aku memilih ke? aku tak kisah kalau aku bujang. mana-mana aku boleh cari rumah sewa. bawa baju dan tilam aje. macam dulu masa bujang menyewa kat bangi.

tapi ni dah kahwin banyak kekangan nak pndah randah. barang kat rumah dah banyak. kalau boleh, bila nak berpindah biar sekali dua je pindah dalam seumur hidup. aku taknak stress. stress tidak membawa bahagia tahu? sebab berpindah waktu bujang pun stress, ini kan pulak nak hangkut peti ais, meja makan, katil tilam dan almari. at least dulu-dulu pakai almari kain je. tak pun pakai kotak je..

jadi lokasi itu penting. jadi nak kat selatan je. jadi nak kerja kat bangi je, jadi senang nak kutip baju kat rumah kalau hari hujan (padahal sidai baju indoor je. gedik.)

aargh..! chaiyok chaiyok! berusahalah!

katakan ini cantik III !!

nak jacket tuuu...

3F's buat lucky draw tau!

3 f\

oh 3F's. i suka belog you, i suka gambar you and i suka dressing you, i suka artwork you juga (wow, kipas!). anyway, 3F's buat lucky draw jadi i nak pilih barang percuma yang i nak dapat kalau lucky..


i nak semua! ok tamak di situ.. i suka buku, jadi i nak LD1 sebab cerita the wedding girl dah tak berapa sesuai dengan i..:P i pun nak shawl jugak jadi i nak LD4 yang warna purple ittew sebab i suka warna purple..

oh menggeletiknya i tulis entry ni..harap i lucky okeh! woot woot!

more info boleh tengok di belog 3F's ini..

*mode gembira sebab aku mimpi Jozan, boleh? sebab dorang buat lawak, jadi gelak sepanjang tidur. :P

Tuesday, April 12, 2011

finally..

aku harap aku akan sentiasa dimurahkan rezeki, ditenangkan hati dan sentiasa memandang positif tentang masa hadapan.


amin..

Saturday, April 9, 2011

heard of tumblr?

what is tumblr? honestly, aku pun tak tau but when people i followed mostly moved to tumblr and kind of not updating much in their Blogspot, i wonder what is great about tumblr.

nanti nak discover. sebab bila try sign up, email aku macam dah ada orang guna? that's weird lah kan. entah-entah pernah sign up tapi lupa. but heard that tumblr tu convenient sikit kot. and senang upload gambar? i don't know.

its not that i want to move to tumblr too. but just curious.

hee hee..

anyway, is reading hanatajima tumblr. nice. :)

Thursday, April 7, 2011

as long as you love me

this morning, I listened to fly.fm. gua gelak sorang-sorang dalam kereta. ada dia kata minat lagu backstreet boys adalah memalukan? siapa tak setuju boleh angkat tangan macam saye....*usop.

jadi adakah minat backstreet boys yang dulu orang gila-gila minat kat nick carter macam sekarang orang minat gila gila kat justin bieber adalah memalukan? hmm, aku tidak die-hard fan tapi sebenarnya agak segan nak mengaku minat backstreet boys kot. tapi tipu gile tak minat bila hafal lirik lagu 'as long as you love me' dari awal sampai habis. lepas tu gelak-gelak lagi dalam kereta sorang sorang sebab teringat masa form 4 beli kaset bsb lepas tu bangga gila dengan mizah sebab poster yang aku dapat lagi besar dari poster dia kot! lepas tu aku lekat kat mana huh? lupe..

by the way, bile orang tanya aku malu nak mengaku aku minat bsb sebab lepas tu eminem terus menjulang nama, bajet hiphop lalu minat eminem pulak.. boyband tak main arh.. zaman dulu boleh la... :P boyzone, 911, dont go changing rearranging..hold on to the world sensation! zaman dulu bolehlah kot. cuba ada ornag nak buat balik boyband sekarang, kena boo atas pentas kot..


kena terima kenyataan jugak dulu minat bsb. walau ada sedikit malu (sedikit je) walau sekarang minat mcr. mcr cool ape. tapi nanti dah usia awal 50-an malulah pulak kot nak mengaku minat mcr. bayangkan cucu aku nanti cakap ape "nenek likes MCR. she head bangs until now" sambil dari dalam rumah aku kedengaran lagu 'I'm not Okay' - i'm not okay sebab dah tua..huhuuuu...

tapi atas sebab rindu, aku nak letak jugaklah lagu as long as you love me buat tatapan peminat semua. hahahahaha *gelak malu..




i don't care whooo you arre, where youre from what u did, as long as you love me...keh keh keh...

Monday, April 4, 2011

girls' day out

last saturday, we had this so called meetinglah. but bila keluar dengan azrina my dear friend ni mesti teruja. mesti rasa 'OMG i'm soooo looking forward to this day out!'.. we need to survey something, itu sebab kena ambil kesempatan untuk berjhemba.

beside having this "oh, i need a pair of gladiators" "oh i need a pair of flats" jom kita masuk kedai ni jom main belasah je masuk kedai tu, eh aku nak beg baru" suke pergi tempat makan baru jugak..azrina, thanks sebab ajar aku makan tutti frutti (ok, i kan jakun sikit jadi first time di situ ;P)

so let the pics do the talking lah!

comelsnyeeew
a jug of watermelon blast!

delicious!


and my spaghetti carbonara

and me having a bliss..
oh ya, that day, aku yang dari bangi ni gigih datang ke one utama, dan sesampainya aku di situ, aku check beg besar aku, aku terlupa bawak phone. aku bagai berlari-lari di sekitaran mencari telefon dimana kebanyakan tempay out of service..what?? tolonglah betulkan public phone anda oh one utama, so that people like me (yang selalu lupa mana dia letak handphonenya) can make a call. ended up pinjam telephone akak cleaner (kot) then encik suami tak angkat pulak. nasib baik ada satu phone berfungsi baru encik azmi nak angkat. sebab nombor random jadi beliau tak nak angkat..huhuuuu....mintak no telefon ina dari situ then  baru boleh telefon ina dan mari berjumpa kat garden tu. ingat balik penat, nak tulis balik penat, hari tu lagiiiii penat..nasib baik makan sedap..puas hati i..