Tuesday, March 15, 2011

sudah lame

boleh pronounce ayat di atas as sudah lame (lama) atau 'lame' (bosan).. jadi description untuk belog ini sekarang adalah both of the words. sebab urs truly macam sudah lama tak update, and sedang menghadapi hidup yang 'lame'.. well, ape nak dikata, tiada perkara menarik yang terjadi sepanjang pemergian. asal ada perkara menarik je nak tulis kat sini. yang tak menarik, diri sendiri pun tak nak baca..

anyway, perancangan sudah dibuat. aku sudah paksa laki aku untuk jom kita le tour naik basikal panjat brinchang. tapi tipu sangat naik basikal, naik kereta sudeh. entah bile lah nak memulakan perjalanan tu. minggu ni? tak boleh nak pergi mapex..

bercakap mengenai mapex, sekarang kami berdua yang boring hujung minggu suka sangat tak buat ape-ape melainkan balik rumah ibu bapa mertua laki aku (parents aku) dan pau makanan mereka, kami sednag cari rumah untuk diduduki. emak kata sangat rugi setiap bulan bayar rm500 setiap bulan untuk sewa rumah. sekarang dah hampir setengah tahun duduk rumah tu. rm500 x 6? rm3000.. setahun? rm 6000 boleh buat downpayment untuk rumah kos rendah..

tapi aku sombong dan bongkak, tak nak rumah kos rendah. aku nak rumah dua tingkat ada swimming pool siap ada taman bunga kat depan rumah. juga tukang kebun untuk memantau pertumbuhan pokok cili aku. tapi itu hanyalah angan-angan kosong aje. haruslah semua itu bukan mampu milik..

by the way, mapex hujung minggu ni semoga adalah hendaknya rumah lego yang berkenan di hati. hampir setengah tahun juga cari rumah yang mampu milik tapi haruslah kat kl and selangor ni tidak mampu milik mane. maklumlah, gaji tahap pembantu am rendah aje...

jadi itulah...semoga aceria hidup ini hendaknya. ramai yang mengeluh sana-sini..tapi kebanyakan keluhan adalah sebab duit kan? aku pun same..nampak je bahagia, bila fikir pasal duit terus stress..kan best kalau duit itu tak wujud? sistem barter best ape...

dah lah bye..!

6 comments:

  1. kenapakah ko sombong dan bongkak, rumah kos rendah okay ape, hehe. tinggal di kondo atau apartment, tak mau ke? tu rumah lebih 2 tingkat, ade swimming pool and ade tukang kebun. ko bleh buat garden kecil jikalau ade balcony.

    bosan? mari tengok teater lat, pelakon awie, atilia, jalil hamid, dengar cam best.

    ReplyDelete
  2. azrina, aku sudah muntah tinggal di apartment atau kondo sebab seumur hidup tinggal atas rumah orang je (even sekarang pun)...

    ina dah ajak pergi 'lat' teringin juge.. mahukah? :P

    ReplyDelete
  3. info for sharing :

    shah alam seksyen 30 byk umah landed br naik...rm170k...single storey...:)

    ReplyDelete
  4. mulan, thanks for your info!!!

    nanti nak usha kat shah alam pulak :)

    ReplyDelete
  5. ajue..ak juge suda kerja 4 tahun..masih menyewa juga..
    umah mula2 550 X 24 bulan
    skang 400 X 24 bulan
    muntah bayar umah org..tapi umah kat kl??haihs..mahal...sume 3ook ke atas

    ReplyDelete
  6. shima, standard rumah kl macam tu..tapi kat rawang tu macam banyak ape, tak jauh sangat ko dari tempat ko....less than 300k..try cari..

    ReplyDelete