Saturday, March 19, 2011

sentap hati mak nak!

hari-hari aku lalu bangi lama untuk pergi tempat kerja aku. kalau lalu bangi lama, haruslah lalu tepi hutan bangi. bukan, aku bukan nak cerita hantu datang di tengah jalan atau monyet tergolek ke arah bertentangan..

tapi sikap pemandu dekat jalan bengkang bengkok satu lane tu hah..

kamu semua tahulah kan, aku bawak kereta sopan santun tahu! dan seorang observant juge.. jadi suka observe cara orang bawak kereta. ada beberapa perkara yang buat aku rasa sentap hati mak nak!!!!! bila lalu keliling hutan bangi iaitu:

1. kereta belajar memandu.

aku tidak gemar dengan kereta belajar memandu jalan slow gile lalu hutan bangi bengkang bengkok aku nak potong tak boleh. lambatnya Ya Allah 20 km/jam kot. jadi aku akan keluar masuk keluar masuk lane untuk lihat ada kereta tak di arah bertentangan. tapi sebab sopan dan santun dan tidak expert juga, maka hasil akhir ialah sumpah seranah sampah sampai depan MGI jalan luas sikit baru boleh potong..huh!

2. tail-gate melampau..

well hello, i know my car looks like sekolah belajar memandu punya kereta. teteapi tidak bermakna aku juga belajar memandu kereta. aku memegang lesen kompeten. kehebatan membawa kereta adalah tidak dapat diasangkal lagi. jalan bengkang bengkok macam tu maximum boleh pergi berapa, 80km/jam? takkan tak boleh sabar kot! lainlah kalau aku bawa kereta macam orang atas tu jadi berhak tail gate secara melampau supaya budak baru belajar itu gelabah gila lepas tu mati enjin. dengan aku nak tail gate, lagi aku perlahan ade. jadi jangan melampau!

3. jentolak!!

err, if you guys know, jentolak - ala, jengkaut ke jentolak ke yang ada pengaut depan belakang tu. well, aku tak kisah lah kalau dia nak lalu situ waktu lain, tapi kalau waktu orang pergi kerja JANGAN boleh tak jangan? tapi sekali sekala tak pe aku tak hangin sangat, aku faham perasaan pakcik tu, bukan salah dia jengkaut dia tak ada 100 kuasa kuda.

4. orang buat jalan..

sebelah lane buat jalan, maka tinggal satu lane sahaje. mulalah kena bergilir-gilir untuk kereta dari arah bertentangan lalu jalan yang sama. mulalah kena tunggu lamaaaaaaaaaa lepas tu baru jalan lepas tu tunggu lamaaaaaa algi lepas tu baru boleh jalan.. bang, nak betulkan jalan atau potong pokok atau menyawit, curi balak dan curi pasir ke, tunggulah time orang bekerja. bukannye waktu orang balik kerja atau pergi kerja. boleh?

5. road block

loh! abang polis, aku taulah senang ko nak tangkap budak naik motor tak ada lesen bile jalan dah dua hala je macam tu tapi boleh juga bidak-budak ini kona baring patah balik tanpa mengira kereta dari arah bertentangan. jadi darah aku dah menyirap kat situ bila tiba-tiba motor melintas depan aku nak patah balik sebab nampak encik polis. lain kali jugak boleh?

dahlah cukuplah setakat itu. lain kali tambah lagi okay!

(terngiang-ngiang like a geeeesik like a geeeesik..)

2 comments:

  1. erm, aku tau arr ko marah tapi boleh tak aku rasa ko kelakar, kekekek. anyway, are u sure u're not pregnant? cause org pregnant memang cepat menyirap, hehe~

    ReplyDelete
  2. haha azrina, sampai hati ko gelakkan aku :P. anyway, aku tak pregnant, mood swing terlebey jerh. kalau aku pregnant lagi mood swing tunggang langgang kot! kekekekekee..

    ReplyDelete