Friday, March 18, 2011

sedih

aku sangat macam nak nangis setiap kali lihat berita mengenai jepun di TV sekarang. sudah lah tsunami, gempa pulak tu, loji nuklear pecah pulak tu, terdedah dengan radiasi pulak tu, salji pulak lagi. dugaan apekah yang diberi Tuhan pada mereka ini...? haraplah bersabar dan terus tabah hendaknya mereka untuk menghadapi semua ini...

tapi mereka memang kuat. ditambah dengan displin yang tinggi, lihatlah bagaimana mereka survive dengan baik sekali. beratur panjang dan sabar untuk ambil makanan, membuat panggilan telefon, cuba kalau negara kita? macam mana kalau kita sendiri yang menghadapi keadaan ini?

sama-samalah kita bermuhasabah dan berdoa untuk mereka...

No comments:

Post a Comment