Wednesday, March 16, 2011

phD

sesiapa nak sambung phD dan nak minta dana, boleh consider ini...atau tengok website ini:


my phD!


PENGENALAN

Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia.

MyPhD

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.


KRITERIA MyPhD

Calon-Calon

v Pelajar awam

v Kakitangan swasta

v Pensyarah IPTS

Tempat Pengajian

v IPTA

v IPTS bertaraf GLC (UTP, MMU & UNITEN)

Bidang tajaan

v 60% - Sains dan Teknologi

v 40% - Sains Sosial/ Sastera Ikhtisas

Kontrak

v Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

SYARAT PERMOHONAN

i. Warganegara Malaysia;

ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;

iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;

iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda ataupengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

v. Pengajian secara sepenuh masa;

vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah)

vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.


ELEMEN PEMBIAYAAN


KATEGORI

YURAN PENGAJIAN

( MAKSIMUM SEPANJANG PENGAJIAN)

ELAUN SARA HIDUP

( MAKSIMUM

42 BLN)

ELAUN BANTUAN JURNAL

ELAUN TESIS**

Pelajar Awam

(Tidak Bekerja)

IPTA & IPTS

: RM 24,000

RM2,300/bln

RM2,000

RM3,000

Kakitangan

Swasta

IPTA:

RM 24,000

Tiada

RM2,000

RM3,000

Pensyarah IPTS

IPTA:

RM 24,000

Tiada

RM2,000

RM3,000

*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan

** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki


SYARAT KONTRAK


v Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;

v Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.

PEMOHONAN & PENAWARAN


v Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.

v Tawaran juga secara “online” akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

v Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.

v Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:

i. Memperolehi surat tawaran pengajian;

ii. Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)

Url : https://www.mohe.gov.my/MyBrain15

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
(u.p.: Program MyPhD)

No. Tel: 03-8888 1616
Fax: 03-8884 4701
Email:myphd@mohe.gov.my
URL:http://www.portal.mohe.gov.my/biasiswa


ok, dah pergi mintak sekarang...

No comments:

Post a Comment