Tuesday, March 8, 2011

kosong

sekarang ni fikiran sedang buntu. jadi tak da update tentang diri sendiri since minggu lepas. bajet bizi memanjang. sabtu ahad edit gambar untuk photobook, pergi econsave beli barang dan berehat bangun lambat kat rumah.

heaven...

tapi pening kepala sedang cuba sedaya upaya untuk cari kerja baru. kerja sekarang dah tak best. projek dah pun habis. kalau wujud pun kompeni ni sampai bulan 6 je. gomen, bile nak ambik aku kerja? apa teruk sangat ke qualification aku sampai satu organisation pun tak nak amik aku kerja?

one thing about being me is, malang sungguh dalam bab mencari kerja. aku rasa if aku ada phD pegang ijazah kedoktoran pun ,belum tentu ada kerja menanti. maklumlah konon nampak je happy go lucky dan bermuka garang, dalam hati Tuhan aje yang tahu.

aku nak kerja tetap yang menjamin masa depan aku...

tapi susahlah. 12/3 ni, genap setahun kerja sini. tapi sayang projek dah nak habis. sepatutnya, berusaha cari kerja since last year lagi. tapi tangguh-tangguh dulu dan hidup gembira. oh wait, bukan ke aku sibuk kahwin tahun lepas? oh betul lah, jadi tak ada masa.

dah macam mana? terkial-kial lagi..penat tahu cari kerja. sepanjang kehidupan, 3 kali mengalami kesusahan mencari kerja. dah faham sangat tentang selok-belok tips segala bagai, tapi still tak nail that resume. ye, resume. aku dah mintak superior aku check kan resume aku. she said okay..

so hopefully rezeki datang bergolek. aku dah berusaha dah. penat nak fikir dan mencari. thruogh internet, jobstreet, macam-macam lagi.buku biomalaysia 2010 pun terjah jugak. biology student, bukan senang nak dapat kerja sangat pun. dalam hati kecil, cis menyesal aku amik course ni. semua budak sains akan kata macam tu. mesti punya! konon nak jadi hub biotech la, apala, betul aku cakap, janji tinggal janji. budak sains still susah nak dapat kerja..

jadi adik-adik, tak payahlah berangan nak jadi saintis. susah dek nak dapat kerja. tak kaya pun.. kalau ada kabel mungkin ada harapan, kalau setakat macam aku yang tak ada orang kuat mengalir dalam darah kekeluargaan ni, sorry to say laah. ini bukan tipu, ini kenyataan..

ambiklah course engineering ke, apa-apa engineering pun okay. kalau tak mampu nak amek medic, amek law pun okay. tak payah lah minat subjek biology kalau tahu diri tak mampu dapat 4 flat kat matrik atau straightA masa SPM. student bio masa kat sekolah menengah dulu yang ada masa depan cemerlang cuma doktor aje.. tolonglah percaya...

oh sudahlah merungut. penat merungut. sendiri juga bebal sebab tak belajar rajin-rajin dulu. asyik nak ungkit benda yang sama, asyik nak meratap perkara yang dah berlalu. jadi marilah fokus pada masa hadapan. jangan toleh belakang lagi. silalah berada di dunia nyata dan enjoy life sehabis baik. rezeki ada di mana-mana.

end

6 comments:

  1. aku setuju part " budak sains susah dapat keje"....sobsobsob

    paham perasaan ko coz aku jua begituuuuuuuuuuuuuuu

    semoga Allah murahkan rezki kita ..amin (^_^)

    ReplyDelete
  2. amiiiiiiiiiiiiiiiiin! (hah, panjang amin aku..huhuu)

    ReplyDelete
  3. haish ju-are nih...x baek..x baek...hehe...mane lak budak sains susah dpt keje...lum rezeki la tu... ade yg habis blaja, 1st interview, trus dpt yg kene mengene (Alhmdulillah akak dpt, tp tolak sbb ayah x bg n suh wat master, tanpe kabel ye...hehe)... bersabar la ye...xmo marah2 psl rezeki.... good luck ye..ade tu x lame lg.. Amiinn.. =)

    ReplyDelete
  4. itulah kak dot..doakan saye supaya dimurahkan rezeki nye..haha suka emo kan saye ni..huhuu...

    kena berusaha sehabis baik nih!

    ReplyDelete
  5. zura, i keje gomen...kalau sains yg bidang bila sebut tu org pun x faham apa yg uols belajar mmg susah nak dapat, sbb nya kosong pun sikit, ikut keperluan...masalah dtg bila yg grad beribu riban..cmno dek?

    bila fikir2 and nak jawab pertanyaan public mmg rasa kesal dgn senario ni tp itulah kenyataan...sabar ye...

    ReplyDelete
  6. lin, betul jugak kata u tu..graduate banyak, jawatan kosong sikit jadi terpaksalaaa berlumba-lumba untuk menganggur..:P

    terpaksalah terima kenyataan...

    ReplyDelete