Monday, March 21, 2011

dalam proses mencari rezeki

Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi boleh bekerjasama dengan suami untuk meneruskan hidup ini. cuma sekarang mahu tambah aset. maklumlah, dah Tuhan bagi betis, mestilah nak peha kan. hamba apalah ni..yelah, sebagai hambanya, haruslah kita sentiasa bersyukur dengan pemberian-Nya.

kadang-kadang, rezeki orang murahnye, rezeki kita, kita kata tak murah. padahal, banyak limpah ruah yang Tuhan telah berikan, cuma yang kita nampak kekurangannya sahaja, kelebihan kita tak nampak. kita nampak duit melimpah ruah berkepuk-kepuk dengan bisnes orang sana sini. berjaya pulak tu, mulalah kita yang tak sedar dek untung asyik dengki dengan kelimpahan rezeki orang lain membuat onar. ornag melayu, biasalah..

macam tak belajar pendidikan agama islam. padahal dah belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5. mungkin dah mentaliti masyarakat untuk mencari rezeki secara besar-besaran agar hidup senang di mana? di dunia kelak..sampai lupa kita pada akhirat, sampai lupa objektif hidup sebenar, sampai lupa kenapa kita ada kat dunia ni?

cari rezeki sampai separuh mati, manusia dah jadi macam robot. entah siapa programmer dia pun tak tahu. pagi-pagi lagi dah pergi kerja, sanggup menghadapi jalan jam yang dasyat tu, seorang satu kereta pulak tu, untuk apa? untuk pergi kerja. dengan stress tak habis lagi sebab jalan jam, stress lagi sebab kerja. balik kerja nak menghadap jam lagi. sampai rumah dah penat terus tidur. tiap-tiap bulan dapat gaji bayar itu dan ini, habis begitu sahaje. duit rumah, duit kereta, dan makan hampir semua gaji termasuklah duit minyak dan tol hari hari pergi balik kerja. hujung minggu rehat kat rumah. kalau ada duit lebih sikit boleh pergi melancong - kalau lah...kalau tak ada?

hidup di usia muda hanya bekerja sahaja kan? seronok lihat orang goyang kaki sambil tulis belog atau bela kambing di waktu pagi dan petang hisap rokok minum teh panas di tepi pangkin lihat suasana nyaman sambil gelak-gelak tengok orang gigih sangat pergi kerja. aduhai bestnya..

seronok juga lihat para suri rumah yang tinggal di rumah besar buat business dari internet atau diam sahaja tak buat apa-apa selain pergi shopping sebab suami bapaklah kayanya. jadi kalau makin lama makin gemuk sebab selalu sangat duduk rumah dan makan dan tonton soap opera, boleh mintak duit kat hasben atau keluarkan duit dari akaun bank yang ornag 'masukkan tanpa sedar' untuk buat terapi pengurusan badan. setel..

seronoknya....

seronok tengok beg berjenama mahal di kelek orang-orang perempuan entah apa fungsi beli beg tangan 'Gussi' tapi isi tetap sama, beg duit dan henfon. tapi nafsu tu, nafsu...

manusia ada pilihan cuma manusia yang diberi anugerah istimewa je yang mampu mengubah hidup secara pukal. lonjakan paradigma kata orang. apa maksud paradigma pun aku tak tahu sebenarnya sebab aku bukan orang istimewa. jadi ornag istimewa je yang mampu membuat pilihan. sebab sifat manusia adalah mengikut arus, takut untuk mencuba benda baru.

entahlah apa yang aku tulis ni bermaksud atau tidak. semoga tersampailah hendaknya..

7 comments:

  1. wah begitu mendalam ok! lumrah manusia lah tu kot. semuanya nak.

    ReplyDelete
  2. Mendalam, hmmmm....kene fikir sedalam-dalamnya...

    beg "gussi"...aku suka part ayat tu..:) nafsu...

    ReplyDelete
  3. waaah, macam tersampai tak mesej aku tu? hehe..

    ReplyDelete
  4. best kan goyang kaki? tapi tak produktif lah pulak..

    ReplyDelete
  5. azrina bisnes apa? - *dalam nada separa berbisik...*:P

    ReplyDelete