Wednesday, March 30, 2011

home suweeeeeeet home

i am on leave rite now. kereta rosak. bateri takdak. so this morning it sounded "kek kek kek.." got experience on that when my colleague got the same problem couple of months ago. 

so here i am. nothing to do. no where to go. kereta kecil warna putih ku rosak. first time. in two and a half years. doesn't matter honey, i'll fix you after mr hubby balik okay!

and this is my first time doing nothing while on leave. should save this off day for our 'don't-know-when-vacation'. tapi takpelah. bukan senang nak duduk rumah saje-saje. duduk office saje-saje dah banyak kali dah.. hehe

so i got bored, i snapped some pictures of my own home. untuk masa depan, so that i wont forget how sweet my home is, in the future. rumah aku kecil saje. barang sikit saje. just basic things. so here goes:

my favorite spot 
my mom gave me this mirror. beliau beli kat ikea. sebab semua orang beli letak dalam bakul, jadi beliau teruja nak beli jugak sebab harga jatuh sampai 59.90 or 49.90 entah tak ingat pulak. sebab rumah mak dah ada cermin konon nak tipu rumah besar, jadi letak sini. bajet nak nampak rumah besar. just love it tak kisahlah nampak rumah besar ke kecik ke sederhana ke..


lepak area
our lepak area aka bersantai baring-baring tanpa sebarang kerisauan. well i like this spot too. selalu lepak sini untuk bermain permainan video (ceh skema padahal nama timang-timangan adalah video game). yes, aku suka main game, so what? laki aku lagi suka main game. cis..

living area
this is our so called living room. quite kecil sebab bukan guna sangat pun. i live in a townhouse. so that lubang tepi kerusi tu mengarah turun ke pintu depan. still don't get it? takpelah.. nanti-nanti fahamlah tu macam mana rupa bentuk townhouse sewaan kami ini.. by the way, carpet adalah tempat guling-guling yang best sambil tengok tv. kalau nak baring secara hebat, sofa bunga yang mak bagi tu memang seronok dihenyak. dah jadi port tido. kerusi hitam sangat tak selesa untuk lepak. tapi itulah fungsi utama, biar terjamin fungsinya sebagai kerusi tetamu duduk. bukan suami baring.. :P

dapur kecil kami
dapur kecil kami cukuplah untuk aku masak mi goreng untuk 2 orang. setakat ni pernah cubalah masuk 3 orang time mak mentua datang dulu. pergh, penuh dan sendat. tapi takpe. saya suka. senang nak kemas. 

jadi itulah dia. our home sweet home kami. kira show house lah juga. tapi show house murah. bahaha. nak beli barang tambahan seperti juraian kasih macam kat show house sebelum ni tak mampu. cuma target sekarang nak cari kayu (nak cari kayu...nak cari kayu..) dan kain kanvas untuk buat frame gambar dan lekat di dinding ruang makan dan bilik tidur. entah bila nak jumpa entah. 

itu saje. babai. :)

babylicious

salam semua. 

fashya nak citer pasal baby, aku pun sibuk lah nak cerita pasal baby. today, genap 5 bulan kami kahwin. next month will be half a year already! how time flies...

so, what's up with the babylicious thing? surely, aku sentiasa berhadapan dengan soralan bonus like "dah ada isi ke belum, dah pregnant ke? dah ada zura junior ke? what so over. 

well, let's flashback to 2 months ago. aku mula loya, nak muntah. then terus muntah 2 hari berturut-turut. 1st day was at my own house. pening semua ada. then second day, a trip to kedah tu terus muntah dalam kereta, nasib baik ada plastik. it was time actually for my period to come. not late, but around that time. tak menentu, biasalah, tak boleh estimate. but you know when this thing happen, haruslah kepala menerawang memikirkan hal 'itu'. mak pun dah gembira-gembira. eh apehal mak nak gembira-gembira? salah makan kot!

then i was sooooo curious, and curiosity kills the cat kan..mine is like curiosity kills the money. you guys know the answer already. it was negative after i bought this dip and tell. nasib baik dapat beg kecil as a free gift. 

then last month, i was having this fever. pening lagi, but not muntahlah. it was around that time too. i have no guts to ask my colleagues.. who definitely have those experience (well one already has a cute 3 month baby boy and the other two are expecting). but i heard before that you will have a slight fever when you are conceiving, something like that.

so that was it. my mind was running wild and off i went to the pharmacy, the same guardian at seksyen 3. so my curiosity kills my money again. it was negative. i was upset actually. walaupun dalam hati kata, ape salahnya kalau negative pun at least kita tahu it was negative and still can jump around again..hehe

so this month. it happens again. but not the puke thing and the fever thing. my period has been delayed for 4 days now and i'm sure this is it. so i went to the pharmacy AGAIN to check and to confirm. 

so guess what?

there is no baby in my uterus right now and i don't know what to think and how to react. what is this??????

so that's it. i'm telling you guys that i'm give up. tapi kalau perkara-perkara pelik macam ni berlaku to a married women like me, whom people asked frequently about that question, especially my mom, how can you react on that?

aku tidak stress nope, i am so happy with my life now (kecuali hal kerja) i eat happily and gained more weight time to time. i'm also in the process of living my life actively (supaya kurus sedikit). 

so that's it. next time if the symptom come, aku nak buat tak tahu je. berharap itu tak best. perasaan berharap then tak ada/tak jadi tu yang tak best.  aku redha je. nak ada, ada. tak nak ada, sudah..

ps: sometime, when people ask me that question, i will think that gosh, the are like asking me bila hujan nak turun. manala aku tahu! tak percaya pada rezeki kot...

Tuesday, March 29, 2011

oh my other honey bee

mulut ini humming lagu ini tak habis habis. lalalala...hmmhmmhmm....oh my other honey beee....laalaaalaaa... ok stop, tak sedap kalau aku seorang nyanyi..kena kasi original singer nyanyi. zee avi, bila nak datang humming and nyanyi kat rumah i? special request ni! *grin*



by the way, i'm in the mood of translating this song.. ini tak ngelat, tak guna google translator pun! ni i translate sendiri so that lebih sedap bunyinya (gosh, aku guna translator untuk abstrak aku huru hara jadinya!)

so here goes

oh lebah madu

aku adalah lebah madu
telah dihalau dari koloni
mereka tak beri aku masuk
jadi aku pergi meninggalkan sarang..
mereka ambil belang badanku
dan patahkan sayapku..

aku mencari pokok lain
dan jadikan angin sebagai kawan
aku menyanyi dengan burung-burung
dan mereka mengkhabarkan aku tentang rahsia dunia

tapi lebah maduku yang lain
tersangkut di situ di tempat yang dia tak mahu
tapi sayangku lebah madu
aku akan datang menyelamatkanmu walaupun maksudnya
aku terpaksa berhadapan dengan permaisuri

jadi aku datang bersedia

rakan baruku berkata yang mereka akan bantu
mendapatkan cinta ku kembali
mereka berkata ini tak betul
lebah-lebah itu mengawal minda kamu
dan aku pilih untuk tidak mempercayainya

jadi kita akan jumpa di kegelapan malam
dan aku berjanji akan berada di sana tepat waktu
kita akan diiring oleh kawan baruku dan rama-rama
bawa kita kembali ke sarang kecil kita

oh cintaku lebah madu
tidak lagi tersangkut di tempat yang dia tak mahu
oh cintaku lebah madu
aku telah menyelamatkanmu dan sekarang kau bersamaku
kita boleh buat madu sama-sama..

aku tak boleh cari perkataan yang lebih baik dari 'kita buat madu sama-sama' in English it sounds so right but in malay macam lain macam je..haha..

sekian terima kasih..

Monday, March 28, 2011

convo

last weekend semangat turun johor. goda encik azmi balik batu pahat then sabtu boleh pergi konvo oli dan berfoya-foya. pergi ambil thesis dari arbainah juga. congrates oli! nanti boleh mintak naik tangga gaji okeh!

me oli kamini
konvo di dewan sultan iskandar. waaaaaaah, bestnye, tak pernah masuk. pernah tangkap gambar di tempat yang sama 13 tahun dulu. wah lama tu!


kamini me oli ina
sedia, snap! weh arbainah pandang kamera lah woi...sebab oli suka-suka lurve-lurve bunga matahari sangat cantik, semua bagi bunga matahari. bahagianya menjadi cik oli..sebagai hadiah tambahan, aku nyanyi kat sini lagu kegemaran..

bunga matahari sangat cantik, 
kembang di waktu pagi,
daunnya hijau, bunganya kuning,
memikat kumbang lalu...


feast
sambutan berlarutan di pizza hut jusco taman u. rindu sangat tau jusco ni. why do we never know what we got till its gone - bila jusco tak wujud kat bangi, mula rindu gila jusco taman u. memoir sungguh...

pizza
sedap tau pizza ni. upacara makan-makan kan penting kalau menyambut hari konvo. masa ni, di kawasan taman u depan jusco yang sesak tu terdapat beberapa orang polis mencari rezeki dengan menyaman pihak-pihak tertentu yang parking tak tentu hala di persekitaran. ish encik polis ni kesian mereka, mereka baru lepas tengok anak konvo tahu? sila kasi peluang mereka halang jalan! :P

bunga matahari
untuk menambahkan ke'sentimetal-value'an hadiah yours truly sanggup beli dan buat sendiri bouquet ini. harap bila sampai rumah tak layu sebab i lupa letak kapas basah kat kaki bunga. plus, takkan nak beli pasu kot nanti susah nak bawak? ini bunga special made. takkan ada jual kat tapak pesta konvo atau sekita DSI..


troops
sesi bergambar juga tidak lupa di sini, demi meninggalkan kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. jurukamera juga sibuk bergambar. helmi, nanti aku tuntut gambar yang selebihnya..


gambar kegemaran
demi melengkapkan lagi sesi penggambaran, kami diminta untuk buat gaya bebas di tepi tasik yang ada tuntung mengharapkan kami beri makan. di bahagian lain terdapat sekumpulan remaja sedang menjalankan aktiviti usrah. ayat mereka pasti begini "remaja, jangan contohi mereka semua. mereka semua itu gila!"

berlagak dengan mortar board
mortar board kali ini berbeza sikit dari mortar board yang biasa. sila lihat ada detailings bercorak di hujungnya. menunjukkan betapa tingginya taraf mortar board ini berbanding dengan mortar board biasa. oklah, seterusnya nanti boleh berlagak pakai baret pula....
kesimpulannya, aku rindu sama kamu semua! seronok dapat berjhemba dengan kamu-kamu semua walaupun hanya di tepi tasik dan sekitar taman u sahaje.. :P

Friday, March 25, 2011

closer

I am watching closer rite now. but i'm not gonna wait until the end, it's 12 already. maybe next time..

but what i wanted to write is how gorgeous julia robert is in this movie. love love love her very much! 

Julia Roberts stars as Anna in Sony Pictures' Closer, also starring Natalie Portman and Jude Law.
source
 love the song to, oooooooh, will watch it later! 

Thursday, March 24, 2011

cubaan menjadi isteri mithali

salah satu kriteria untuk jadi isteri mithali adalah pandai memasak. yelah, kalau tidak pandai memasak, haruslah duit suami akan dikikis untuk membeli makanan diluar. walaupun intention nak berdiet sekali pun, mestilah ada ilmu masak memasak kalau tak masak kat rumah pun (banyaknye pun macam ah chai pulak)...

jadi kali ini yos truli nak tunjukkan skill membakar lah pulak, bukan memasak ye. maklumlah, achievement-achievement macam ni bukan selalu. sekali sekala pun..apa pun, mari kita layan sekeping gambar je pun...

kek
ok, nak resepi ke? nak ke? nak ke? dahlah, tak payah resepi, pergi jusco pergi bahagian kek-kek tu, cari je tepung segera yang ada gambar tepung pakai topi chef kotak warna biru tu entahlah aku pun tak ingat jenama apa ye pun..kat belakang ada resepi, letak minyak 1 cawan, air 2 cawan, telur 3 bijik, kacau, masuk dalam loyang, bakar! jangan bakar di laman rumah macam bakar lemang tu yerh! bakar di dalam oven. nak kukus pun boleh..

topping beli je kat kedai jugak, lepas masak, sapu-sapu (kerja ni best) lepas tu taraaaa siap! haa, mari mengelat buat kek..tak payah susah-susah nak beli semua bahan bukan selalu buat pun ye tak pun?

dah bai pun!

Tuesday, March 22, 2011

pengalaman indah melihat show house

yours truly tak pernah pergi show house. panggil lah aku jakun ke, eh kuno nye show house pun tak pernah pergi. yelah, yelah aku kesian.. ni nak menunjuk-nunjuklah ni pergi show house. show house berempat di semenyih. tidaklah jauh sangat dari rumah kami, jadi apa salahnya nak berangan-angan jadi keluarga bahagia yang memiliki rumah besar dan hiasan dalaman yang cantik! oh bestnya! ada sesiapa nak sponsor tak huh?

ruang tamu idaman

dapur idaman
 dapur idaman macam ni baru semangat sikit nak masak. terhiris jari dengan pisau pun boleh menyanyi dengan riangnya. ada fume hood jadi tak payah sembur febreeze lepas masak.. heaven!

ruang makan idaman
 meja macam ni berat. nak tolak pun tak mampu sebab haruslah mahal kan. meja rumah i sekarang tolak dengan jari pun boleh. ringan macam kapas..jadi tak boleh dibandingkan di situ. i nak juraian-juraian kasih kat tengah meja makan tu, nampak lebih lip lap lip lap. boleh berlagak dengan datin sebelah rumah. eleh, datin sebelah rumah tak pakai kristal lah akak, pakai emas bertatahkan berlian lagi..

kurang hajar, siapa curi tv aku?
 i suka idea hiasan macam ni. simple and suweeeet aje. nampak bersih. lepas tu mula membebel pada suami bila baring terus atas sofa warna putih habis tercalit tapak kaki hitam dari luar rumah. haish, nak marah ni nak marah ni. by the way, tv i mana?????

isteri dan suami
 isteri nampak bahagia di dalam rumah besar dan cantik begini. si suami pulak mula berfikir - mana aku nak cekau duit bayar hutang rumah ni?
almari idaman
 kalau macam ni kemho 24 jam sehari pun takpe. nak tunjuk dress of day pun boleh, wallet i yang cantik pun boleh, tudung panjang berjaluran emas ke..semua boleh sebab boleh tangkap gambar sendiri melalui cermin dari almari yang besar itu!

bilik anak bujang idaman
 kalau i ada anak bujang nanti, boleh campak kat sini. tapi i tak benarkan anak bojang i tu tampal gambar porno kat dinding. NO! eh gambar botol arak boleh pulak? ok, nanti kita tukar gambar lain...

bilik pengantin idaman
oklah, i like the background wallpaper. cantik je. tapi bantl tukar kaler purple yang i suke tu. eh hijau pun okay ape? tapi hijau is more to honeymoonish lah. oh, bukan kita dalam fasa honeymoon kah? oklah, let's stick to green je...

so, setakat itu sahaja angan-angan aku. semoga menjadi kenyataan boleh tak? heee...

Monday, March 21, 2011

gubahan hantaran ungu

hola peeps!

so sekarang ini suka sangat tengok hantaran sana sini. jadi tangan gian sangat nak buat hantaran. bila teringat hantaran, terus nak letak gambar hantaran sebijik-sebijik masa nikah dulu. siapa rasa cantik, boleh lah nak tiru (eceh perasan pulak). hantaran adalah buat sendiri, aku tidak suka hantaran banyak bunga, jadi lihat tu, bunga sikit je. eh selebihnya dah review dulu...

wallet dan tali pinggang

tafsir al-quran

kek buah (beli kat tesco je :P)

miniature perfume

sirih junjung

kemeja

buah-buahan

coklat

kasut

silalah komen-mengomen di sini ye!

dalam proses mencari rezeki

Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi boleh bekerjasama dengan suami untuk meneruskan hidup ini. cuma sekarang mahu tambah aset. maklumlah, dah Tuhan bagi betis, mestilah nak peha kan. hamba apalah ni..yelah, sebagai hambanya, haruslah kita sentiasa bersyukur dengan pemberian-Nya.

kadang-kadang, rezeki orang murahnye, rezeki kita, kita kata tak murah. padahal, banyak limpah ruah yang Tuhan telah berikan, cuma yang kita nampak kekurangannya sahaja, kelebihan kita tak nampak. kita nampak duit melimpah ruah berkepuk-kepuk dengan bisnes orang sana sini. berjaya pulak tu, mulalah kita yang tak sedar dek untung asyik dengki dengan kelimpahan rezeki orang lain membuat onar. ornag melayu, biasalah..

macam tak belajar pendidikan agama islam. padahal dah belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5. mungkin dah mentaliti masyarakat untuk mencari rezeki secara besar-besaran agar hidup senang di mana? di dunia kelak..sampai lupa kita pada akhirat, sampai lupa objektif hidup sebenar, sampai lupa kenapa kita ada kat dunia ni?

cari rezeki sampai separuh mati, manusia dah jadi macam robot. entah siapa programmer dia pun tak tahu. pagi-pagi lagi dah pergi kerja, sanggup menghadapi jalan jam yang dasyat tu, seorang satu kereta pulak tu, untuk apa? untuk pergi kerja. dengan stress tak habis lagi sebab jalan jam, stress lagi sebab kerja. balik kerja nak menghadap jam lagi. sampai rumah dah penat terus tidur. tiap-tiap bulan dapat gaji bayar itu dan ini, habis begitu sahaje. duit rumah, duit kereta, dan makan hampir semua gaji termasuklah duit minyak dan tol hari hari pergi balik kerja. hujung minggu rehat kat rumah. kalau ada duit lebih sikit boleh pergi melancong - kalau lah...kalau tak ada?

hidup di usia muda hanya bekerja sahaja kan? seronok lihat orang goyang kaki sambil tulis belog atau bela kambing di waktu pagi dan petang hisap rokok minum teh panas di tepi pangkin lihat suasana nyaman sambil gelak-gelak tengok orang gigih sangat pergi kerja. aduhai bestnya..

seronok juga lihat para suri rumah yang tinggal di rumah besar buat business dari internet atau diam sahaja tak buat apa-apa selain pergi shopping sebab suami bapaklah kayanya. jadi kalau makin lama makin gemuk sebab selalu sangat duduk rumah dan makan dan tonton soap opera, boleh mintak duit kat hasben atau keluarkan duit dari akaun bank yang ornag 'masukkan tanpa sedar' untuk buat terapi pengurusan badan. setel..

seronoknya....

seronok tengok beg berjenama mahal di kelek orang-orang perempuan entah apa fungsi beli beg tangan 'Gussi' tapi isi tetap sama, beg duit dan henfon. tapi nafsu tu, nafsu...

manusia ada pilihan cuma manusia yang diberi anugerah istimewa je yang mampu mengubah hidup secara pukal. lonjakan paradigma kata orang. apa maksud paradigma pun aku tak tahu sebenarnya sebab aku bukan orang istimewa. jadi ornag istimewa je yang mampu membuat pilihan. sebab sifat manusia adalah mengikut arus, takut untuk mencuba benda baru.

entahlah apa yang aku tulis ni bermaksud atau tidak. semoga tersampailah hendaknya..

Saturday, March 19, 2011

sentap hati mak nak!

hari-hari aku lalu bangi lama untuk pergi tempat kerja aku. kalau lalu bangi lama, haruslah lalu tepi hutan bangi. bukan, aku bukan nak cerita hantu datang di tengah jalan atau monyet tergolek ke arah bertentangan..

tapi sikap pemandu dekat jalan bengkang bengkok satu lane tu hah..

kamu semua tahulah kan, aku bawak kereta sopan santun tahu! dan seorang observant juge.. jadi suka observe cara orang bawak kereta. ada beberapa perkara yang buat aku rasa sentap hati mak nak!!!!! bila lalu keliling hutan bangi iaitu:

1. kereta belajar memandu.

aku tidak gemar dengan kereta belajar memandu jalan slow gile lalu hutan bangi bengkang bengkok aku nak potong tak boleh. lambatnya Ya Allah 20 km/jam kot. jadi aku akan keluar masuk keluar masuk lane untuk lihat ada kereta tak di arah bertentangan. tapi sebab sopan dan santun dan tidak expert juga, maka hasil akhir ialah sumpah seranah sampah sampai depan MGI jalan luas sikit baru boleh potong..huh!

2. tail-gate melampau..

well hello, i know my car looks like sekolah belajar memandu punya kereta. teteapi tidak bermakna aku juga belajar memandu kereta. aku memegang lesen kompeten. kehebatan membawa kereta adalah tidak dapat diasangkal lagi. jalan bengkang bengkok macam tu maximum boleh pergi berapa, 80km/jam? takkan tak boleh sabar kot! lainlah kalau aku bawa kereta macam orang atas tu jadi berhak tail gate secara melampau supaya budak baru belajar itu gelabah gila lepas tu mati enjin. dengan aku nak tail gate, lagi aku perlahan ade. jadi jangan melampau!

3. jentolak!!

err, if you guys know, jentolak - ala, jengkaut ke jentolak ke yang ada pengaut depan belakang tu. well, aku tak kisah lah kalau dia nak lalu situ waktu lain, tapi kalau waktu orang pergi kerja JANGAN boleh tak jangan? tapi sekali sekala tak pe aku tak hangin sangat, aku faham perasaan pakcik tu, bukan salah dia jengkaut dia tak ada 100 kuasa kuda.

4. orang buat jalan..

sebelah lane buat jalan, maka tinggal satu lane sahaje. mulalah kena bergilir-gilir untuk kereta dari arah bertentangan lalu jalan yang sama. mulalah kena tunggu lamaaaaaaaaaa lepas tu baru jalan lepas tu tunggu lamaaaaaa algi lepas tu baru boleh jalan.. bang, nak betulkan jalan atau potong pokok atau menyawit, curi balak dan curi pasir ke, tunggulah time orang bekerja. bukannye waktu orang balik kerja atau pergi kerja. boleh?

5. road block

loh! abang polis, aku taulah senang ko nak tangkap budak naik motor tak ada lesen bile jalan dah dua hala je macam tu tapi boleh juga bidak-budak ini kona baring patah balik tanpa mengira kereta dari arah bertentangan. jadi darah aku dah menyirap kat situ bila tiba-tiba motor melintas depan aku nak patah balik sebab nampak encik polis. lain kali jugak boleh?

dahlah cukuplah setakat itu. lain kali tambah lagi okay!

(terngiang-ngiang like a geeeesik like a geeeesik..)

Friday, March 18, 2011

sedih

aku sangat macam nak nangis setiap kali lihat berita mengenai jepun di TV sekarang. sudah lah tsunami, gempa pulak tu, loji nuklear pecah pulak tu, terdedah dengan radiasi pulak tu, salji pulak lagi. dugaan apekah yang diberi Tuhan pada mereka ini...? haraplah bersabar dan terus tabah hendaknya mereka untuk menghadapi semua ini...

tapi mereka memang kuat. ditambah dengan displin yang tinggi, lihatlah bagaimana mereka survive dengan baik sekali. beratur panjang dan sabar untuk ambil makanan, membuat panggilan telefon, cuba kalau negara kita? macam mana kalau kita sendiri yang menghadapi keadaan ini?

sama-samalah kita bermuhasabah dan berdoa untuk mereka...

Thursday, March 17, 2011

weight

Everybody knows how chubby i am right now. i weight myself yesterday and gosh +10 kilos after the last time I left Johore. Trust me! The unbelievable 10! So now, i decided to control my eating habit and live healthily. i try to exercise 10 minutes a day and walk as much as I can.

Nope i'm not pregnant yet if you ask me...i wish i was because i can feel comfortable of being fat if i'm pregnant kan? hehe, ngelat...

by the way, these cute little things spoiled my diet today...

comel kan? :)

Wednesday, March 16, 2011

phD

sesiapa nak sambung phD dan nak minta dana, boleh consider ini...atau tengok website ini:


my phD!


PENGENALAN

Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia.

MyPhD

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.


KRITERIA MyPhD

Calon-Calon

v Pelajar awam

v Kakitangan swasta

v Pensyarah IPTS

Tempat Pengajian

v IPTA

v IPTS bertaraf GLC (UTP, MMU & UNITEN)

Bidang tajaan

v 60% - Sains dan Teknologi

v 40% - Sains Sosial/ Sastera Ikhtisas

Kontrak

v Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

SYARAT PERMOHONAN

i. Warganegara Malaysia;

ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;

iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;

iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda ataupengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

v. Pengajian secara sepenuh masa;

vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah)

vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.


ELEMEN PEMBIAYAAN


KATEGORI

YURAN PENGAJIAN

( MAKSIMUM SEPANJANG PENGAJIAN)

ELAUN SARA HIDUP

( MAKSIMUM

42 BLN)

ELAUN BANTUAN JURNAL

ELAUN TESIS**

Pelajar Awam

(Tidak Bekerja)

IPTA & IPTS

: RM 24,000

RM2,300/bln

RM2,000

RM3,000

Kakitangan

Swasta

IPTA:

RM 24,000

Tiada

RM2,000

RM3,000

Pensyarah IPTS

IPTA:

RM 24,000

Tiada

RM2,000

RM3,000

*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan

** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki


SYARAT KONTRAK


v Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;

v Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.

PEMOHONAN & PENAWARAN


v Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.

v Tawaran juga secara “online” akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

v Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.

v Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:

i. Memperolehi surat tawaran pengajian;

ii. Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)

Url : https://www.mohe.gov.my/MyBrain15

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
(u.p.: Program MyPhD)

No. Tel: 03-8888 1616
Fax: 03-8884 4701
Email:myphd@mohe.gov.my
URL:http://www.portal.mohe.gov.my/biasiswa


ok, dah pergi mintak sekarang...

Tuesday, March 15, 2011

sudah lame

boleh pronounce ayat di atas as sudah lame (lama) atau 'lame' (bosan).. jadi description untuk belog ini sekarang adalah both of the words. sebab urs truly macam sudah lama tak update, and sedang menghadapi hidup yang 'lame'.. well, ape nak dikata, tiada perkara menarik yang terjadi sepanjang pemergian. asal ada perkara menarik je nak tulis kat sini. yang tak menarik, diri sendiri pun tak nak baca..

anyway, perancangan sudah dibuat. aku sudah paksa laki aku untuk jom kita le tour naik basikal panjat brinchang. tapi tipu sangat naik basikal, naik kereta sudeh. entah bile lah nak memulakan perjalanan tu. minggu ni? tak boleh nak pergi mapex..

bercakap mengenai mapex, sekarang kami berdua yang boring hujung minggu suka sangat tak buat ape-ape melainkan balik rumah ibu bapa mertua laki aku (parents aku) dan pau makanan mereka, kami sednag cari rumah untuk diduduki. emak kata sangat rugi setiap bulan bayar rm500 setiap bulan untuk sewa rumah. sekarang dah hampir setengah tahun duduk rumah tu. rm500 x 6? rm3000.. setahun? rm 6000 boleh buat downpayment untuk rumah kos rendah..

tapi aku sombong dan bongkak, tak nak rumah kos rendah. aku nak rumah dua tingkat ada swimming pool siap ada taman bunga kat depan rumah. juga tukang kebun untuk memantau pertumbuhan pokok cili aku. tapi itu hanyalah angan-angan kosong aje. haruslah semua itu bukan mampu milik..

by the way, mapex hujung minggu ni semoga adalah hendaknya rumah lego yang berkenan di hati. hampir setengah tahun juga cari rumah yang mampu milik tapi haruslah kat kl and selangor ni tidak mampu milik mane. maklumlah, gaji tahap pembantu am rendah aje...

jadi itulah...semoga aceria hidup ini hendaknya. ramai yang mengeluh sana-sini..tapi kebanyakan keluhan adalah sebab duit kan? aku pun same..nampak je bahagia, bila fikir pasal duit terus stress..kan best kalau duit itu tak wujud? sistem barter best ape...

dah lah bye..!

Saturday, March 12, 2011

edukasi

i come across this video when i went to hana tajima's style covered. it is very inspiring to me especially when he talked about education system. kita dah di ajar dari kecil untuk takut buat salah, lepas tu keep on practicing apa yang kita belajar dari sekolah rendah sampai berjaya. kita kena belajar perkara yang ada job market untuk masa depan. kalau nak belajar melukis buat apa? bukan boleh jadi artis pun bila besar nanti? kalau nak belajar menari untuk apa? bukan boleh jadi penari pun nanti?

kalau nak belajar sains beria pun buat apa? bukan boleh jadi saintis yang kaya pun nanti? haha, emo lagi..

dan betul sangat kata dia yang tahap pendidikan kita dah menjadi semakin rendah kot. sekarang orang yang ada degree pun orang dah tak hairan sangat. DULU ada degree, confirm dapat kerja. kalau dia tak kerja pun bukan sebab tak ada kerja, sebab tak nak kerja.

well sekarang?

ideas worth spreading it is..




Thursday, March 10, 2011

butterfly, please stop flying....

i hate this feeling. different from any other butterflies, mine are flying all over the place, not just the stomach. they can fly to my lung and my heart. you can imagine how uncomfortable it is to have this things lurking inside you..

hate it for sure..

i can not calm myself down.

pray for my peace....

Tuesday, March 8, 2011

kosong

sekarang ni fikiran sedang buntu. jadi tak da update tentang diri sendiri since minggu lepas. bajet bizi memanjang. sabtu ahad edit gambar untuk photobook, pergi econsave beli barang dan berehat bangun lambat kat rumah.

heaven...

tapi pening kepala sedang cuba sedaya upaya untuk cari kerja baru. kerja sekarang dah tak best. projek dah pun habis. kalau wujud pun kompeni ni sampai bulan 6 je. gomen, bile nak ambik aku kerja? apa teruk sangat ke qualification aku sampai satu organisation pun tak nak amik aku kerja?

one thing about being me is, malang sungguh dalam bab mencari kerja. aku rasa if aku ada phD pegang ijazah kedoktoran pun ,belum tentu ada kerja menanti. maklumlah konon nampak je happy go lucky dan bermuka garang, dalam hati Tuhan aje yang tahu.

aku nak kerja tetap yang menjamin masa depan aku...

tapi susahlah. 12/3 ni, genap setahun kerja sini. tapi sayang projek dah nak habis. sepatutnya, berusaha cari kerja since last year lagi. tapi tangguh-tangguh dulu dan hidup gembira. oh wait, bukan ke aku sibuk kahwin tahun lepas? oh betul lah, jadi tak ada masa.

dah macam mana? terkial-kial lagi..penat tahu cari kerja. sepanjang kehidupan, 3 kali mengalami kesusahan mencari kerja. dah faham sangat tentang selok-belok tips segala bagai, tapi still tak nail that resume. ye, resume. aku dah mintak superior aku check kan resume aku. she said okay..

so hopefully rezeki datang bergolek. aku dah berusaha dah. penat nak fikir dan mencari. thruogh internet, jobstreet, macam-macam lagi.buku biomalaysia 2010 pun terjah jugak. biology student, bukan senang nak dapat kerja sangat pun. dalam hati kecil, cis menyesal aku amik course ni. semua budak sains akan kata macam tu. mesti punya! konon nak jadi hub biotech la, apala, betul aku cakap, janji tinggal janji. budak sains still susah nak dapat kerja..

jadi adik-adik, tak payahlah berangan nak jadi saintis. susah dek nak dapat kerja. tak kaya pun.. kalau ada kabel mungkin ada harapan, kalau setakat macam aku yang tak ada orang kuat mengalir dalam darah kekeluargaan ni, sorry to say laah. ini bukan tipu, ini kenyataan..

ambiklah course engineering ke, apa-apa engineering pun okay. kalau tak mampu nak amek medic, amek law pun okay. tak payah lah minat subjek biology kalau tahu diri tak mampu dapat 4 flat kat matrik atau straightA masa SPM. student bio masa kat sekolah menengah dulu yang ada masa depan cemerlang cuma doktor aje.. tolonglah percaya...

oh sudahlah merungut. penat merungut. sendiri juga bebal sebab tak belajar rajin-rajin dulu. asyik nak ungkit benda yang sama, asyik nak meratap perkara yang dah berlalu. jadi marilah fokus pada masa hadapan. jangan toleh belakang lagi. silalah berada di dunia nyata dan enjoy life sehabis baik. rezeki ada di mana-mana.

end

Sunday, March 6, 2011

the black and white wedding picture

trying to edit these myself, not really good at it but tooo malaas to use photoshop..






maybe will compile all soon in a photo album...



Wednesday, March 2, 2011

pickaboo!

hola!

cuba teka apekah yang mengejutkan aku paku pagi tadi semasa menyidai kain?


giler scarry main kuis-kuis plastik pulak...penat jantung aku berdetak kuat-kuat..haha...

si kucing mata biru. even though sejak kebelakangan ni aku macam ala-ala berdendam dengan puak diorang ni, tapi tengok si kecik ni comels pulak..

dah dah pergi balik ek tempat asal. jangan berak kat sini sudah...

aku tutup pintu, tak lama lepas tu, aku jenguk balik dia dah tak da.. cis baru nak buat binatang peliharaan. hehe..