Saturday, February 19, 2011

variasi momen

ini adalah post kahwin.

pengantin perlu senyum ke?

pada aku pengantin haruslah senyum sentiasa kan, sewaktu bermulanya 'make up' pada pagi tu, sampai lah ke habis majlis. sampai lah outdoor photo-shoot senyum melebar je kan.. nama pun baru kahwin, sudah selesai semua ijab dan kabul, pak imam pun kata okeh, dah boleh bersentuhan di khalayak ramai tanpa dosa lepas ni.. mestilah seronok kannnnn.....TETAPI......

lihatlah ini....


terserlah sangat kot aku punya muka adalah TIDAK SENYUM kan..

komen orang lain;

"apesal muka sedih?"

"apesal muka kak zura macam ni?"

"apesal ko macam lain macam-macam aznil ni?"

apesal?

apesal?

apesaaaaaaaaaal?????????????!!!!!!!!!!!!

hahaha, aku suka je ada gambar itu dalam simpanan. aku suke je bermemek muka macam tu, aku sengaja...aku memang suka!

sebenarnya itu adalah muka cuak aku. aku tak pernah tahu yang bila aku bermuka cuak, aku akan bermuka macam tu...lepas tengok gambar ni baru aku tahu. jadi lepas ni bila diri rasa cuak nak pergi interview atau pecahkan pasu mahal mak, mungkin aku boleh imagine memek muka cuak aku sendiri..:P

aku cuak weh bakal laki aku tak lepas nak ucap lafaz!!!

siapa tak cuak!!

memang tak boleh cover lah kecuakan aku..lepas habis lafaz baru lega sikit..jadi senyummm...


yeye, boleh peluk bini aku - kata laki aku.

ada tak gaya macam nak nyanyi lalalalalalala??

jawab ada sekarang!

jadi, tak salah kalau ada sekelumit gambar kita sedang nangis ke, kita sedang bermuka cuak ke, bermuka diva ke, bermuka-muka ke tak apa. bukan semua momen tu kena gembira. momen gemuruh kena ada dalam scene jugak, momen sedih nak 'berpisah' dari jagaan keluarga pun kena ada jugak, momen seronok gila sebab dapat berpegangan tangan tanpa dosa di khalayak ramai pun ada jugak..kepelbagaian momen itu penting...variasi sikit album gambar kita...

ye tak?

jadi takpelah kalau ada gambar ini jugak...

haha aku suka gambar ini!!!

No comments:

Post a Comment