Friday, February 18, 2011

perihal dalam kain - eh surau

amboi, terus nak korek rahsia. rahsia apa? sudahlah terus kepada cerita asal dan niat asal - mengenai perihal dalam surau.

aku bukan ustazah, jadi aku tak boleh nak berdalil banyak, tapi ni common sense, semua orang tua mesti tau punye - sebab semua perkara ada adab, semua tempat yang kita pergi ada adab, even tempat bersolat, lagilah kena beradab.

kalau kat tempat mat saleh (orang barat) orang perempuannya banyak berdiskusi tentang hal kehidupan dalam 'bathroom', kalau tak caya boleh baca men's guide to the women's bathroom.

tapi perempuan malaysia beragama islam sembahyang kat surau especially surau kat tempat kerja, berdiskusi tentang kehidupan selalunya berlaku di sini - di surau. masa tu boleh tunjuk rambut i beralun macam iklan sunsilk, boleh tunjuk jenama make up i kat dalam beg make up i ni, boleh tanya rahsia kebahagiaan rumah tangga, boleh tanya resepi masak lemak cili api, boleh lepak, boleh tidur...

dan boleh mengumpat..

aku pun tak fahamlah, bukan aku kata aku tak pernah mengumpat (astaghfirullah) tapi aku rasa macam nak lempang je orang-orang itu kalau sedang aku solat aku boleh dengar sebijik-sebijik perbualan mereka.

"eh, kak si polan tu dah sembahyang ke? tadi tengok ada lagi kat office?"

"entahlah kak"

"tadi akak tengok dia ada je kat office tu dari tengahari tadi. tak sembahyang lah kot agaknya"

"uzur kot"

"eh tak lah, memang belum sembahyang lagi tu, dah pukul 4 dah pun.." kantoi aku solat zohor pukul 4. :P

sikit lagi aku nak nangis sebab dah la aku susah nak dapat sembahyang khusyuk, lepas tu pulak, selalu je terima gangguan syaitan dalam pemikiran, lepas tu ada pulak manusia lain berperangai syaitan mengumpat hal orang lain sedang aku solat. dah sekarang macam mana?

mungkin mereka tak pernah tahu adab menghormati orang solat. mungkin aku kena bagi tazkirah free pada mereka, mungkin aku perlu bagi hint sikit macam batuk-batuk manja ke, atau buat muka garang menyampah jijik - itu memang aku sangat expert.

takkan tak tahu sedang orang lain sibuk menghadap Tuhan, kau sibuk urusan kain orang lain dan sibuk beritahu perihal orang lain sedangkan orang bersolat tu bukan pekak. sah-sahlah sambil "samiAllahuliman hamidah" - eh, hamidah mana pulak kakak ni cakap?....

sedangkan bacaan al quran pun perlu diperlahankan kalau ada orang solat berdekatan, inikan pulak mengumpat orang. dahlah mengumpat tu boleh masuk neraka. mengumpat+ganggu orang solat= masuk neraka kuasa dua. apa kejehdal nyeee????

tu belum lagi manusia yang selamba je tidur melintang jalan. dah aku pulak nak kena mikir nak bentang/solat kat mana ni dah penuh satu surau dengan dugong yang tidur. penat sangat agaknya kerja kat office angkat batu...

aku tak kisah korang nak mengumpat ke mengata ke, as long as tidak menganggu konsentrasi orang solat. cakap kat luar! cakap slow-slow! jangan cakap langsung! cukuplah aku sorang yang cuba melawan syaitan yang berlegar-legar di kepala aku lepas tu kena cuba pulak melawan kuasa syaitan yang merasuk orang-orang ni untuk mengumpat di dalam surau.

sudah lah kak, insaflah.. yang membaca pulak, jangan sembang kuat-kuat dalam surau time orang tengah solat. kalau mental orang solat terseksa sebab dengar kakak mengumpat, tu kira orang teraniaya. orang teraniaya doanya termakbul, dah pulak lepas solat, lagi termakbul. takut mereka doa sumpah akak jadi batu susah pulak..

sekian terima kasih.

sebenarnya peringatan kepada aku jugak untuk solat awal...:P

3 comments:

  1. salam kenal zura,
    x sangka ada org sudi jadikan blog sy yg kecil mulus x seberapa tu as blog masak2..hehe...

    btw, suka jugak baca zura mengomel,bak kata anak saya 'klako betui' hehe...mmg la kan, selalu kt surau tu port segala port...bisikan syaitan lg byk masa tgh solat dlm surau..adehh...

    ReplyDelete
  2. salam kenal LIN!

    cara awak masak memang best, itu sebab link tu...hehe..best best...

    anyway, terima kasih sebab singgah and comment! and bisikan syaitan lg byk masa tengah solat dalam surau tu tersangatlah betulnya!

    singgah lagi ye! *smile, wink*

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    tak semena2 accident masuk ke blog awak ni. saya pun baru terkena masa dzuhur tadi. Ya Allah....SEJIBIK mcm yg saya alami...dalam2 solat tu beristigfar byk2 jadinya...
    ini dah 2nd time...dulu borak2 riuh sesurau! kali ni, siap menganyam pulakkkk....geramnye lah! kalau kita ni manusia ni sakit hati. BAGAIMANA TUAN RUMAH???? - siapa tuan rumah SURAU?? LU FIKIRLAH SENDIRI....

    BENGANG DOWH!!!

    ReplyDelete