Thursday, February 10, 2011

perhabis

ini adalah post kahwin..

pernah tak terfikir berapa kos untuk sesebuah majlis perkahwinan? aku sangat pasti semua orang yang nak kahwin, haruslah fikir mengenai BAJET dahulu. bajet itu penting, selagi tak ada riban-riban dalam tangan, tak kiralah tangan daddy ke, tangan mummy ke, tangan sendiri ke, bergantung kepada siapa yang nak sponsor, awak-awak semua tak boleh kahwin!

kepada anak-anak dara yang ingin berkahwin, sudah ada calon, sudah dipinang, haruslah mengimpikan majlis kahwin impian. bila sudah sampai tempoh matang, fikiran akan menerawang merancang tanpa sedar hari perkahwinan sendiri. contohnya, nanti aku nak bagi lollipop bergulung yang dihias oleh reben purple untuk doorgift pada budak budak yang datang nanti. aku juga nak pelamin yang dihiasi lampu neon berwarna-warni. pelamin harus setinggi 20 kaki, kerusi haruslah berukir cantik, yang penting warna putih. oh! tema warna! tema warna apa yang sesuai? untuk makanan pula lauk mesti yang sedap-sedap. food testing adalah perlu. kalau tak sedap nanti apa orang kata? jemputan nak berapa orang? 1000? 20000? haish, pening tak memikirkannya kalau bajet yang mengekang segalanya?

kahwin hanya sekali seumur hidup. orang tua kata, tak salah nak perhabis sebab sekali dalam seumur hiduplah katakan. tapi berbaloi kah berhabis untuk mendapatkan perkahwinan idaman?

jika bajet ketat, apa yang harus dilakukan? kalau dah tak tahu nak korek sumber mana lagi, mungkin alternatif lain adalah kahwin lari. ok, tak, bukan, salah! alternatif lain adalah buat pinjaman peribadi. sekarang kan zaman kredit card, jadi berhutang tu adalah perkara biasa. tapi apakah consequences nya? berhutanglah hingga ke anak cucu untuk melangsaikannya. cis, hutang ptptn pun tak setel lagi, hutang kereta lagi, nak tambah pulak hutang kahwin yang 10 tahun dulu, oh ya nak beli rumah ni bukan beli, hutang jugak. dengan harapan, nanti gaji akan naik lagi sebab dah kerja lama, sebab dah berpangkat besar. tapi nanti kan ada komitmen lain pulak? pampers anak? duit sekolah anak? nak tukar hilux pulak? nak tukar perabot rumah yang dah tak modern dah?

bukan ke patutnya perkahwinan adalah 'live happily ever after'. macam mana nak 'live happily ever after' kalau terbeban dengan hutang?

jadi soalan ini diulang, adakah berbaloi untuk berhabis semata-mata untuk merealisasikan majlis yang satu hari, atau berhari-hari itu?

mungkin sesetengahnya berbaloi. seperti ikhlas memberi makan dan sedekah kepada tetamu yang datang. jadi rm10 satu kepala mungkin berbaloi sangat kalau masakannya sedap. cuba bayangkan kalau pelamin bagai istana, baju pengantin bergemerlapan, walkway berbunga-bunga menutupi pandangan, tiba-tiba makanan yang dihidangkan tidak mencapai matlamat kesedapan yang sepatutnya?

mungkin di sini kita boleh salahkan trend zaman sekarang yang membunuh niat bakal pengantin yang ada rm10k je dalam tangan tapi kahwin. zaman dahulu memang cukuplah hantaran rm2k, tetamu 500 orang, lauk masak sendiri - rewang bak kata orang johor. persiapan pelamin pun kebanyakannya dibuat sendiri. hantaran juga buat sendiri, tak perlu upah orang. pendek kata, orang dulu semua benda diy. mungkin cuma perlu tempah baju songket sahaja, nampak sikit pengantinnya.

tapi zaman sekarang, butik-butik pengantin berlambak-lambak sebab bisnes ini sangat menguntungkan. minimum duit masuk adalah ratus-ratus. sekali pakej mencapai ribuan ringgit. baju diulang pakai hanpir 5 majlis perkahwinan berlainan tempat. itu semua atas sebab imaginasi melampau orang lain yang mana orang yang lain juga teringin mahu majlis perkahwinan impian yang sama. garden wedding yang dia mampu milik juga menjadi idaman b2b yang lain yang kurang tahap mampu miliknya. majalah-majalah pengantin mula bercambah juga, menggiurkan si b2b untuk membeli jam tangan taghuer pada bakal suami padahal selama ni pakai jam bajet jimat beli di petaling street. majalah memampangkan hiasan hantaran bunga segar, jadi b2b juga mahu bunga segar, lepas tu stress tak tahu nak buat macam mana jadi terus tempah. bila tempah kos meningkat. barang hantaran yang belum dibeli lagi....

selalunya b2b yang stress adalah sebab ini. sebab kekangan fulus. kalau fulus ada, boleh saja upah wedding planner dan plan segalanya. jadi semuanya pasti sempurna. penat pun tak penat. tak payah nak diy bagai. tapi untuk dapatkan perkahwinan rm500k dengan bajet 25k je, segalanya harus dibebankan pada bakal pengantin itu sendiri. diy lah segalanya, bila majlis kahwin berlangsung, pengantin penat, muka dah tak berseri lagi. segalanya terlupa -terlupa nak senyum, terlupa nak salam orang, terlupa baju sanding tertinggal kat rumah.

jadi kesimpulannya, bajet itu penting dan berbelanjalah ikut bajet yang kita ada. tak boleh main taram je. tak boleh ikut hati juga. JANGAN TERGODA dengan pakej-pakej yang tak relevan, nanti merana diri. merancang sangat penting. supaya nanti terserlah keberserian pengantin yang tak penat dan tak stress.

sekian terima kasih. :)



No comments:

Post a Comment