Monday, February 28, 2011

loya

sejak minggu lepas, aku dilanda perasaan tak tentu hala. aku macam resah gelisah, lepas tu melepek di meja office, sarung baju sejuk, main control aircond yang sekejap sejuk sekejap panas, rasa pening, loya macam nak muntah, tapi tak muntah lagi. jadi aku mula berfikiran serong. apekah memikirkan diri sendiri menandung dikatakan serong?

uish, tak patot sungguh. kan rezeki namanya tu.

jadi, dah hampir seminggu macam ni. dah macam-macam ubat cube, seperti menonton hantu kak limah balik rumah 2 kali back to back, minum air seratus plus tanpa henti, berfoya-foya bersama rakan sebaya sampai pukul 1.30 pagi, makan nan cheese sedap dekat pelita klcc, minum milo ais, supplement kaffein setiap pagi dan minum air kosong dengan banyak..

masih tak hilang-hilang loya pening demam ni.. demam rindu agaknye. encik azmi outstation lima hari. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding sebab boring dan rindu yang amat. nasib baik weekend boleh balik rumah mak. nasib baik boleh jenjalan pergi tengok terima kasih cinta walaupun separuh jalan cerita aku dah pening sebab tengok pentas bergerak.

dah...dah usah buat spekulasi liar. aku tak pregnant lagi sebab 'akak' aku datang melawat. adalah sedikit kekecewaan kat situ sebab dah ape kejadahnya aku pening loya demam semua ni? oh, aku ni mudah lupa. kan sakit itu ujian Tuhan dan boleh mengurangkan dosa. mungkin dosa aku kat suami banyak sangat kot.

jadi aku google lah jugak simtom-simtom aku ni. tak jumpa. risau jugak di hati kot pregnant luar rahim ke ape, jadi buat pregnancy test pun negative. baguslah. kalau pregnant luar rahim kan ke bahaya tu. aku teringat kata nora, takpelah kalau nak pregnant sekarang pun, nanti rezeki budak, dapat pulak kerje gomen yang kau idamkan tu?

mudah-mudahan lah..

tunggu ajelah encik husband kesayangan balik malam nanti. tengok hilang ke tidak sakit ni..

adoi...

No comments:

Post a Comment