Sunday, February 20, 2011

hadiah apa nak bagi ni?

minggu ini, ada dua jemputan kahwin yang aku terima. kan aku dah kata, orang sekarang dah tak tunggu cuti sekolah dah nak buat majlis kahwin. asal hujung minggu je boleh kahwin dah.

jadi sebab dah tahu jemputan kahwin yang bakal menjelma, beli hadiah dulu untuk rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga ni..eiii seronoknyee dah nak kajwin! seronoknyeee nak buat preparation...buatlah preparation sebaik-baiknya ya supaya tidak menyesal kemudian hari. cewah...

sebenarnya, yang penting dah tercapai bab ijab dan qabul tu.

bab majlis, asal tetamu semua dapat makan sudah..boleh?

jadi mari ke bab utama, suka terpesong tau... ish, pasal apa tadi? oh ya pasal hadiah...

aku beli pisau! tahu pisau? ye, pisau yang buat potong roti, potong daging, potong daun sup, siang ikan..banyak tu, ada 6 termasuk tempat letak pisau sekali...

haa...pisau ni la!

lepas tu, aku bawak balik ke rumah, dah siap nak bungkus dah pun, dah siap beli salotep dah pun, dah beli wrapping paper harga seringgit dah pun. tinggal nak balut je! tiba-tiba bapak aku punye dialog begini lebih kurang bunyinya;

"haish! mana ada orang bagi pisau kat pengantin! nak suruh depa berperang dengan pisau ka?"

aku garu kepala. apakah?

aku tidak tahu wahai abahku yang sudah jadi satu pantang beri pisau pada pengantin. pendapatan aku adalah, jika benda itu perlu untuk kebahagiaan rumah tangga seperti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri masak ayam masak merah untuk suami tercinta, haruslah kena ada pisaunya untuk potong ayam, potong bawang putih dan bawang merah dengan pisau kecil, maka aku rasa ya, itu boleh diberikan pada pengantin..

itu juga hujah aku berikan pada bapak aku. tapi beliau macam tidak bersetuju. jadi aku pasrahlah ajelah. bapak aku kata, beli ajelah pinggan mangkuk kat jusco tu, balut siap-siap terus kat situ. tapi pinggan mangkuk cawan kat jusco cantik-cantik belaka lah! rambang mata aku dibuatnya. :)

ok, main pointnya di sini - ada pantang larangnya kah kalau kita nak beri sesuatu pada pengantin? sebagai contoh pisau tadi?

oklah, mungkin aku terlalu positif di situ. aku fikir sebab pisau kat rumah aku ada satu je, jadi aku nak menyenangkan kawan aku potong memotong setelah menjadi isteri di mana tugas utama nanti adalah memasak.

niat aku baik, aku nak menyenangkan kawan aku dalam arena memasak...

mak aku kata, sudu garpu pun tak boleh.

hmmm... mungkin aku hanya stick pada pinggan mangkuk cantik kat jusco ajelah. boleh?

6 comments:

  1. erm, terima kasih atas info ini. aku tak tau ada pantang larang nak bagi hadiah kat pengantin~ erm, betul, yang penting niat. bagi baldi satu set skali ngan penyapu, penyodok and mop, maybe include floor cleaner, berus sabut and bulu ayam, okay ke? wrap cantik2 cam hamper, kekekek. just kidding okay~ btween hadiah wedding ko aku tak beli lagi, mau apakah? buku memasak itu kah?

    ReplyDelete
  2. haha! arina...bagi aku idea itu sangat best okeh! haruslah nak mengemas di rumah baru perlu ada semua itu..kekekeke...anyway, kalau tunjuk sama yang lebih tua (yang lebih makan garam) mesti kena maki kot!

    oh ye, tak perlulah hadiah. ko jadi pengapit aku pun dah cukup best dah hadiah tuuuu.....

    weh, minggu ni ronggeng nak?:P

    ReplyDelete
  3. erk, ada pantang larang ke? x tau pong...selalu bg adiah mesti fikir benda yg praktikal kan?

    kalau mcm tu kredit to my fren yg bg adiah lingerie seksi la senza masa i kawen ari tuh..auwww! =P

    ReplyDelete
  4. hola lin,

    ada jugak member cadangkan bagi ligerie kat pengantin baru.... tapi untuk kawan yang sangat rapat mungkin boleh bagi..hehe..

    bestnye, la senza gittew!

    ReplyDelete
  5. aku penah je bagi pisau kat pengantin sebab kalo aku dpaat pisau aku sukaaaaaaaa....hihi

    ReplyDelete
  6. kan fashya! aku pun suka, senang nakbuat kerje rumah..kalau nak gaduh laki bini, baling pasu pun boleh ape.. :P

    ReplyDelete