Monday, February 28, 2011

loya

sejak minggu lepas, aku dilanda perasaan tak tentu hala. aku macam resah gelisah, lepas tu melepek di meja office, sarung baju sejuk, main control aircond yang sekejap sejuk sekejap panas, rasa pening, loya macam nak muntah, tapi tak muntah lagi. jadi aku mula berfikiran serong. apekah memikirkan diri sendiri menandung dikatakan serong?

uish, tak patot sungguh. kan rezeki namanya tu.

jadi, dah hampir seminggu macam ni. dah macam-macam ubat cube, seperti menonton hantu kak limah balik rumah 2 kali back to back, minum air seratus plus tanpa henti, berfoya-foya bersama rakan sebaya sampai pukul 1.30 pagi, makan nan cheese sedap dekat pelita klcc, minum milo ais, supplement kaffein setiap pagi dan minum air kosong dengan banyak..

masih tak hilang-hilang loya pening demam ni.. demam rindu agaknye. encik azmi outstation lima hari. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding sebab boring dan rindu yang amat. nasib baik weekend boleh balik rumah mak. nasib baik boleh jenjalan pergi tengok terima kasih cinta walaupun separuh jalan cerita aku dah pening sebab tengok pentas bergerak.

dah...dah usah buat spekulasi liar. aku tak pregnant lagi sebab 'akak' aku datang melawat. adalah sedikit kekecewaan kat situ sebab dah ape kejadahnya aku pening loya demam semua ni? oh, aku ni mudah lupa. kan sakit itu ujian Tuhan dan boleh mengurangkan dosa. mungkin dosa aku kat suami banyak sangat kot.

jadi aku google lah jugak simtom-simtom aku ni. tak jumpa. risau jugak di hati kot pregnant luar rahim ke ape, jadi buat pregnancy test pun negative. baguslah. kalau pregnant luar rahim kan ke bahaya tu. aku teringat kata nora, takpelah kalau nak pregnant sekarang pun, nanti rezeki budak, dapat pulak kerje gomen yang kau idamkan tu?

mudah-mudahan lah..

tunggu ajelah encik husband kesayangan balik malam nanti. tengok hilang ke tidak sakit ni..

adoi...

terima kasih cinta!


pergi menonton terima kasih cinta last week. nanti baru nak review..waiting for ina to load her pictures sebab kamera dia canggih maka gambar banyak pada dia.. :P

Saturday, February 26, 2011

jom jalan-jalan beli bunga...!

frust gile la pokok cili i tak nak berbuah...bila start berbunga je, bunga jatuh, lepas tu kosong..tak de ape pun....huhuuu... sedih..

jadi bagi mengurangkan kesedihan, satu family pergi sarapan di sungai buluh, lalu ajak mereka semua pergi beli pokok bunga melur tanam tepi pantai...itik bertelur, ayam menetas...lalala...(mode gembira)..

banyaknya bungaa!


hasil pembelian adalah daisy dan juga pokok cili dengan harapan boleh berbuah sampai bila-bila. ngelat gila kan terus beli pokok cili yang dah berbuah terus.. :P

Thursday, February 24, 2011

just some MAGGI..

with egg, carrot, capsicum, sausages, crab stick..oh i'm hungry already!

i'm addicted to instant noodle since, hurm..... 10 years old? yeah i remember when i was around 10 or 11, i sneaked out to Yu Hong (a very small department store - we didn't have any groceries store back then) to buy maggi mee. i hide it in my room. ate it when my mom was not around. then, i went to boarding school where i can have my stock without mom's supervision! God knows how happy I was. maggi rendam air panas! the best thing!

and my friends also know how addicted i am. i think they have several photos of me eating maggi. i remember i brought packets of maggi to teluk batik, perak. so that i don't need to spend on food there. and ate my maggi in the bus! siap ada air panas beli kat kedai noks! no wonder i forget things. people said that meggi can make you forget things after few years. well, during matrics time, i met azza again and everything she told me about our memoir in our school - i just couldn't remember it! so they call me amnesia!

well, i prefer to call my self 'short term memory lost'. and maybe right now, i don't think this maggi make me forget things, i can say that i just to lazy to remember things. poor me, semua malas.

but i can say maggi is a legend. just love it no matter what! especially mamee perisa itik! haha!

p/s: we call maggi mee for all instant noodle that we have in malaysia. so, doesn't matter mamee ke, ruski ke, ibumie ke, semua nak panggil maggi....even kalau rambut kerinting pun panggil rambut maggi apa kes?

i'm like - forget you

version glee best original version pun best...

jom humming ramai-ramai jom...

hu hu hu!

Wednesday, February 23, 2011

aku memang.....

nak update blog, tapi nak upload internet macham haram, kenapa?

penatlah, internet connection kat persekitaran bapaklah lembab gila. kata teknologi modern, kata dah zaman it.. bukan 'it' - I.T. - ai. tee. alah, information technology ke? ape ape jelah...

internet kat rumah mak jugak yang laju gile sebab pakai streamix..silalah pakai streamix sebab streamix best..bahaha...

aku kat rumah pakai yes je.. boleh tahan lah laju kat rumah aku yang tempatnya terceruk tu. hampeh mcd pun taknak buat deliverykat situ sebab temat tu terceruk..tempat tinggal aku memang terceruk, kena lalu hutan bangi baru sampai. jadi memang terceruk lah..

tapi aku suka je, sebab aman damai. cuma aku benci bila kucing banyak sangat suka berak depan rumah aku dan jiran tetangga. aku pernah jugak dalam hati berdoa agar kucing-kucing itu dilanggar kereta, tapi bila fikir macam mana kalau bobo atau teddy yang kena langgar kereta, terus sedih, terus rasa bersalah dan rasa berhati syaitan..

tapi kucing aku tak le keluar merayau-rayau pergi berak kat depan rumah orang! huhuu..

sambung cerita ai tee.. eh cerita pasal apa tadi? oh ye, mak aku pun tak nak datang rumah sebab dia kata rumah aku takda internet berfrekuensi tinggi. jadi sekarang ni macam mana? kat office pulak asyik menumpang wifi company lain je..kesian company aku sekarang sedang miskin, nak bayar duit wifi pun tak mampu..telefon kitorang kat office ni tak boleh call out dah dekat 4 bulan dah..sedih kan? tapi tak apa, aku suka jugak sebab kalau telefon tak ada, kerja telefon orang tak payah buat. jadi kurang kerja kat situ. jadi aku boleh update blog. jadi aku..jadi aku...haha, meroyan dah aku..

dah lah, merepek je banyak ni...

sekian dan babai...

ps: aku nak menunjuk-nunjuk hasil kerja pakai photobook tapi tak boleh plak..nak upload gambar tak boleh, tengok youtube tak boleh, nak baca email pun sejam dia nak load..bapaklah slow nye dunia technology aku ni.. huhu..

Sunday, February 20, 2011

love the look

Frida Gustavsson pants
love the shoes, love the pants, the jacket, the t-shirt, the bag....

love all..

hadiah apa nak bagi ni?

minggu ini, ada dua jemputan kahwin yang aku terima. kan aku dah kata, orang sekarang dah tak tunggu cuti sekolah dah nak buat majlis kahwin. asal hujung minggu je boleh kahwin dah.

jadi sebab dah tahu jemputan kahwin yang bakal menjelma, beli hadiah dulu untuk rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga ni..eiii seronoknyee dah nak kajwin! seronoknyeee nak buat preparation...buatlah preparation sebaik-baiknya ya supaya tidak menyesal kemudian hari. cewah...

sebenarnya, yang penting dah tercapai bab ijab dan qabul tu.

bab majlis, asal tetamu semua dapat makan sudah..boleh?

jadi mari ke bab utama, suka terpesong tau... ish, pasal apa tadi? oh ya pasal hadiah...

aku beli pisau! tahu pisau? ye, pisau yang buat potong roti, potong daging, potong daun sup, siang ikan..banyak tu, ada 6 termasuk tempat letak pisau sekali...

haa...pisau ni la!

lepas tu, aku bawak balik ke rumah, dah siap nak bungkus dah pun, dah siap beli salotep dah pun, dah beli wrapping paper harga seringgit dah pun. tinggal nak balut je! tiba-tiba bapak aku punye dialog begini lebih kurang bunyinya;

"haish! mana ada orang bagi pisau kat pengantin! nak suruh depa berperang dengan pisau ka?"

aku garu kepala. apakah?

aku tidak tahu wahai abahku yang sudah jadi satu pantang beri pisau pada pengantin. pendapatan aku adalah, jika benda itu perlu untuk kebahagiaan rumah tangga seperti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri masak ayam masak merah untuk suami tercinta, haruslah kena ada pisaunya untuk potong ayam, potong bawang putih dan bawang merah dengan pisau kecil, maka aku rasa ya, itu boleh diberikan pada pengantin..

itu juga hujah aku berikan pada bapak aku. tapi beliau macam tidak bersetuju. jadi aku pasrahlah ajelah. bapak aku kata, beli ajelah pinggan mangkuk kat jusco tu, balut siap-siap terus kat situ. tapi pinggan mangkuk cawan kat jusco cantik-cantik belaka lah! rambang mata aku dibuatnya. :)

ok, main pointnya di sini - ada pantang larangnya kah kalau kita nak beri sesuatu pada pengantin? sebagai contoh pisau tadi?

oklah, mungkin aku terlalu positif di situ. aku fikir sebab pisau kat rumah aku ada satu je, jadi aku nak menyenangkan kawan aku potong memotong setelah menjadi isteri di mana tugas utama nanti adalah memasak.

niat aku baik, aku nak menyenangkan kawan aku dalam arena memasak...

mak aku kata, sudu garpu pun tak boleh.

hmmm... mungkin aku hanya stick pada pinggan mangkuk cantik kat jusco ajelah. boleh?

Saturday, February 19, 2011

variasi momen

ini adalah post kahwin.

pengantin perlu senyum ke?

pada aku pengantin haruslah senyum sentiasa kan, sewaktu bermulanya 'make up' pada pagi tu, sampai lah ke habis majlis. sampai lah outdoor photo-shoot senyum melebar je kan.. nama pun baru kahwin, sudah selesai semua ijab dan kabul, pak imam pun kata okeh, dah boleh bersentuhan di khalayak ramai tanpa dosa lepas ni.. mestilah seronok kannnnn.....TETAPI......

lihatlah ini....


terserlah sangat kot aku punya muka adalah TIDAK SENYUM kan..

komen orang lain;

"apesal muka sedih?"

"apesal muka kak zura macam ni?"

"apesal ko macam lain macam-macam aznil ni?"

apesal?

apesal?

apesaaaaaaaaaal?????????????!!!!!!!!!!!!

hahaha, aku suka je ada gambar itu dalam simpanan. aku suke je bermemek muka macam tu, aku sengaja...aku memang suka!

sebenarnya itu adalah muka cuak aku. aku tak pernah tahu yang bila aku bermuka cuak, aku akan bermuka macam tu...lepas tengok gambar ni baru aku tahu. jadi lepas ni bila diri rasa cuak nak pergi interview atau pecahkan pasu mahal mak, mungkin aku boleh imagine memek muka cuak aku sendiri..:P

aku cuak weh bakal laki aku tak lepas nak ucap lafaz!!!

siapa tak cuak!!

memang tak boleh cover lah kecuakan aku..lepas habis lafaz baru lega sikit..jadi senyummm...


yeye, boleh peluk bini aku - kata laki aku.

ada tak gaya macam nak nyanyi lalalalalalala??

jawab ada sekarang!

jadi, tak salah kalau ada sekelumit gambar kita sedang nangis ke, kita sedang bermuka cuak ke, bermuka diva ke, bermuka-muka ke tak apa. bukan semua momen tu kena gembira. momen gemuruh kena ada dalam scene jugak, momen sedih nak 'berpisah' dari jagaan keluarga pun kena ada jugak, momen seronok gila sebab dapat berpegangan tangan tanpa dosa di khalayak ramai pun ada jugak..kepelbagaian momen itu penting...variasi sikit album gambar kita...

ye tak?

jadi takpelah kalau ada gambar ini jugak...

haha aku suka gambar ini!!!

Friday, February 18, 2011

perihal dalam kain - eh surau

amboi, terus nak korek rahsia. rahsia apa? sudahlah terus kepada cerita asal dan niat asal - mengenai perihal dalam surau.

aku bukan ustazah, jadi aku tak boleh nak berdalil banyak, tapi ni common sense, semua orang tua mesti tau punye - sebab semua perkara ada adab, semua tempat yang kita pergi ada adab, even tempat bersolat, lagilah kena beradab.

kalau kat tempat mat saleh (orang barat) orang perempuannya banyak berdiskusi tentang hal kehidupan dalam 'bathroom', kalau tak caya boleh baca men's guide to the women's bathroom.

tapi perempuan malaysia beragama islam sembahyang kat surau especially surau kat tempat kerja, berdiskusi tentang kehidupan selalunya berlaku di sini - di surau. masa tu boleh tunjuk rambut i beralun macam iklan sunsilk, boleh tunjuk jenama make up i kat dalam beg make up i ni, boleh tanya rahsia kebahagiaan rumah tangga, boleh tanya resepi masak lemak cili api, boleh lepak, boleh tidur...

dan boleh mengumpat..

aku pun tak fahamlah, bukan aku kata aku tak pernah mengumpat (astaghfirullah) tapi aku rasa macam nak lempang je orang-orang itu kalau sedang aku solat aku boleh dengar sebijik-sebijik perbualan mereka.

"eh, kak si polan tu dah sembahyang ke? tadi tengok ada lagi kat office?"

"entahlah kak"

"tadi akak tengok dia ada je kat office tu dari tengahari tadi. tak sembahyang lah kot agaknya"

"uzur kot"

"eh tak lah, memang belum sembahyang lagi tu, dah pukul 4 dah pun.." kantoi aku solat zohor pukul 4. :P

sikit lagi aku nak nangis sebab dah la aku susah nak dapat sembahyang khusyuk, lepas tu pulak, selalu je terima gangguan syaitan dalam pemikiran, lepas tu ada pulak manusia lain berperangai syaitan mengumpat hal orang lain sedang aku solat. dah sekarang macam mana?

mungkin mereka tak pernah tahu adab menghormati orang solat. mungkin aku kena bagi tazkirah free pada mereka, mungkin aku perlu bagi hint sikit macam batuk-batuk manja ke, atau buat muka garang menyampah jijik - itu memang aku sangat expert.

takkan tak tahu sedang orang lain sibuk menghadap Tuhan, kau sibuk urusan kain orang lain dan sibuk beritahu perihal orang lain sedangkan orang bersolat tu bukan pekak. sah-sahlah sambil "samiAllahuliman hamidah" - eh, hamidah mana pulak kakak ni cakap?....

sedangkan bacaan al quran pun perlu diperlahankan kalau ada orang solat berdekatan, inikan pulak mengumpat orang. dahlah mengumpat tu boleh masuk neraka. mengumpat+ganggu orang solat= masuk neraka kuasa dua. apa kejehdal nyeee????

tu belum lagi manusia yang selamba je tidur melintang jalan. dah aku pulak nak kena mikir nak bentang/solat kat mana ni dah penuh satu surau dengan dugong yang tidur. penat sangat agaknya kerja kat office angkat batu...

aku tak kisah korang nak mengumpat ke mengata ke, as long as tidak menganggu konsentrasi orang solat. cakap kat luar! cakap slow-slow! jangan cakap langsung! cukuplah aku sorang yang cuba melawan syaitan yang berlegar-legar di kepala aku lepas tu kena cuba pulak melawan kuasa syaitan yang merasuk orang-orang ni untuk mengumpat di dalam surau.

sudah lah kak, insaflah.. yang membaca pulak, jangan sembang kuat-kuat dalam surau time orang tengah solat. kalau mental orang solat terseksa sebab dengar kakak mengumpat, tu kira orang teraniaya. orang teraniaya doanya termakbul, dah pulak lepas solat, lagi termakbul. takut mereka doa sumpah akak jadi batu susah pulak..

sekian terima kasih.

sebenarnya peringatan kepada aku jugak untuk solat awal...:P

Thursday, February 17, 2011

sarapan di mana?


it's a good food..

and because of having such a free time in the morning, and plus, watching chef at home lagi, terus semangat nak masak pagi-pagi morning..

masak pagi-pagi morning adalah bukan bidang aku selama ni...

tapi mungkin sebab semangat rumah tangga kan.. jadi wujudlah spiral bodo-bodo je nih..

ok lah tu kan..:P

Wednesday, February 16, 2011

aquaria klcc


first, gambar harus menarik perhatian.

hari sabtu yang lalu, kami telah didatangi oleh ibu dan bapa dan kakak dan abang ipar dan anak saudara dan adik azmi - singkatan; keluarga mertuaku. jadi ahad bawa mereka jalan-jalan di aquaria klcc sebab ada naufal si kecik berumur 2 tahun itu. expected result; naufal lompat-lompat sambil sebut: pish! pish!

aquaria is a very nice place, aku yang tua ini terhibur juga walau dah tua. entrance fee rm35, kalau pegang kad government, boleh discount rm28 per person. free of charge for kids below 3. masuk disambut dengan ikan piranha. piranha feeding time tak ingat pukul berapa, tapi kami sempat tengok memerang diberi makan. sangat comels okay!

kamera boleh bawak masuk, boleh juga tangkap gambar tapi tak boleh flash. jadi gambar tidak cantik. asyik goyang dan blur. ada tunnel yang sangat best when we can enjoy seeing all kind of fish swimming around us. there are sharks, TURTLE! - i love turtle - ikan pari bermuka orang, oh wait, kenapa aku tak nampak nemo? anyway, ikan sangat banyak! sangat puas hati. lebih puas hati berbanding underwaterworld langkawi kot :)

the famous big fish tank!

kalau nak tengok aquaria yang sebenar sila google saje.. :)

Tuesday, February 15, 2011

assalamualaikum.

Salam Maulidurrasul.

bersama-samalah kita berselawat ke atas Nabi sempena hari keputeraan baginda.

:)

Monday, February 14, 2011

the sweetest song ever

i listened to fly.fm this morning and they played 3 greatest love song ever. aku sempat dengar the second and the first one, truly, madly, deeply and my heart will go on, respectively. -oh ya, no wonder they played love song eh, today is 14th feb.

so, i sang loudly (in my car, driving along the side of Hutan Bangi which is my everyday road to work) and my head just remembering lot of things. things when my friends and i singing together the 'old' songs, our songs, the songs of our teenage time, one of it was truly madly deeply - along the way from kl to terengganu. then i remember our time in school, where we brought our walkman illegally, and then people invented a very small transistor so that we can hide it in our baju kurung pocket with small hole for our earphone and listening to hitz during morning assembly time.

my personal favorite love song would be truly madly deeply. it's like i am truly madly deeply in love with you, it's like i am truly madly deeply fall for you, it's like i am truly madly deeply want you. ain't that explains everything?

sudahlah bruno mars, lagu her eyes her eyes kau langsung tak sedap.. :p

Friday, February 11, 2011

on how to make an animal tote

tote bags with animal templates
grab it from country living

maybe i'll make my own one day. :P they give animal templates too! nice eh?

Thursday, February 10, 2011

perhabis

ini adalah post kahwin..

pernah tak terfikir berapa kos untuk sesebuah majlis perkahwinan? aku sangat pasti semua orang yang nak kahwin, haruslah fikir mengenai BAJET dahulu. bajet itu penting, selagi tak ada riban-riban dalam tangan, tak kiralah tangan daddy ke, tangan mummy ke, tangan sendiri ke, bergantung kepada siapa yang nak sponsor, awak-awak semua tak boleh kahwin!

kepada anak-anak dara yang ingin berkahwin, sudah ada calon, sudah dipinang, haruslah mengimpikan majlis kahwin impian. bila sudah sampai tempoh matang, fikiran akan menerawang merancang tanpa sedar hari perkahwinan sendiri. contohnya, nanti aku nak bagi lollipop bergulung yang dihias oleh reben purple untuk doorgift pada budak budak yang datang nanti. aku juga nak pelamin yang dihiasi lampu neon berwarna-warni. pelamin harus setinggi 20 kaki, kerusi haruslah berukir cantik, yang penting warna putih. oh! tema warna! tema warna apa yang sesuai? untuk makanan pula lauk mesti yang sedap-sedap. food testing adalah perlu. kalau tak sedap nanti apa orang kata? jemputan nak berapa orang? 1000? 20000? haish, pening tak memikirkannya kalau bajet yang mengekang segalanya?

kahwin hanya sekali seumur hidup. orang tua kata, tak salah nak perhabis sebab sekali dalam seumur hiduplah katakan. tapi berbaloi kah berhabis untuk mendapatkan perkahwinan idaman?

jika bajet ketat, apa yang harus dilakukan? kalau dah tak tahu nak korek sumber mana lagi, mungkin alternatif lain adalah kahwin lari. ok, tak, bukan, salah! alternatif lain adalah buat pinjaman peribadi. sekarang kan zaman kredit card, jadi berhutang tu adalah perkara biasa. tapi apakah consequences nya? berhutanglah hingga ke anak cucu untuk melangsaikannya. cis, hutang ptptn pun tak setel lagi, hutang kereta lagi, nak tambah pulak hutang kahwin yang 10 tahun dulu, oh ya nak beli rumah ni bukan beli, hutang jugak. dengan harapan, nanti gaji akan naik lagi sebab dah kerja lama, sebab dah berpangkat besar. tapi nanti kan ada komitmen lain pulak? pampers anak? duit sekolah anak? nak tukar hilux pulak? nak tukar perabot rumah yang dah tak modern dah?

bukan ke patutnya perkahwinan adalah 'live happily ever after'. macam mana nak 'live happily ever after' kalau terbeban dengan hutang?

jadi soalan ini diulang, adakah berbaloi untuk berhabis semata-mata untuk merealisasikan majlis yang satu hari, atau berhari-hari itu?

mungkin sesetengahnya berbaloi. seperti ikhlas memberi makan dan sedekah kepada tetamu yang datang. jadi rm10 satu kepala mungkin berbaloi sangat kalau masakannya sedap. cuba bayangkan kalau pelamin bagai istana, baju pengantin bergemerlapan, walkway berbunga-bunga menutupi pandangan, tiba-tiba makanan yang dihidangkan tidak mencapai matlamat kesedapan yang sepatutnya?

mungkin di sini kita boleh salahkan trend zaman sekarang yang membunuh niat bakal pengantin yang ada rm10k je dalam tangan tapi kahwin. zaman dahulu memang cukuplah hantaran rm2k, tetamu 500 orang, lauk masak sendiri - rewang bak kata orang johor. persiapan pelamin pun kebanyakannya dibuat sendiri. hantaran juga buat sendiri, tak perlu upah orang. pendek kata, orang dulu semua benda diy. mungkin cuma perlu tempah baju songket sahaja, nampak sikit pengantinnya.

tapi zaman sekarang, butik-butik pengantin berlambak-lambak sebab bisnes ini sangat menguntungkan. minimum duit masuk adalah ratus-ratus. sekali pakej mencapai ribuan ringgit. baju diulang pakai hanpir 5 majlis perkahwinan berlainan tempat. itu semua atas sebab imaginasi melampau orang lain yang mana orang yang lain juga teringin mahu majlis perkahwinan impian yang sama. garden wedding yang dia mampu milik juga menjadi idaman b2b yang lain yang kurang tahap mampu miliknya. majalah-majalah pengantin mula bercambah juga, menggiurkan si b2b untuk membeli jam tangan taghuer pada bakal suami padahal selama ni pakai jam bajet jimat beli di petaling street. majalah memampangkan hiasan hantaran bunga segar, jadi b2b juga mahu bunga segar, lepas tu stress tak tahu nak buat macam mana jadi terus tempah. bila tempah kos meningkat. barang hantaran yang belum dibeli lagi....

selalunya b2b yang stress adalah sebab ini. sebab kekangan fulus. kalau fulus ada, boleh saja upah wedding planner dan plan segalanya. jadi semuanya pasti sempurna. penat pun tak penat. tak payah nak diy bagai. tapi untuk dapatkan perkahwinan rm500k dengan bajet 25k je, segalanya harus dibebankan pada bakal pengantin itu sendiri. diy lah segalanya, bila majlis kahwin berlangsung, pengantin penat, muka dah tak berseri lagi. segalanya terlupa -terlupa nak senyum, terlupa nak salam orang, terlupa baju sanding tertinggal kat rumah.

jadi kesimpulannya, bajet itu penting dan berbelanjalah ikut bajet yang kita ada. tak boleh main taram je. tak boleh ikut hati juga. JANGAN TERGODA dengan pakej-pakej yang tak relevan, nanti merana diri. merancang sangat penting. supaya nanti terserlah keberserian pengantin yang tak penat dan tak stress.

sekian terima kasih. :)



Wednesday, February 9, 2011

red hot and chinese new year..



i still get my ang pau this year. they said this is my first year of marriage so it is okay. i'll get no more next year. my child will,if we have one. :)

and by the way, this is my hubby's first Chinese new year!

happy chinese new year. lepas ni kita sambut chap goh meh pulak..

am looking for this..


i saw this book when my colleague got a gift from her friend..she showed to us and i am absolutely in love at the first sight!

flip it through, full of colours, simple recipes, categories from soups, to desserts, to breakfast...

love it and will get one soon. :)

Tuesday, February 8, 2011

fenomena leggings...

aku seorang observant. jadi aku suka tengok orang dan menilai. aku juga seorang yang judgmental. judge and mental. and ada satu fenomena yang aku rasa okay, it is the 'in' thing now. but not all the 'in' thing boleh pakai..

as for example - the leggings...

i know that people mentioning this quite a long time already. i googled and bumped into several blogs talking about this. even dalam facebook pun dah ada kot poster 'hentikan kelucahan ini - bla bla bla...' but i think, it is not about kelucahan or what not. kalau kelucahan - even non-muslim pakai legging pun kira kelucahan ke? quite tak adil kan?


even the non-hijabees have their own rule on wearing their leggings. pics from whowhatwear.

leggings are okay. for those who are not wearing tudung, hijab - looks cute on them. wear it with long loose t-shirt, or cardigan, small belt, boho bag, pair of boots. but it is a very big NO NO for those who wear hijab!

aku tidak mahu kata pasal dosa pahala sini. tapi leggings dan hijab adalah sangat melampaui batas kot! sorry to say, aku macam tak boleh terimalah...aku sedih pulak lihat mereka terlalu mengikut trend sampai macam tu sekali. aku sakit mata, aku maam tak nak pandang dah - or aku pandang dengan mata tak berkelip, unappropriate i might say.

so hijab ladies, it is okay to wear any kind of 'things' - seluar berbulu, baju berambu, as long as tidak melampaui bataslah. aku still tulis perkara ni sebab aku nampak sendiri last week. maknanya, kempen tu tak tersebar sepenuhnya lah. tapi aku tulis sini pun mungkin tak kan mengubah apa-apa. but still aku nak cakap jugak....

please! no leggings with hijab, tudung, serkup kepala...if u want to wear leggings, tak payah pakai tudunglah, senang hati orang di sekitar. sangat mencemar matalah..

sekadar ekspressi diri...

Monday, February 7, 2011

wide leg

i have 2 pairs of wide leg pants. walaupun sedar diri gemok tak seswai gile untuk pakai wide leg nanti nampak kaki lebih besar, nama pun wide leg kan...tapi keselesaan melampau macam pakai kain memang terserlah lah! yang pasti, i love my wide leg pants. rasa lebih bersopan pun ade kot. and their come back makes me feel confident to wear them! bukanlah selama ini aku tidak yakin hendaknya. kira lebih yakin gitu...

the wide-leg. credit picture: tonguechic

what say you?

Sunday, February 6, 2011

is looking for a nice interior deco for my living room

pening lah kepala i nak hias rumah. bukannya baru pindah rumah pun. duduk sini pun lebih kurang 3 bulan lebih. yup, after kahwin, terus duduk rumah ni. masa tu just ada few barang like tv and tv cabinet, sofa from abah, and all the basic things. but because our home is not like any normal home jadi susah sikit nak letak barang. normal home by means small, square space. living hall aku sangat weird aku rasa, panjang terus ke sliding door, lepas tu ada corner dapur kat situ, lepas tu another corner ada bilik..

it is actually huge - first time i saw it of course dah jatuh cinta malam tu terus confirmkan dengan tuan rumah untuk sewa rumah ini. lepas tu, letak sofa 3 seat tu dekat hujung one side and tv dekat hujung another side. kawasan tengah sangat lapang, just a carpet. aku seronok, tapi tidak sesuai jika orang datang ke rumah. we had our first guest - kawan azmi - end up duduk di bawah depan tv. nampak macam tak berapa nak sesuai pulak. kesian pun ada.

plus, sofa dah mula keluar spring -gosh! ia adalah sofa yang sangat lama, sebab orang selalu henyak untuk lepak tengok tv (henyak, landing, tidur, lompat) jadi semalam aku discover yang spring nya dah terkeluar dari landasan. but it is still comfortable to sleep on tapi tak sesuai untuk orang duduk.

and makan pun duduk atas lantai je. kesian lagi kat situ. dah lah malas nak bentang surat khabar or tikar ke.

dan bila blogwalk, tengok rumah orang lain macam cantik je mulalah rasa jeles kan...

kesimpulannya, aku nak rumah aku cantik dan cozy.

dan sempurna..

macam mana?

that will be my homework these few weeks..


kecomelan pertama. credit to greatinteriordesign

Laura-Ashley-Living-Room-Design. deep pink and reds
kecomelan kedua. maybe because it is PINK? credit to ehomee

kecomelan ketiga. credit to interior-design-2010


Wednesday, February 2, 2011

johor fc


pandangan dari office oli..

yup, aku berada di johor lagi, aku cuti 2 hari.. walaupun johor kebanyakan tempat nye banjir, tapi skudai tidak banjir. semoga perjalanan lancar balik kl nanti. tapi semalam, masa on the way ke johor naik bas-dua-tingkat-tak-best-langsung-sempit-giler-rimas-claustrophobia-aku!-aku nampak kiri kanan highway dekat area muar dah macam laut, hanya nampak kepala pokok kelapa sawit je. kesian orang-orang kat sana. aku doakan semoga air cepat surut dan mereka boleh pulang ke rumah secepat mungkin.

aku doakan juga semoga student-student kat mesir tu selamat lah hendaknya..

tiba-tiba malapetaka menimpa-nimpa kan? takut aku...