Monday, January 31, 2011

pengapit dan pengantin

oh sangat rindu untuk bercakap mengenai perihal perkahwinan. nak jadi wedding planner tak mampu, cuma memberi idea-idea biasa saja aku ni. but still, hari perkahwinan adalah hari yang paling indah! walaupun sebelum tu adalah sangat huru-hara sebenarnya.

ini bukan blog pengantin macam blog pengantin sekalian yang lain, tapi aku di sini teringin memberi pandangan..nanti lepas ni, ada lah pandangan pandangan yang lain pula mengenai hal perkahwinan, berdasarkan pengalaman berkahwin. ecewah poyo sungguh entry ini..

jadi straight to the point.

perihal pengapit.

penting ke pengapit?

aku kata penting walaupun masa bertandang tu aku tak ambil port pun pasal pengapit. asal kat tempat aku terjaga, tempat bertandang main redah aje..

back to the point.

selain dari beberapa tugas pengapit seperti kipaskan pengantin, membantu segala macam hal dari pengantin mula nerves, hulurkan tisu sementara tunggu air mata menitis bila dengar lafaz taqliq, atau keterharuan apabila mula membayangkan yang ibu akan melepaskan anaknya pergi (note: aku tiada air mata. :P) dan juga jadi tempat simpankan barang pengantin macam handphone dan sebagainya - and aku rasa TAK SALAH LANGSUNG kalau penhapit nak bawak handbag..totally tak salah (sebenarnya ada issue kat situ) dan pengapit adalah bestfriend semasa wedding (juga di alam nyata) di mana i will follow you, i'll be by your side 24/7 (azrina tunggu sampai aku habis karaoke..oh terharu!)...

tapi tu bukan pointnya.

kadang-kadang ada yang tak sedar..kalau aku, aku pun tak sedar..ada beberapa perkara yang agak penting juga dalam hal pengapit ni...

perihal pengapit 1:

baju pengapit penting sangat. pengantin nak sedondon, pengapit juga perlu sedondon. kalau yang perempuan warna merah jambu, yang lelaki juga kena pakai baju melayu merah jambu walaupun dikutuk gay oleh member-member sebantal, yang perempuan bertudung kelabu, yang lelaki juga perlu bersamping kelabu walaupun kontra dengan merah jambu. ok tak lah..perlulah pandai matching colour, tapi kelabu dengan pink nampak okay ape..

yang penting sedondon lah! takkan pengantin je nak sedondon kan...

sweet pink and grey! credit: here

perihal pengapit 2:

mengenai baju juga, ini adalah idea dari ina - baju pengapit haruslah down to earth gila ****! tak boleh vogue-vogue! warna adalah sehabis sama dengan pelamin macam camouflage gittew~ oklah i gurau..kesian tau pengapit nak camouflage kan die. tips dari ina - haruslah berkain polos, dari tudung hingga ke kain, dari baju melayu dan seluarnya, haruslah berwarna selembut-lembut warna, masa ni pengapit tak perlu kot bersifat - aku mahu attention! aku mahu pakai hot pink supaya flash kamera hanya nampak muka aku saje. aku juga mahu make up tebal 10 inch! oh annoying...habis tenggelam pengantin tu. kasihan tau.. seeloknya polos lah

perihal pengapit 3:

kalau boleh cari sama tinggi. ketinggian pun penting juga. tak kisahlah pengantin sama tinggi atau tak, tapi kalau dapat sepasang pengapit sama tinggi lagi moleklah lah hendaknya. jika pegang payung semasa berarak, sama tinggilah jadinya...jika berjalan sama rentak, sangat cantiklah nampaknya, nanti dalam gambar nampak seimbang orang kata.

agak-agak, kalau pengapit pakai camni siapa orang akan pandang dulu ek....?
credit to google search engine :)

oklah. cukuplah 3 point itu je. bunga je banyak, pointnya 3 je ek?

sekian. :)

3 comments:

  1. #yup, pengapit aku dulu pun pro..pandai jaga aku beb..tgu aku sampai abes majlis.

    #pengapit tu pun sama tinggi dengna aku, baju die merah meletop, aku itam putih taik cicak..kahkahkah..lantak!

    #aku suka gile kombinasi grey pink.. tgkla header aku, grey eh, bukan grey sangat pun, kelabu pink, tapi okaykan?cantik! nanti adik aku kawen aku nak paksa dia buat tema grey pink..hihi

    ReplyDelete
  2. wah, telah ku jot down segala tips dari ko. aku jalankan tugas ngan baik ke tak weih? hehe. erm, issue bag tangan itu tidak perlulah diungkit lagi. maybe pengapit bawak handbag kecik je kot? supaya tak nampak cam guest yang nak bergambar ngan pengantin~ aku patut ikut ko gi bertandang cause that's more important sebab pengantin perempuan mesti cam segan silu nak gi belah lelaki, so you need someone with you all the time. sorry i couldn't fulfill that for you, waa...

    ReplyDelete
  3. fshya, kelabu pink ngan grey pink kan ke same? :P tapi sweet lah itu colour..

    ina, aku segan nak susahkan ko lagi, plus, aku konon nak mengharapkan adik aku pastu teross tahape hape tah dia..tapi sebab takde sandingan make takpe..;P

    ReplyDelete