Sunday, January 23, 2011

first day



ini adalah kali pertama kami sebagai Hubby and Wifey balik ke kampung aku di kedah. cuti 4 hari dengan gembira jadi whole family termasuk adik lelaki dan adik perempuan pergi sekali. adik perempuan, emak minta aku tulis surat kebenaran ponteng sekolah hari jumaat tu, ngelat tak?

sampai petang singgah rumah saudara mara dan malam ambil atuk di rumah pak long, bawa pergi makan sedap di tanjung dawai.. teringat makan-makan kat senibung.. heaven nya makan seafood! :)

jika johor ada seafood di senibong, kedah juga ada. kalau pergi kedah selatan, jangan lupa singgah tanjung dawai di waktu malam. seafood tepi laut, sedap sangat! siang, boleh beli belacan dan ikan masin dan ikan bilis dan keropok ikan dekat-dekat situ juga. tanjung dawai tak jauh sangat dari sungai petani. exit sungai petani utara, terus je, ikut signboard bukit candi merbok, terus je melintasi pekan merbuk, terus lagi sampai jumpa laut sampai lah!

hari ni baru sampai rumah. nanti nak cerita lagiuntuk hari kedua dan hari ketiga pulak. :)


1 comment:

  1. oh, padanla lama tak update blog, balik kampung rupanye. selamat bergembira.

    ReplyDelete