Friday, December 30, 2011

new blog

i think i want to start a new blog.

based on my research. so that i can write what ever i want instead of doodling around in sheets of paper. takkan nak tulis hari ini tak ada result sebab aku pun tak tahu sebab apa. kenapa gel aku kosong? takkan nak tulis tu dalam lab report kan? so maybe i'll start jotting down on what i did, what i found, what is the conclusion, problems, solving the problems, journal that i found, read, important journals, latest papers, latest publications and so on. sebenarnya ada je satu software online yang boleh letak result and discuss about it online. tapi sebab my sv yang memperkenalkan ia, and it seems like he can access what i load in the net, i think no thank you lah.. i takut la.. hehe..penakut..

so there. nanti i beri link blog baru i so that korang yang interested (i bet tak ada pun yang interested, but nevermind) boleh layarinya. hihi..

bye.

Tuesday, December 27, 2011

graduate student

just now, i checked my mail and i received an email from my sv with the title 'being a graduate student'. i panicked. dia ni nak sound aku tak jadi student yang baik ke?

well, i'm not a good student after all. being an 'old student' like me does have two possibilities, being loved by the supervisor or being ignored by the supervisor.

i choose to 'be ignored' sebab kalau terlalu disayangi nanti work load banyak. kerja tak ada kena mengena pun banyak. but wth, kalau workload banyak, paper dipublish pun banyak. nanti senang nak menempatkan diri di universiti sebagai academicians..

oh ye, about the email. it's not a love hate email, thank God for that. rupanya semua student beliau dapat email tersebut. there were links of website that give us tips and how to become a graduate student. hehe, panicked pun hilang dengan serta merta. terus kena baca link yang diberi dan harap dapat jadi grad student yang baik.

link yang diberi adalah:

the graduate school survival guide
how to become a great graduate student
what makes a great graduate student

ps: baca tajuk pun takut.

Monday, December 26, 2011

hantaran berbajet rendah

seperti yang telah diberitahu sebelum ini, gambar hantaran telah di upload! yey! jadi di bawah adalah hantaran yang telah dibuat sendiri oleh aku semasa wedding adik aku. hanya simple simple saje,agak crowded sikit, tapi tak apalah, asalkan aku bahagia. 

tapi honestly, hantaran yang dibuat adalah berbajet rendah. barang yang digunakan hanyalah tissue pink ikea, alas polisterin, dan sedikit reben. bunga dibuat menggunakan 100% tissue pink ikea, termasuklah pembalut polisterin. kalau nak tahu cara buat bunga dari kerts tissue, boleh google 'paper flowers' insya Allah ada. oh ye, sedikit bunga baby breath di situ supaya tak nampak kosong sangat. 

peringatan: kos memang rendah, tapi tenaga dan komitmen yang diperlukan adalah sangat tinggi ye! huhuu..


beg tangan

sirih

cincin dan duit mas kahwin

perfume set

wallet and cermin mata

hantaran adalah 5 balas 7. dan drama nak letak hiasan bunga duit mas kahwin diselesaikan dengan meletakkan album gambar sahaja. cukup. hiasan baby breath juga cukup gorjes (bagi aku). 

oh ye, nanti aku upload pula gambar hantaran gorjes dari pihak perempuan pula..

ps: i love weddings :)

Friday, December 23, 2011

thousand years

people now are madly in love with thousand years song from christina perri kan? ooowh me to! bila baca status dina in facebook, and friends of her bagitau ia adalah soundtrack twilight, terus aku macam owh yeke?

ok sangat teruk, sudah tonton cerita tapi tak tahu lagu itu adalah soundtrack twilight. huhuu...

dan terus pergi lihat official music video, terus rasa macam nak nangis..

why?

sebab i can imagine that this song is dedicated specially for bella from edward. as you guys read my posts on early 2009, u'll know that i am the pathetic edward cullen's die hard fan (edward cullen yer, not rob pat. ada beza di situ). bila dengar lagu ini, perasaan lama muncul kembali! perasaan yang mana aku berada di dunia sendiri, perasaan cintakan edward tanpa berbelah bagi (whaaaat?), perasan berada di forks. haha memoirs. i think i really need to read those books again..dah start rindu..heh..

"i've been waiting a century to marry you, miss swan" kata edward kepada aku miss swan. 

love~




dhia

cerita dhia kat tv3 pukul 7 setiap isnin hingga khamis dan jadi rutin harian aku. aku jarang tengok drama sambung-sambung excited bagai macam ni. sejak dua menjak ni hebat pulak mengikut sebab aku tengok dari awal. masa cerita tiz zakiah dulu pun aku ikut juga cerita tu. tapi ending tak sempat tengok..huhu..

selalu aku tengok sorang-sorang lah sebab azmi balik lambat. kalau dia ada kat rumah pun, dia rela main game kat henfon sebab dia tak boleh tengok watak ako mustafa nama azmi kena aniaya. tambah pulak, dok asyik sebut azmi azmi azmi, berdesing telinga dia. jadi aku tengok sorang sorang.

lepas tu, semalam tengok lagi. tapi tak sempat tengok awal-awal sebab terleka tengok laverage. apedaa..tiba-tiba dah 5 tahun kemudian. tiba-tiba mak dia dah tak kena kacau dek hantu raya. tiba-tiba dhia ngan zikir dah duduk rumah sendiri. tiba-tiba si zety dah pergi uk, dah balik dah pun. apa ni? aku terlepas cerita tu 10 minit je kot? adoi..

part yang buat aku macam ingat sangat tu, part dhia tak boleh mengandung lagi. dah 5 tahun still tak mengandung. mak mentua asyik call sampai 3 kali seminggu semata-mata nak tanya dhia tu dah mengandung ke belum?

bila balik kampung, tiba-tiba si nenek tengking, kau ni boleh mengandung ke tidak?! kenapa sampai sekarang kau tak mengandung lagi?!  terkebil-kebil si dhia tak tau nak cakap apa..sampai zikir kata kalau macam nilah, abang sanggup tak balik kampung jumpa mak dan nenek sampai bila-bila, kata zikir. waah baiknye zikir.. *mata bersinar*

dalam hati aku pulak rasa macam nak pukul mak dengan nenek dia tu aku tak tau la orang macam ni wujud lagi ke tak, tapi entahlah, dia marah dhia dalam tv, aku pulak yang terasa...

terasa ke?

elok-elok semalam pulak first day cycle, silaplah cerita dhia tayang scene tu. mulalah jiwa kacau. tambah pulak orang herdik kau macam tu. ewah, macam aku pulak dhia kan..tapi tak pe. yang penting hati kena kental. tapi kental-kental pun hati tetap kiut jugak. kadang-kadang tumpah jugak ayaq mata jatuh atas milo suam. masin milo aku sat.

tapi takpe la..aku bukan fikir sangat pun hal ni. dah lebih setahun kami kahwin, jadi dah tiba masanya untuk 'seek a professional advice' kot. haha, wish us luck..

* dalam kepala dok harap cepatlah citer dhia ni habis. bagi ending teruk-teruk sikit kat mak dia tu. jahat gile!!!*emo*

Tuesday, December 20, 2011

kahwin

sana-sini orang kahwin. setiap minggu kena book sebab every week ada orang kahwin, sabtu ahad pulak tu. alhamdulillah rezeki orang kahwin. dapat merasa nasi minyak tiap-tiap minggu. :)

oh, lupa ucapkan assalamualaikum dan good morning. awal puan azura kita hari ni ye.

jadi sediikit kisah perkahwinan keluarga terdekat yang terjadi baru-baru ni. Alhamdulillah, selesai satu bab, bak kata mak. segala-galanya berjalan lancar. wedding yang telah diorganizekan oleh pihak perempuan telah berjaya buat perempuan drooling nak buat wedding macam tu juga. yang dah kahwin macam aku pun rasa nak kahwin lagi. hee..





konsep adalah wedding garden. it was a very beautiful wedding. aku suka pendekatan pengantin yang mengamalkan konsep simple but sweet. tak payah kerawang-kerawang labuci overloads sangat. baju buat sendiri, yang simple, yang cantik, lepas tu boleh terus jadi milik sendiri. puas hati. adik aku pun hanya berbaju melayu samping dan songkok. people will say, eh nanti tak nampak raja sehari nya. but i think that the glow of pengantin baru sudah cukup untuk orang cam kita as pengantin kan? pendapat aku.

while for the vanue, very nice. jemputan adalah kecil. jadi tidaklah kita nampak macam crowded. suasana juga tenang. aku suka tenang-tenang ni. ada tempat lepak untuk kawan-kawan. ada pemandangan tasik, ada bunyi burung. cuma panas sikit sebab tak ada kipas (ada, tapi tak kena kat aku, muahaha!). tapi petang tu hujan juga. nasib baik tak hujan waktu perarakan masuk. 

the food was nice too..sedap sangat..mungkin sebab ni first time aku menghantar pengantin dan duduk di meja vip? ada ikan sweet sour, ayam steam kot dan lauk-lauk lain yang banyak dan sedap. ada kuih favourite tapi tak sempat makan sebab ada ABC! dan kenyang jugak. air pula warna ungu. heh. konsep meja untuk vip dan pengantin adalah meja bulat dan meja tetamu lain adalah meja panjang. 

okay, dah itu saje. panjang pulak cerita. nanti aku update cerita hal favorite which is hantaran.  

Friday, December 16, 2011

selfnote

for you to study and remember..

go here.

expert

besok adalah harinya. hari parents aku dapat menantu baru. habislah azmi, tak jadi menantu kesayangan dah, takhta pengantin paling baru pun dah dirampas. redha. haha.

dan aku juga ditugaskan buat hantaran macam biasa. macam biasa konon expert sangatlah! eh tidak, saya tidak expert. tapi setakat hias-sikit-sikit pun bolehlah..

tapi bila dah orang-orang lain, waima pihak pengantin tu sendiri tiba-tiba nak tambah itu ini di saat-saat akhir, mahu tak pening kepala dibuatnya. tak pasal-pasal aku mengamuk di pagi hari sebab besok nak kahwin, tiba-tiba ada permintaan nak letak duit mas kahwin pula kat sebelah cincin. aku dah susun elok-elok, tinggal nak letak sikit lalang kat keliling barang, tiba-tiba tambah barang baru. 

pening.

selalunya, pemikiran orang tua dengan orang tak berapa nak muda macam aku ni bercanggah. aku tak berapa suka idea letak bunga duit kat situ. bercampur-campur pulak temanya. selalunya, bunga duit untuk hantaran tradisional mungkin bolehlah kot. kalau aku, gulung-gulung duit sudah. aku suka simple, tapi mungkin simple aku tak memberi suka pada orang lain.

apa-apa jelah..aku jugak yang volunteer nak buat hantaran ni. 

sama juga hal-hal pengantin yang lain. si anak nak bagi doorgift botol hias-hias letak muffin, parents pulak nak paper bag kasi orang senang pegang. bila tambah paper bag, takkan nak letak seketoi barang tu je? sudah sibuk cari kerepek bungkus-bungkus untuk tambahan. tak cukup, tambah lagi barang lain. sampai bertambah-tambah kos untuk satu doorgift tu saje. paper bag saje boleh makan 50sen satu. kalau untuk 1000? kiralah sendiri. last-last, orang buang jugak. lebih baik doorgift yang kos sampai rm4-5 (yang isi kerepek, telur, cawan yang sangat kecik, barang hiasan dan sebagainya) digantikan dengan satu kotak yang sangat cantik, diisi dengan muffin yang sedap sahaja, atau botol jam yang ada jam nenas yang sedap (yang tak sdap pun tak kira) , yang mana kotak cantik boleh letak brooch cantik atau barang kemas cantik, dan botol jam, boleh buat isi rempah ratus dan kegunaan dapur yang lain..

kualiti adalah lebih baik dari kuantiti..

dan lagi satu.  please, kalau misal kata korang korang sendiri yang nak sponsor barang hantaran, atau doorgift, silalah beritahu pada tuan rumah/tuan badan awal-awal..kalau boleh 3-4 bulan sebelum. lagi awal lagi bagus. senang untuk tuan rumah buat bajet. tidaklah bertindan-tindan. hantaran juga begitu. kalau nak sponsor kek, beritahu awal-awal supaya tukang buat tu boleh buat extra hiasan. ni kalau tiba-tiba ada orang nak sponsor kek, besok dah nak kahwin, hantaran dah tempah, dah ada ambik dah pun, lepas tu kalau tak letak kek atas hantaran nanti kecik pulak hati, menimbulkan rasa serba salah yang tak terhingga kepada tuan rumah/ tuan badan. kalau jenis terjah, lantak kaulah nak terasa, itu lain cerita. kalau ikut orang tua yang sangat menjaga tata kesopanan dan kesusilaan ni, letak lah jugak walau lain corak dan hiasannya. bilangan hantaran jadi genap. gambar dah tak berapa nak lawa sebab ada satu hiasan hantaran yang lain dari yang lain, dan genap. lepas tu sedih sebab wedding tak perfect. haha over kau..

dan macam-macam lagilah..selalunya, hal wedding memang macam tulah. hal berselisih pendapat dengan orang tua mesti ada. hal melanggar pantang, hal hantaran, hal do's and don't's semua ni..sebab zaman kita lain dengan zaman dulu. zaman kita barang mahal, jadi semua nak jimat kos, tapi cantik nak cantik juga. bergantunglah pada citarasa masing-masing. bergantung jugaklah pada tuan badan macam mana nak handle hal-hal macam ni. ni tak cerita lagi hal mak andam over atau makcik saudara over. lagi panjang entry aku ni pulak..

sekian..


Wednesday, December 14, 2011

sepatutnya

aku sepatutnya buat kerja ni. dah siap letak paper sebelah kiri ni.. dah buka pun 'new document' konon untuk buat ringkasan pemahaman aku macamana nak mengetahui fungsi secara taksonomi untuk protein yang terpelihara dan unik dalam patogenik bakteria. hah, hamek lah kau sub tajuk thesis aku (atau paper) yang akan datang. walaupun bukan aku yang buat, orang lain yang buat, aku diberi hak untuk mempergunakan maklumat ini bagi menjamin kenovelan thesis aku itu.

tapi bila sudah 'online' dan terus bukak 'tab-tab' lain selain wikipedia, mulalah jari jemari melagha. baca blog orang lain adalah menu utama harian, facebook dan menjadi stalker adalah perkara biasa. main game selagi ada nyawa dan rakan-rakan untuk approve dan bantu. macam-macamlah!

bak kata kawan aku, awal-awal macam ni lah kena mengambul kesempatan sebab banyak masa free..nanti-nanti menangislah bila malam dan sabtu ahad pun kena datang lab untuk menghadap apa yang patut.

tak apa, dah biasa..

ada aku beritahu di sini yang azmi akan dipindahkan ke bukit jelutong?

belum..

jadi, ya. bukit jelutong. kami sudah cukup bahagia duduk di bangi, dan azmi 'dah biasa' berulang-alik ke bangsar yang jauh tu, bos beri arahan untuk pergi bukit jelutong. kerja di situ, minimum satu tahun. itu janji mulut aka janji palsu. kalau diikutkan mungkin akan bekerja di situ untuk selama-lamanya.

seminggu ni jugalah mengeluh, tersalah jalan, termenung panjang, bermuka sedih dan bermuram durja akibat memikirkan hal bukit jelutong. bermacam spekulasi liar bermain di fikiran kami berdua. aku dah awal-awal lagi frust menonggeng sebab kerja aku sekarang dah kira 'gear 2'. kalau segala-galanya dalam hati masih terumbang-ambing, maka tak apalah juga aku sanggup berhenti dan ikut zmi pindah ke bukit jelutong.

relakslah kan, bukit jelutong bukannya jauh manapun..

haih, jauh juga kalau naik motor tahu. yang aku pelik, berdasarkan apa yang azmi berita pada aku, orang yang ditugaskan ke sana adalah orang lain. azmi sudah naik turun pejabat bos untuk men'setel'kan hal ini. tapi dia yang kena pergi kenapa? kenapa?

dalam kepala otak aku, mungkin budak itu kaki kipas atau ada unsur-unsur politik di situ. maklumlah, gahmen ni, di luar nampak normal, di dalam macam-macam hal bergolak kita tak tahu. kata bos, 'awak masih muda, awak boleh belajar'. ape ke bangang alasan macam tu. oh ya, tempat kerja baru ni memerlukan seorang it specialist, yang tahu selok belok hal penstoran data. laki aku electrical engineer lah gila! ape yang dia tahu tentang penstoran data secara maya? penat-penat hantar ke uk untuk attend kursus, lepas tu dah belajar sana sini hal broadcasting, bila dah expert, boleh pulak suruh belajar benda baru yang totally different?

gila ka apa?

ke memang hal ni dah biasa dalam gahmen ni? aku tengok senario kat tempat aku dulu pun lebih kurang sama je. dah expert pakai gcms, buat cell culture, bukannya nak ambil orang expert tu as pekerja tetap ke. boleh pulak hire orang lain yang entah apa background research nya tu untuk dijadikan pekerja tetap. yang kontrak atau student, berbulu je lihat orang baru dapat gaji sedap kerja rilek. belajar pula dari orang yang bertungkus lumus cari method, gaji ciput, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. last-last student lari, pekerja kontrak lari, mesin terbiar, tak ada siapa nak handle mesin, hantar semula orang baru untuk attend kursus yang sama. hadoila..

ha, kan dah melalut benda lain pulak aku.

jadi keputusannya, azmi terpaksa spend lebih sikit duit untuk travel dari bagi ke bukit jelutong. tengoklah macamana keadaannya. duit boleh dicari. tapi stress tak stress je nak travel hari-hari jauh-jauh macam tu.alang-alang baik hantar je laki aku tu ke soromban! pueh hati, boleh beli rumah murah kat situ..huhu..

sekian..

Friday, December 9, 2011

a-maze




mid valey - christmast - yesterday.

Thursday, December 8, 2011

post-zomba condition

hei ingat tak post zomba ini? setelah bertungkus lumus jadi zomba, hari ini pergi jumpa supervisor. okay, tak cuak sangat sebab jumpa kat office, bukan kat lab, jadi orang lain tak ada, hanya ada aku, sv dan prof dari uk.

english aku macam haram, aku nak explain terms yang aku tak familiar juga macam haram..

orang mat saleh ni, satu yang aku suka, kalau seteruk mana pun kau rasa, kau present sampah ke, kau explain bahasa alient ke, mesti dia bagi credit kat kau. contohnya macam tadi, dia kata,

'its a good plan. very good'

kalau kita orang melayu mesti kata siut kau mat saleh perli aku lah tu! instead aku kata,

'huh? good plan..? ooookaaaay, thank you!'

padahal nak jawab soalan darimana datang sample pun mengeelabah nih! huaaa! nangis..

nampaknya, skill pembacaan perlu dipertingkatkan ni. jangan malas-malas..kena rajin-rajin...

bye

Wednesday, December 7, 2011

katakan ini cantik - skirt


such an inspiration! boleh tengok lebih-lebih di sini..

zomba

balik ke zaman masa di u.t.m dulu..

stay up sampai pagi..bergelumang dengan papers...besok nak present..ilmu tak cukup...jadi zomba pun tak apa..cuak kalau supervisor tanya soalan lepas tu berkerut muka..

kalau dulu jumpa prof and report mana yang patut. nak buat lab pun ala-ala syok sendiri. dulu master, tak apa..sekarang, jumpa prof discuss discuss, lepas tu buat lab kena ada objektif yang jelas, kena pandai baca fikiran prof supaya apa yang disampaikan tu mencapai akal prof..fuiyoh..berpeluh..

tak apa. asal ada passion, apa-apa pun boleh, eh..

bye..

Tuesday, December 6, 2011

sepak u

sabtu lepas, sebab dah lama berangan nak memanjakan diri, aku dengan klik aku bercadang untuk ke ubud spa. waaaah ubud spa!

saje, nak melangsaikan hutang yang berlapuk lamanya. dulu sebelum kahwin, aku dengan klik aku yang sama jugak sikit punye bersemangat pergi survey-survey spa konon nak berspa before kahwin. sebab tak sempat, maka tak jadilah.. huhu sedih..

jadi bila dah ada masa yang terluang macam ni, kami pun bercadang nak buat full body scrub and body mask, mandi cinnamon plus lemon, dan urut seluruh badan. juga dihidang dengan air halia.

harga berbaloi! kami spend selama 2 jam setengah kat situ. rasa fresh sangat. sebab first time pergi mengurut, terasa  relax gila. plus, kulit rasa mulus gitu sampai sekarang.. :) cuma yang tak best nye spa kat sini adalah dekat sangat dengan kedai betulkan tayar kereta.jadi boleh dengar deruman kereta di situ.

bagi aku tempat ni boleh jadi tempat mengurut yang best. service yang baik. cuma kena hilang segan-segan tu sebab dia akan buat  FULL body scrub dan body mask pada kita. full tau! tapi tak delah dekat private parts dan bahagian dada..

harganya pun berpatutan. kalau nak pergi, boleh lah pergi ke seksyen 7 bandar baru bangi ye....!

Saturday, December 3, 2011

mintak

aku pergi makan bersama hubby. konon nak pergi mohamad chan yang terkenal sebab nak makan nasi itik. hajat tak sampai sebab penuh sangat macam biasa. jadi pergi kedai sebelah nya. mulut teringin nak makan nasi itik, dapat nasi ayam pun jadilah..

sedang makan, kami didatangi seorang bukan warganegara menjual pelekat ayat-ayat suci alQuran. dari jauh kami dah nampak, kami mula duduk tak senang. kami terus geleng-geleng bila orang itu datang di meja kami. apa yang dia cakap pun aku tak berapa nak dengar. kami teruskan makan dan minum tanpa mempedulikan dia. kemudian terus dia berlalu pergi.

dari jauh aku nampak orang lain bukan warganegara juga datang kat meja makan lain untuk jual tulisan khat dia. aku cepat-cepat habiskan air aku dan terus kami pergi bayar sebelum kami bertindak 'kejam' lagi.

ye aku memang jahat..

tapi kalau dah setiap kali pergi makan kat bangi setiap kali ada orang mintak sedekah, atau jual barang masa aku tengah makan atau bersembang dengan kawan-kawan aku, atau tengah bercinta,  rasa macam nak bagi penampar pun ade kat orang-orang ni...

bukan sekali, tapi dah banyak kali. infact siang tadi masa makan dengan kawan aku kat seksyen 7 bangi pun terkena jugak. aku terbeli buku surah-surah pilihan dengan niat nak membantu. lepas beli tiba-tiba dia promote suruh aku datang talk MLM. apehal?

aku rasa macam nak tendang dia masa tu jugak.

mungkin sebab kawasan bangi kawasan melayu ISLAM, jadi orang-orang melayu ni jenis tak kisah, dan suka menderma, jadi aktiviti ni memang sangat hebatlah di bangi. ya, orang lain tak kisah. tapi AKU KESAH.

okay, aku tak kisah kalau mereka datang, aku kata taknak, mereka pergi. kalau aku nak, aku akan beli macam kes tasbih dijual masa aku tengah makan kat satu tempat kat bangi sebelum ni. tapi yang datang, main paksa-paksa pujuk-pujuk sampai rasa nak bagi penampar dan terus menimbulkan rasa kejam dan caci maki dalam hati.....

tapi untuk peristiwa tadi tu, nasib baik tuan kedai datang cakap baik-baik pada peniaga tu. ye, mereka datang untuk berniaga. tapi tuan kedai tu pun ada hak untuk memberi keselesaan pada customernya untuk makan dengan tenang kan?

tambah-tambah pulak kalau tempat yang kita bayar service charge. lagi lah hangin tiba-tiba tengah makan, orang datang mintak-mintak. bila aku kata kat staff situ boleh pulak kata 'kita tak boleh buat apa, kak. diorang memang main masuk je' aaargh memang wadefak lah aku bayar service charge lah gile. dah memang aku tak datang kedai tu dah..

lepas kejadian tu, aku tanya azmi kenapa selama aku makan kat kedai mohamad chan tu aku tak pernah pun diterjah orang jual sticker atau khat atau tasbih huh?

jawapan azmi senang 'sebab kedai cina...' mungkin jugak. walaupun kedai cina Islam, tapi still kedai cina..entah aku pun tak tahu. lepas tu azmi cerita pulak pengalaman dia kat kedai mamak yang mana memang mamak tu halau lah orang-orang yang masuk kedai lepas tu paksa-paksa orang beli barang ni. kedai mamak, bukan kedai melayu...tapi aku tak rasa sebab kedai bangsa apa, tapi aku rasa inisiatif tuan kedai tu jugak nak kasi bisnes baik ke tak..kalau setiap kali nasi goreng nak suap ke mulut ada orang datang nak jual kasut, memang aku pun taknak datang kedai makan tu dah sebab tuan kedai tu tak ambik peduli dengan keselesaan pelanggan...

entahlah.. aku pun tak tahu nak komen apa kat sini. aku komen tak pandai sangat, komplen pandai. tapi aku rasa, benda-benda ni patut dihentikanlah. ya, memang mereka cari rezeki halal, jual barang macam ni lebih baik dari mengemis di tepi jalan, tapi kenalah ambil kira keselesaan orang lain dan keikhlasan orang lain jugak.   orang tu tengah makan menghadap rezeki, tak baiklah kalau potong rezeki orang lain untuk kepentingan diri sendiri. paling kurang pun, kalau orang tu kata taknak, tak payahlah paksa-paksa tunggu lama-lama sampai nak makan pun fed up. ..

dah lah, lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku merepek kat sini..

sampah

sekarang ni, aku perasan tulisan aku makin lama makin sampah. adakah ini menunjukkan bahawa aku makin dewasa? maksudnya, makin dewasa, makin kurang cerita menarik, jadi makin kurang input? okay, macam lah selama ni input sangat berguna dalam belog ini.

okaylah, bagi meneruskan sampah aku ni, aku nak tulis di sini, aku sudah tonton twilight itu. ye, yang breaking dawn tu, yang kalau pergi beli direct mesti pasti tiket habis, dan mesti beli secara online. plus, azmi mahu aku melepaskan kempunan di hati untuk tonton, walaupun ada sedikit tak sedap hati nak tengok cerita itu..

first sebab aku dah tahu jalan cerita. rindu pula zaman aku obses twilight siries. masa tu post blog semua pasal forks. haha. memoirs.

second sebab aku dah tak excited sangat dengan robsten.

dan mungkin sebab plot kali ini pasal bella pregnant in one shot? mungkin aku sensitif? mungkin aku dengki? yeah wutever.

nak pergi tonton doraemon..

Wednesday, November 30, 2011

roti jala

masa aku pergi seminar isnin lepas (wow, dan besok adalah hari khamis dah?) aku berulang-alik ambil roti jala semasa minum petang. roti jala itu sedap. mungkin karinya sedap. orang pun tak ramai, mungkin sebab tu aku ak berapa malu nak ulang-alik lagi ambil 4-5 keping roti jala lazat itu.

ada mat saleh tegur aku dari belakang..

"what is this made of? wheat?"

"yes, and its verrrry delicious.." jawab aku..

"oh i should try this.."

bila sampai di meja aku, aku terfikir, adakah mat saleh tu maksudkan roti jala itu as 'weed' atau 'wheat'? sebab, roti jala tu pun rupa bentuk seperti weed? aku keliru dan risau kalau aku bagi information salah di situ.

apa pendapat korang? adakah mat saleh tu memaksudkan weed, atau wheat huh?

Tuesday, November 29, 2011

weekend

weekend bau-baru ini adalah sangat best. sangat fulfil seperti susu penuh secawan.

kamis, pergi alamanda semata-mata nak beli shawl.

jumaat alamanda again for puss in boots. super chomel!

sabtu, karoks with the girls.

and ahad, dinner with family at mohamad chan abdullah.

isnin, unfortunately, i need to attend a seminar. the best thing was, free lunch.

i should put pictures on each event kan? tapi i dont take pictures when i'm shopping alone, i dont take pictures while watching puss, i dont take pictures when karoks with the girls sebab camera tertinggal kat kampung, i dont take pictures while having dinner maybe sebab too hungry? and i dont take pictures while listening to talks and having free lunch and met ex labmate.

but the memories remain. thanks for the great days. :)

Sunday, November 27, 2011

salam

maal hijrah to all. it means mari berhijrah. anda ada semangat kehijrahan tak? ada mencipta azam baru tak? ke tunggu tahun baru happy new year 1 Jan? baru nampak barat kan?

salam....

Thursday, November 24, 2011

gembira

senang je nak buat hati student macam i ni gembira. kalau sv balas email, terus hati ceria. kalau tak caya, cube tengok muka i sekarang..


ceria kan? :P

she is sweet, i love her.


sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead...

Wednesday, November 23, 2011

to cameron highland

2 minggu lepas, memaksa diri dan azmi untuk pergi bercuti. kami mesti pergi bercuti, kalau tidak kami stress! haha. plus, its an oooooooooveeerdue honeymoon gate away. jadi decide nak pergi cameron highlands. lama sangat nak pergi. rindu sangat nak rasa suasana sejuk, rindu sangat bau bunga ros!

bila sampai kami pergi cari hotel dan terus check in. kami singgah kea farm untuk makan tengahari. kami pergi bharat tea plantation dan minum teh o lemon madu dan teh coklat. kami pergi pasar malam dan beli 2 kotak strawberry dan nasi ayam. malam kami tidur di hotel dan rasa best sebab sejuk semulajadi. :)

pagi besoknya kami bangun awal sangat, pergi kea farm dan breakfast di kedai klasik di tengah-tengah pasar bunga dan sayur. kami makan nasi goreng yang lazat bersama telur dan sambal. kami minum milo panas
sambil lihat gelagat orang dan menikmati suasana kedai lama.




kami beli sayur rm10 untuk 10 paket. kami beli sejambak bunga ros warna kuning kerana pekerja cina kata ros kuning paling wangi antara semua. dapat percuma bunga kecil-kecil warna ungu. kami beli juga buah limau besar-besar, kami tambah lagi beli strawberry sebab azmi sangat suka makan sampai habis berkotak-kotak. tak lupa, lollypop kecil untuk wedding adik nanti.

kami pergi taman rama-rama yang entrance fee nya hanya rm3 sahaja. rama-rama jugabanyak tak terhingga, bunga-bunga juga cantik. rama-rama selamba hinggap atas kepala.

kami pergi boh tea plantation pula, jalan sangat halus, berselisih dengan bas, van dan kereta. perjalanan sangat ngeri. tapi berbaloi! kami duduk lama-lama lihat pemandangan indah dan sejuk. kami minum teh lagi dan makan sandwich. kami pergi melawat kilang buat teh.

setelah agak petang, kami pergi taman ros. ros sangat banyak! ros sangat wangi! jalan-jalan sampai penat, lepas tu kami pun balik...

kami pun gembira.. :)

sekian terima kasih..

Tuesday, November 22, 2011

report...report..

alasan pergi biomalaysia memang berbaloi..tapi kalau setengah jam je tak kira...

anyway today, petang je dah chow pergi jumpa arbainah di klcc. gigih tau! drive ke rtm jemput hubby nak lunch same-same di mid valley sebab hubby ada bisness baik kat situ, then hubby hantar aku ke kl central. aku men'train'kan diri ke klcc..

setelah 2 tahun tak naik train.. not bad la. pengalaman lama expert naik train dulu masih boleh digunapakai. even coach untuk wanita tu pun not bad.

sampai di klcc around 4.15, jumpa prof, jumpa arbainah, catching up with kak linda, kak yati, helmi dan lain-lain. banyak booth yang berguna untuk dilawati. tapi sebab kekangan masa, tak sempat.

cepat-cepat pulang sebelum pukul 5 sebab takut ramai orang (balik kerja). naik train ke kl central, tukar komuter ke rtm, balik sama-sama naik kereta dengan hubby ke rumah.

itulah laporan aku untuk hari ni. siapa-siapa yang masih belum pergi biomalaysia, silalah pergi. macam menarik.

Monday, November 21, 2011

new tasks

got new task to complete. lebih bermakna nampaknya. aku sudah tahu pattern diri - kena ada kerja kalau ada orang bayar aku. kalau aku tak ada kerja lepas tu dapat gaji bulan-bulan hati tak sedap..

kan?

tajuk proposal okay, cuma kena tukar objectives je.

rasa best untuk seketika.

Saturday, November 19, 2011

salah sangka

bila senyap seribu bahasa, mulalah bermacam-macam spekulasi liar akan dijangkakan. tapi ini rupanya yang terjadi...


email from my co. boleh pulak dia lupa kat aku? penat aku buat spekulasi tahu!

huhuhuuuu...

should have emailed him earlier..

dokter...dokter..

Friday, November 18, 2011

rasa

apa kau rsa kalau kau di pinggirkan oleh kawan-kawan? apa kau rasa kalau kawan-kawan kau anggap kau bodoh tak ada experience, apa kau rasa kalau kau selalu dipandang rendah, apa kau rasa kalau kau ada di tengah-tengah kelompok yang tahu semua tapi kau tak tahu apa-apa?

apa kau rasa kalau sebenarnya kau sangat pandai buat jet, tiba-tiba kau disuruh buat tv? apa kau rasa kalau kau pergi interiew, orang tanya kau tahu buat tv? kau geleng kemudian dapat pandangan serong. apa kau rasa bila aku excited cerita pasal macam mana nak buat jet muka semua orang blur? apa kau rasa bila orang cerita pasal warna di tv kau pula bayangkan device untuk mengurangkan rintangan angin secara supermaksima?

apa kau rasa kalau mereka tahu apa nak buat, kau terpinga-pinga pandang kiri dan kanan? apa kau rasa kalau kalau orang lain segerombolan pergi sini pergi sana buatbuat sibuk dan kau pulak rileks makan kacang?

jiwa kacau....

ps: apa agaknya aku akan rasa kalau aku bersemuka dengan bos dan beri surat letak jawatan..?

Wednesday, November 16, 2011

memory lane

pagi tadi aku gosok baju berbondong. sempat, memang sempat. as from now on (dah lama start since last week) i'll come as i like. sebab memikirkan hal aku yang gaji lagi sikit, and no body cares about me sama ada aku datang atau tidak, and still playing with the waiting game, aku rasa perkara ni wajar. yes, aku memang ambil kesempatan. but for me, the quality is more important. quantity tak berapa nak penting. kalau duduk lama kat office but facebooking 8 hours straight, baik duduk rumah buat kerja mana yang patut.

so, while ironing shirts and baju kurung, kepala otak aku mula memikirkan tentang orang lain. tentang kawan-kawan aku di johor terutama sekali. tentang ina, tentang oli, tentang kamini, tentang azma, tentang eddy, tentang kak waina, tentang bilik L207.

tentang semua memori indah masa study di johore dulu.

woi seronok sangat lah weh. macam nak nangis bila ingat balik sebab rindu sangat.

dan aku terjah blog crunchroll, di mana semua geng roma tulis-tulis. aktiviti makan di old town buat pertama kali, aktiviti main boling di skudai parade di waktu murah di waktu pagi, aktiviti makan di mc dee skudai belakang ut.m, aktiviti main belon di bilik. luahan perasaan stress-stress sebab masa tu semua orang tengah struggle ber'master'.

rindu sangat.

dan di bilik itu juga aku start buat blog ini.

dan di bilik itu jugak kami discuss kerja-kerja kami sesama sendiri, mungkin boleh diaplikasikan kepada kerja sendiri.

rindu sangat.

rindu sangat sampai nak nangis.




sobs... :'(

p/s: yup! dulu aku memang kurus..sedih lagi..hihi..

Friday, November 11, 2011

headache

aku pening teruk hari ini, hence tidak pergi kerja. perut aku menyucuk-nyucuk sakit. adakah ini petanda aku berpenyakit kronik? God knows. aku tidur sampai pukul 3, tidak hantar suami pergi kerja di depan pintu seperti biasa.

ada sesiapa tahu kenapa tiba-tiba kita sakit kepala yang teramat sangat? migrain kah? aku selalu dengar migrain akan berlaku di sebelah kepala. ya, aku juga. aku pernah pergi jumpa dr untuk kes ini, tapi aku tak ingat apa dr kata. tapi dr tak sebut migrain pun. yang penting, aku memang tak ada apa-apa masalah. infact, aku pernah pergi x-ray kepala otak aku ni. dr kata tak ada apa-apa yang pelik di otak.

mungkin stress kot.

by the way, my brother's wedding day dah nak dekat. ada sebulan lebih sikit je. so sekarang sedang kumpul barang untuk buat hantaran. excited. this time konsep agak sama, menggunakan bunga sebagai hiasan di keliling hantaran. mungkin bunga yang digunakan adalah bunga tissue, idea dari internet. nanti aku akan letak di sini outcome dia macam mana. semalam aku ada buat sikit, looks great. modal pun sangatlah tak banyak! aku hanya guna tissue ikea. hee..

so that's all for today. have a nice weekend everyone.

Thursday, November 10, 2011

kembang


ini bunga matahari yang aku tanam dulu di post ini. ia tidaklah bunga matahari yang biasa kita tengok tu. ni spesies lain. aku letak di bawah rumah dan transfer dalam pasu besar. musim hujan seminggu dua ni membuatkan pokok ini naik. tapi bunga agak kecik, mungkin kurang nutrien. aku tak rajin nak tabur baja. sekarang dah musim panas, bunga mula kembang. 

anyway, yang lawa ada satu ni je. lagi 2 memang kecik sangat. kurus. 2 je yang survive pun. aku semai lagi 10. nanti bila dah naik tinggi, nak pindahkan kat pasu besar. hopefully naik berbunga. kalau banyak lagi cantik!

Wednesday, November 9, 2011

roses are pink

kadang-kadang perkara kecil boleh jadi the sweetest thing. dan selalunya the sweetest thing can make a day!

and jumaat minggu lalu, selepas habis sesi pembentangan yang aku tidak semena-mena menyertainya di moa, kami semua minum-minum di cafe. dan di laluan ke arah lobi utama moa ada jualan pokok-pokok, baja, pokok bunga, pokok cili dan bunga ros (beras pun ado).

masa aku jalan masuk tu pun aku dah perasan tapi tak amek port sangat. tapi sebab jiwa dah bergelora nak meninjau dan konon nak menambah koleksi yang ada kat rumah ni, aku pun pi jenguklah sekali lagi masa balik. yelah, pokok cili aku pun dah keturunan F1. nak tunggu keturunan F2 memang boleh, tapi kalau dah biakbaka dalam tu, orang kata tak elok sangatlah keturunannya. cili yang tumbuh pun tak mampu nak menyara kehidupan keluarga aku yang 2 orang je ni.

jadi, bukan pasal pokok cili tu aku nak cerita.

sementelaah aku lalu kawasan tu sambil jeling-jeling dan usha-usha, dan memujuk hati untuk jangan beli benda pelik-pelik sebab gaji harus survive sampai hujung bulan ni, aku nampak ada satu booth ni jual bunga ros. aku tengok lama-lama. dalam hati meronta-ronta nak beli. jadi aku tanya just out of curiosity..

rm2 sekuntum.

hmm, kalau 20 kuntum dan rm40. bukan aku nak beli 20 kuntum, tapi kalau aku beli di kepong, 20 kuntum aku boleh dapat around rm18 saja. jadi tak pe lah dek akak saje je nak tahu market. tiba-tiba adek tu tahan aku jangan pergi. dia capai dua kuntum ros merah jambu, cantas daun dan duri di bahagian bawah batang bunga dan hulur pada aku. aku macam eh? kena bayar ke?

tak payah, jawab adek tu sambil tersenyum. aku juga senyum dan ambil dengan rela. aku lompat-lompat menuju ke arah kereta dengan gembira.

tu je.

tapi the moral of the story is, kadang-kadang benda yang kecik pun boleh buat orang gembira. tak kisah lah bunga kecik warna pink yang dua kuntum tu aje...

p/s: sejak kebelakangan ni, banyak sangat perkara stress yang berlaku, jadi belog pun dah sangat boring dan kusam. nanti aku polish kasi best sikit okay!

Tuesday, November 8, 2011

0

hari ini aku buka email formal aku macam biasa. dan macam biasa juga, tiada email harapan. aku keliru, aku marah, aku give up. aku ni kenapa asyik give up saja ni?

waiting game sangat seksa. infact, kakak sebelah aku pun stress tunggu email bos tak kunjung tiba. susah ke nak buat keputusan? susah ke nak bagi jawapan. paling mudah, jawab ajelah email tu dengan ayat mudah seperti;

"i am away for two weeks, will get back to you as soon as possible."

susah ke?

ini terpaksa main teka-teki. bos tak suka aku ke? bos outstation ke? bos pms ke sampai tak nak balas email aku? aku ada buat salah dengan bos ke? proposal aku macam sampah sarap ke?

dan email yang aku beri pada co sv dari 13/10/2011 sampai sekarang masih belum ada reply. sekarang hampir tengah bulan 11 tahu? atau memang dr tak mahu saya jadi student dr? say it out loud, email me and please tell me that u have other high potential candidate who has more experience than me. honestly, i don't mind and I understand.

easy. tak susah. i know u are busy. but please reply me, please.. kerja aku hanya buang masa menghadap pc dan skroll up and down facebook and blogs. aku tak boleh start kerja jika tiada approval dari kalian semua. i need things to buy, and things to work on. i have lots of things to read, tapi seriously, aku dah nak muntah baca journal tanpa objective!

dan perkara macam ni buat aku rasa macam loser dan pindah ke tempat yang lebih menghargai aku. jadi kerani dengan gaji rm1600 pun dah cukup okay. mungkin boleh upgrade jadi management committee so that gaji lebih tinggi?  maybe..

aku rasa aku nak quit pulak. berkorban kerja serupa ini untuk kesenangan hati di HARI RAYA KORBAN ini jugak dianggap sebagai PENGORBANAN kan?

end.

Friday, November 4, 2011

jumaat

jumaat adalah penghulu hari. jumaat juga berkait rapat dengan wordings baru yang terkenal sekarang ni, TGIF. Thank God Its Friday - jumaat paling dinanti-nanti sebab besok cuti. yey!

jadi kenapa dengan jumaat hari ni? aku jumpa ex sv aku di putrajaya hari ni. dengan ta semena-mena termasuk sekali menyertai prof membentangkan kertas kerja. aku kagum di situ. harapan aku moga prof dapat geran tu untuk projek masa hadapan. dan harapan aku juga prof tak rasa aku menyibuk dalam meeting room tu (prof juga yang ajak aku masuk).

jadi prof pun dah kata, aku sayang sangat dengan suami aku. sampai tak nak buat phd bawah dia. tapi bagus juga, kata prof. dia faham, syurga kan letaknya bawah kaki suami. acewah!

so, sekarang dah tak rasa serba salah sangat dah. aku boleh buat kerja dengan tenang di sini. macam-macam dah drama jiwa minggu ini. marilah tumpukan perhatian pada mana yang ada di depan mata.

oh ya, selamat hari raya aidiladha. besok aku nak balik batu pahat. :)

Thursday, November 3, 2011

ubah

kalau kita tak mengubah diri kita, siapa lagi nak ubah? huh? cakap! cakap!

*sedang dalam mode semangat waja

Wednesday, November 2, 2011

looking fwd

looking forward to this Friday. looking forward to know my own decision. looking forward to do what i like to do.

Tuesday, November 1, 2011

result and discussion

aku dah fikir masak-masak. untuk tinggalkan suami adalah sedih. jadi aku mengambil keputusan untuk tinggal di sini saje berkepit dengan suami. sedia maklum, aku masih berusaha untuk tambah ahli keluarga baru. kalau terpisah jauh nanti bila objektif nak tercapai? haha... tambahan pula, ada positive feedback dari supervisor di sini. lagipun target habis study adalah 3 tahun start next year. 3 tahun tak lama. sekarang aku dah kahwin setahun dah pun. rasa macam semalam baru kahwin (ecewah perasan). dan aku rasa facilities kat sini okay. aku tak perlu cari method baru. aku cuma perlu belajar method yang dah sedia ada kat sini. cuma perlu optimize saje.

and plus, kalau aku sambung belajar di sini, aku rasa untuk terus kerja sini juga adalah tinggi. apa yang aku buat setiap universiti buat juga. upm, ukm, usm pun aku tengok ada jugak yang buat apa yang aku bakal buat kat sini. plus, tempat aku duduk sekarang ni pun tempat baru, dan perlukan banyak researcher in the future. by the time dah habis belajar, mungkin senang untuk diserap masuk bekerja as staff di sini.

itu cuma harapan. belajar benda baru adalah sangat bagus sebenarnya. aku boleh combine semua pengalaman aku untuk buat research yang lebih best post-doc nanti..

itu cuma harapan..

semoga harapan itu menjadi kenyataan. ameen..

Monday, October 31, 2011

perkara kecil

kadang-kadang, kalau kita asyik down negatively to earth, lepas tu perkara kecil yang baik berlaku, terus hari isnin yang gloomy jadi hari isnin yang paling best. 




Sunday, October 30, 2011

one year

hurrey! kami sudah satu tahun! satu tahun yang indah, satu tahun yang gembira, satu tahun yang sangat bermakna.

terima kasih azmi sebab menjadi suami yang sangat baik! muah muah muah, i love you...!

Saturday, October 29, 2011

membuat keputusan yang besar

semalam aku mendapat satu panggilan. dari facebook dah baca status ex-labmate back in utm that the proposal has been approved, more money to come. i commented his post, something about great research comes from a great group, something like that. i know that they are actively searching for grants now, and almost semuanya berjaya. memang mantop to the max lah research group ni (and the fact that i was one of them once upon a time).

jadi bila aku dapat call dari ex-labmate dan mengoffer aku untuk menjadi labmate semula, aku terdiam kejap. honestly, hati aku tak tetap pendirian sekarang. entah mana yang terbaik untuk aku, aku tak tahu. aku nak sangat balik semula ke jb where i'll be appreciated. aku nak sangat buat kerja yang aku 'MASTER'. aku nak sangat bekerja dengan team hebat itu. aku nak present papers at international level, which i'm sure i'll get at least one bila aku bersama dengan team ini. prof banyak international network, prof kenal aku lama, prof baik, dan aku tau cara kerja prof. and i'm really sure i can work with him sepertimana aku kerja dengan dia dulu.

then what about my work here?

kerja sini kerja baru, aku belajar benda baru, aku hanya dapat half dari orang lain dapat sebab i'm lack of knowledge and literally i slave myself to them as a phD student. yup, you heard me. i;m int he process of preparing myself to become a phD student in UK.M. dengan pengetahuan yang sangat sedikit, i took the risk of pursuing to phD with no basic. and i feel like a loser, sebab aku hanya tahu hands on in certain things sahaja, dan dulu aku kerja banyak dalam bidang teknikal. troubleshooting and permasalahan research bukan kerja aku aku hanya buat. so dengan ilmu yang sikit dari kerja aku dulu (kerja bergaji, not masters) aku sambung belajar lagi. and setiap kali aku tanya colleagues, aku rasa macam loser sebab mereka pandang aku pelik. macam 'eh itu pun tak tau ke?' atau 'ha, kalau tak ada master dalam bidang ni kenapa sambung bidang ni?' dan aku rasa down tanpa sebab...

bila down, terus stress..

bila stress, ex-labmate aku telefon..

like a sign..

dan jelas lagi nyata, aku memang nak sangat pergi, tapi dalam masa yang sama, untuk meninggalkan suami aku  adalah tidak boleh bagi aku!

sanggup ke aku nak menghadapi PJJ seperti orang lain? macam kawan-kawan aku yang pjj yang sentiasa meluahkan sedih hati buat aku macam trauma nak berpjj ni?

entahlah. aku perlu pendapat..

agak-agak apakah pendapatan kalian huh? pls help!

Thursday, October 27, 2011

it's a great talk.


untuk aku yang masih mencari :)

walk in closet

i love walk in closet. semua perempuan dalam dunia nak walk in closet. kalau mereka yang kata tak nak tu mungkin tak normal. or tak perempuan. so perempuan yang kata tak suka walk in closet, cepat kata suka cepaaat!!

tapi bagaimana kalau rumah kecil tiang seribu? nak mewujudkan walk in closet adakah itu kerja gila?!

sila tengok closet carrie bradshaw. walau apartment yang kecil, masih mampu ada walk in closet. jadi untuk mempunyai walk in closet (woi penat nak tulis walk in closet banyak kali) adalah tidak mustahil sama sekali asalkan pandai susun atur perabot.

jadi di sini aku nak memperkenalkan cara genius to the max mencipta walk in closet walau rumah sempit macam tin sardin. terima kasih kepada ikea sebab memberikan idea bernas ini! sekarang otak sedang ligat berfikir macam mana nak susun atur perabot blik sendiri untuk ada wc sendiri.

hmmm...


ikea's

tapi masalahnya, bilik aku agak bersegi-segi jadi perlu fikir dengan hebat untuk mencipta satu wc idaman sendiri. tapi kalau dah jumpa solution nya mesti best! mungkin dalam masa terdekat ni akan cuba untuk susun atur perabot! it's been almost one year, and for the second year, pemandangan dan suasana harus bernafas baru :).

hope that it will inspire the girls out there yang nak ada wc sendiri! go check out ikea's website here


have a nice day everyone!

Tuesday, October 25, 2011

peluh-peluh

setelah meredahi sehari bersama stress tanpa henti, finally aku sambung cuti dan tonton drama korea. berbalas-balas email mana yang patut, telefon bendahari untuk setelkan hal gaji, dan lap kipas.

ye lap kipas.

kipas siling yang mana sangat-sangatlah berhabuk dan perlu perhatian segera. walau pening dan selsema dan batuk masih ada, demam pun masih segan segan nak pergi, aku perlu berpeluh dengan segera! aku tak boleh berbaring lagi! aku perlu memeluhkan diri! demam cepatlah kebah!

kipas dah berjaya dibersihkan. tips utama, lebih elok sekiranya pakai sabun pencuci pinggan mangkuk untuk kipas. aku baru tahu, habuk kipas yang dah melekat hampir 6 bulan itu termasuk minyak sekali. entah mana datang minyak tu pun aku tak tahu! tapi pakai axion memang terbukti berkesan! berkilat kipas aku, aku pun berpeluh, lalu terasa segarnya..

enough mengenai kipas.

entah aku pun tak tahu nak cerita apa lagi. but tomorrow is deepavali. happy depavali! korang cuti satu hari selalu pergi mana ek???

Monday, October 24, 2011

la tahzan

di saat aku sedang sedih dan menderita zahir dan batin, ada orang sudi berkongsi cerita, betapa Allah sayangkan kita, betapa kita lupa untuk bersyukur. bak kata hamka, 'yang ada sudah harapan kita'.

'syukur kadangkala lebih tinggi makamnya dari sabar'

Allah, aku bersyukur dengan nikmatmu. Allah...

la tahzan

home

5.30 pm.at home. actually sudah lama berada di rumah. since 1 pm lagi. the fact that i have a slight fever, flu, batuk-batuk, dan air condition yang super low plus the 'ambiance' yang tak berapa nak segar membawa aku pulang ke rumah tanpa rasa ragu. plus, i am annoyed.

annoyed to the fact that i can't concentrate on my readings. annoyed to the fact that they earn more than me. the fact that they live happily ever after and i'm not.

then i drove back home, watched sex and the city (again) full sebab semalam tengok sambil memasak, and another round of bridesmaid. i feel better. my time will come, i convince myself.

'now you stop feeling sorry for yourself. don't blame the world for their problems. cause your are the problem and you are also your solution.'

'it will turn around. it will.'

sombong

mungkin aku salah faham di sini. mungkin aku terlalu sensitif to the max. mungkin aku hati kiut.

sekarang ni, konsep 'malu bertanya sesat jalan' dah tak boleh pakai. kalau tanya kena bambu terus rasa macam 'bodohnya aku' ape hal weh? jadi aku diamkan saje sebab aku rasa memang aku bodoh DALAM BAB INI.

dan aku rasa bila aku nak involve dalam hal baru, dunia baru, ilmu baru, aku yakin dan pasti dikutuk habis dengan ayat, 'kalau dah basic kau benda xyz, buatlah xyz. yang kau nak continue dengan projek abc kenapa?"

sebab aku nak manambah ilmu baru.. tak salah nak menambah ilmu baru. its not that i'm blur 0%. i have basic but very basic. jadi tolong tunjuk ajar jika aku tanya. oooh please...

mungkin hati aku kiut sangat. damn!

Sunday, October 23, 2011

movie marathon

first movie, sex and the city. lama tak tengok. rindu. terngat zaman tonton cerita ni dengan nora. one thing i like about this movie is friendship. bestnye kalauada 3 orang kawan yang sehidup semati yang boleh sokong kita in whatever condition we're in. nice..

second movie, Thor!.. tengok sambil baring, kepala pun start pening, honestly, cerita ni tak best. nasib baik tk tengok kat cinema. kalau tak nangis sambil tidur. but still boleh tengok sampai habislah. aku bagi 1/4 bintang boleh?

anyway, duduk rumah di hujung minggu adalah heaven juga. :)

Saturday, October 22, 2011

real steel

real steel best! hugh jackman kacak macam biasa, budak kecik tu pun comel to the max dengan hidung kembangnya.

saat kecut perut banyak, aku tak boleh tengok robot lawa kejam-kejam dibunuh atau membunuh. tapi cerita ni macam cerita sukanla. akan excited dengan ending dia yang buat orang tertanya-tanya, menag ke tak? menang ke tak?

tapi lebih baik tengok cerita ini dari transformer 3 tu.. mungkin sebab aku suka robot comel dikutip dari tong sampah macam cerita wall e...

siapa tak tonton, pergi tonton. aku beri 4 bintang dari 5.

Thursday, October 20, 2011

redha

selalu buka blog sendiri. ingat nak update, tapi tak tau nak update ape. nak complain semua benda nanti depress pulak baca blog sendiri apehal asyik tak puas hati je ni? it is so nice to read and see blogs with good stories to tell, which made me feel a little bit of jealous there..

but life must go on.. had a good dinner last night, stress tak tentu pasal setiap hari. malu tak tentu pasal setiap hari. maybe will talk about it later. mungkin complain lagi pasal hidup. aargh, yours truly tak pernah rasa bersyukur dan berterima kasih atas nyawa dan kehidupan yang Allah bagi ni. biasa dia ni..

mungkin kita terlalu memandang ke atas, lihat orang dari bawah, lihat orang berjaya, lihat orang hidup senang, dan dalam hati berkata, Ya Allah, mungkin rezeki aku lambat lagi, mungkin nanti aku akan berjaya juga, mungkin ada hikmah di sebaliknya. bukan nya kita tahu apa yang ada pada masa depan kita..

jadi sekarang aku akan redha. terima kenyataan, kalau asyik tak puas hati, stress tahap gaban pulak nanti. kalau aku terima kenyataan dan memahami maksud doa mesti senyum pagi-pagi..

hehe dah nak continue senyum..:)

Tuesday, October 18, 2011

yummier..

aku terjumpa balik gambar hantaran yang pre-hantaran (it means that gambar hantaran yang aku sendiri tangkap gambar tersebut dengan ikhlas hati nak load dalam ni). gambar yang diambil sebelum ni bagi aku tak nampak yummy. sebab nak dijadikan cerita, gambar itu semua adik aku yang amek. kamera tak canggih pulak tu, kualiti gambar kurang jadi tak nampak details. sebab aku pandai tangkap gambar (note: berbanding adik aku), jadi nak jugak letak gambar ini bagi nampak yummier. lagipun masa aku nak upload, komputer aku buat hal pulak daaah...aah, layankan ajelah.

bekas ini untuk mengisi coklat dan gula-gula

bekas ini untuk mengisi buah

bekas ini untuk mengisi cincin. aah ada bunga senget pulak kat situ.

bekas ini untuk mengisi kain baju nikah

sorry mungkin ada pertindanan post di situ. i nak update hari-hari tapi tak de idea. hee...

adios amigos!

Monday, October 17, 2011

blues

monday blues.

biasa.

dan merawat monday blues dengan list blog yang baru update, milo panas, dan buku the last song by nicholas sparks. sejak-sejak big bad wolf ni, semua orang post something about reading. semua orang akan rajin membaca selepas ni sebab minimum bawa pulang belian adalah 10 biji buku. aku juga macam tu. setiap kali ada masa terluang eg: tunggu orang, mesti kata pada diri sendiri, patut bawa buku ke mana saja. jadi mulai dari sekarang, akan ada satu buku dalam beg untuk dibaca jika ada masa terluang.

haish. monday blues, cepat pergi.

Sunday, October 16, 2011

ahad

ahad lepas pergi midvalley sambil cuci mata. tak shopping pun - satu kemajuan besar. sejak kahwin ni, memang jarang betul beli baju/seluar/beg/kasut. nafsu kat situ dah turun, mungkin nafsu kat barang dapur macam nak sudip baru, set sudu baru, almari baju ikea, buku nigella barker lawson (thanks dina :)), atau frame gambar berbagai warna menjadi idaman kalbu.nafsu beli baju dah kurang.. *mengeluh sikit*

semalam balik rumah mak, atas katil kelamin bilik aku penuh dengan barang-barang. mak kata tu semua dibawak keluar sebab nak cari adik aku punya jam extention tu (tali lebih, mungkin sebab dia gemuk, tangan besar, jadi perlukan lebihan tali jam besinya) dan gerobok putih ikea yang paling murah tu dah melendut bahagian bawahnya (biasa berlaku kan? ikea guna plywood biasa je untuk almari murah warna putih tu). jadi dikeluarkan semua barang dan diletakkan atas katil untuk aku balik dan sorting mana yang patut.

aku tengok-tengok dan belek-belek semua baju lama aku. kebanyakannya dah tak muat. bukan sebab mengandung pun, sebab kahwin. haha.bila tengok balik ya Allah keciknya aku dulu. macam mana aku boleh muat baju-baju macam ni?

nak sedapkan hati, baguihla jugak.. selalunya, kalau badan kurus cantik, baju pun makin menyendat ke kulit. bila dah ala-ala tong drum dan spare tayar bertambah bajet kaya, terus cari baju baju keinsafan, yang longgar longgar. yang sopan-sopan, yang boleh cover perut bon-bon..

jadi baju naf-naf yang paling mahal aku pernah beli dulupun aku tenung lama-lama. hash,adik aku juga boleh tahan pembesarannya. nak bagi pun fikir 80 kali. nak buang pun fikir 180 kali. nak bagi ornag pun fikir  400 kali. nak jual pun fikir 500 kali.

sayangnya..

aku pun fikir, kan bagus kalau beli baju yang mahal dan boleh pakai lama-lama sampai lusuh. macam baju kurung aku yang aku suka sangat sampai terpaksa pejam mata buang dalam tong sampah sebab kalau aku simpan, aku akan keep on pakai memang dah lusuh tapi tak peduli. baju kurung tu murah je, bukan mahal pun. baju mahal pulak yang pakai tak sampai 5 kali lepas tu tak muat/rasa tak cantik/tak nak pakai dah.

takpelah.. baguslah nafsu membeli belah dah kurang. boleh lebih menyimpan. boleh target-target beli rumah untuk skim rumah pertamaku.. kalau ada...

Saturday, October 15, 2011

inspiration

ikea's
 
 
mine

ikea's

mine

cuba untuk tiru.... :)

Friday, October 14, 2011

kad kahwin

salah satu keperluan orang yang nak membina rumah tangga adalah kad jemputan/ kad kahwin. untuk kawasan rumah aku ni, kalau ada orang kahwin, haruslah satu kejiranan dijemput (kawasan jiran tidak lah besar, macam sejemput gittew) jadi jemputan adalah melalui mulut, atau lebih senang kertas berwarna yang diprint dan dengan tulisan ringkas, diselit pada post box setiap rumah. senang dan jimat!

dan untuk kad kahwin aku dulu pun macam ini je..


bagi aku ia adalah klasik dan tradisional. aku suka yang simple dan warna putih :) 

dan sekarang semakin banyak kad kahwin yang kreatif dan cantik! ada pokok, burung, love, initial name, dan putih! aku suka sangat-sangat... nampak catchy gitu..terus rasa nak senyum bila sampai kad di tangan. terus kata chomelnye kad!





yang paling best, pelan lokasi yang besar dan jelas. sekarang jalan berbelit-belit (especially kalau majlis kat kl) . bagi yang tak ada gps macam aku ni (dan bergantung 100% pada google map), peta besar (dan betul) memang menjadi idaman kalbu. nak datang pun tak stress kalau peta salah atau kecik.

jadi kesimpulannya disini, kad comel sangat penting. peta besar juga penting. harga murah juga penting. dan cukuplah print kad sikit-sikit je sebab sekarang orang pakai fesbuk je. jangan jadi macam aku kad berlebih sampai ratus-ratus tau (terpaksa buat tak tau dan simpan buat kenangan..hihi).

adios amigos!

gatal..

tangan ini sangat gatal mahu buat craft and design ni *garu-garu*.
especially hantaran, deco meja, deco-deco eric (huh?)..idea tengah mencurah-curah macam air ni. cuma tak ada tempat nak curah + tak ada duit poket untuk beli barang tambahan eg: kain, reben, kain-kain, lace.. last time buatkan hantaran adik, terus rasa macam ya Allah bestnya kalau kerja macam ni..

sanggup tak tidur pun tak apa. husband tengok pun pelik. sambil buat kerja, sambil senyum-senyum. kalau penat pun tak pe nyaah! asalkan hati gembira. renyah pun tak apa. penat pun tak apa.. semua pun tak apa lah!

masa tu, aku baru tahu yang memang seronok kalau buat kerja yang kita minat.. masa berlalu pun tak sedar...

okaylah sekarang, ada siapa-siapa nak bagi aku buat hantaran tak? bagi duit modal beli barang je. aku buat. meh meh meh...

Thursday, October 13, 2011

life and books

first of all i want to describe myself as follows:


but yesterday was good, today is quite good.. hope everything goes well years ahead. 

meanwhile yesterday we were here!



and bought these:


and this:


and wonder if i have time to read all these..

have a nice thursday, folks. tomorrow is friday and the next day is saturday! (macam lagu rebecca black pule).  wohoo!

Tuesday, October 11, 2011

suka

boleh bagi tau sini, siapa yang suka kerja masing-masing? boleh bagi tau sini, kerja mana yang tak stress ye? sila beritahu pada aku supaya aku boleh apply sana.

honestly speaking,

aku bukan tidak suka akan kerja aku sekarang. aku menyambung positive hati untuk terus melakukan penyelidikan yang bagi aku orang lain pun boleh lakukannya. aku tak perlu untuk membebankan diri memikirkan hal nak merawat penyakit dengan meng'attack' bahagian macromolekul dengan menukar atau mengenalpasti struktur sehingga peringkat gene.

pening?

memang pening. infact, terus terang aku katakan di sini, ini bukan aku. duuh! 5 years later, baru nak beritahu di sini yang research is not your life?

that's not it. penat, maybe. sangat penat untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran 'superior' dan sangat penat untuk terus meng'hamba'kan diri kepada perkara yang well, orang lain boleh lakukannya. ala, macam fardu kifayah. tak semestinya semua perkara kita kena belajar dan praktikkan. ada orang-orang tertentu yang akan lakukan semua tu, supaya kita pula insyaAllah boleh meakukan pekerjaan lain bagi kemudahan orang lain pula.

kembali kepada aku yang pening ni. mungkin persekitaran tidak kondusif. atau gaji tidak lumayan. banyak faktor yang menyebabkan aku rasa macam loser. orang sains sahaja yang tahu bahawa sains itu susah dan hidup miskin. orang sains sahaja tahu tentang karenah birokrasi dunia sains. orang sains sahaja tahu yang betapa rendahnya bayaran untuk ilmu sains yang 'konon tak seberapa ini'.

kami kuis-kuis cari duit demi memampukan diri untuk bayar duit kereta. ooh tertindaskah kami? taklah. mungkin bergantung pada usaha. boleh buat part time jika mahu tambah pendapatan. orang sains selalunya 'pandai' kot. boleh ajar biology. atau chemistry. atau fizik.

subjek tu yang ditekankan di sekolah aliran sains. tell me, nak jadi engineer membina bangunan pencakar langit perlu belajar biology ke? harus kata pada budak sekolah; sila tanam cita cita anda untuk jadi engineer. atau technician. sekurang-kurangnya, tak perlu terseksa untuk bermandiri.

oh well, there's too much stress with too little paycheck figure. tu yang jadi meroyan tak tentu fasal. please forgive.

Friday, October 7, 2011

13 going to 30

tiba tiba aku terfikir satu perkara..

what if, hidup aku macam cerita 13 going to 30 tu?

i'm thirteen, still studying, form 1. bangun-bangun tiba-tiba thirty, still studying, and old.

life is soooo complicated.


ps: hey bajet this year pasti ditunggu-tunggu oleh semua orang. haish, sebab gaji aku takkan naik, jadi aku tak kisah. huuuuuuu.....

Thursday, October 6, 2011

belajar



belajar adalah perkara penting dalam hidup. tak sehari pun dalam hidup kita, kita tak belajar benda baru. mesti ada sesuatu yang kita belajar, bila kita dengar cerita orang tentnag anknya tak mahu makan nasi misalnya, kita belajar dari orang itu pengalaman beliau bagi makan nasi pada anaknya, contohnya lah...

dan kita pun sendiri belajar dari pengalaman kita. kalau kita jatuh, kita tahu bangun sendiri. kalau kita tahu jalan nak pergi bangi lama banyak bumper, kita belajar slow down. kalau sebelum ni, kita bawa kereta asik tersangkut di lopak yang sama, kita belajar untuk elak dan ingat tang mana ada lopak itu..


belajar bukan satu perkara yang salah.

kalau dalam hati malu nak belajar, patut malu pada diri sendiri sebab malu nak belajar. biarlah orang kata kita ni nama je ada master tapi habok pun tak tau. biarlah. atau mungkin tu perasaan kita je, malu nak tanya kan..

belajar perkara baru juga tidak salah. skill kita boleh bertambah. kita ada pertambahan teknik di situ. mungkin ilmu kita tak berapa nak ada. pengalaman kurang. tapi proses belajar kan berterusan. tambahlah ilmu sebanyak mana yang boleh. kalau penat, rehat sekejap. mungkin kalau kita asyik bertanya, orang akan rasa menyampah dengan kita. tapi dependsla. Tuhan tak suka orang kedekut ilmu. Tuhan suka orang yang mencari ilmu. atau secara positifnya, mungkin dia nak kita belajar untuk cari semuanya sendiri, Wallahu alam. tapi semuanya bergantung kepada diri sendiri juga. 

dan kenapa aku merepek panjang-panjang macam ni? sebab sekarang aku rasa balik apa yang aku rasa masa degree dulu. berkejaran ke sana ke mari. kejar ilmu supaya ilmu aku setara dengan mereka-mereka yang ada di situ. kejar ilmu mana yang boleh. kejar-sekejar-kejarnya! tapi aku ada limitasinya juga. aku perlu rehat juga. selagi aku tak hands on, selagi tu aku rasa bodoh sepanjang masa.

aku bukan kata mase master aku rileks. mungkin masa aku kat johor sane, aku banyak explore semua sendiri. jadi aku rasa aku bebas untuk buat apa saja yang di sukai. jadi aku tidak stress, idea aku berkembang, apa yang aku tulis dalam thesis adalah dari hati aku sendiri.

kat situ pun aku belajar juga. belajar untuk adapt budaya baru. 

jadi hati, tabahlah. kejar ilmu dengan berhemah. untuk orang lain, sila bimbing aku dan betulkan jika aku salah dan asyik bertanya. untuk yang menjawab soalan-soalan aku yang 'bodoh' ni, aku hargainya sangat-sangat dan terima kasih banyak-banyak. 

*image from google

Wednesday, October 5, 2011

simpan

aku berjanji pada diri sendiri, bahawasanya aku akan simpan 10% (minimum) sebagai simpanan setiap kali ada debit masuk dalam poket aku.

ps: semoga berjaya..

Tuesday, October 4, 2011

about being crazy

i'm crazy. honestly am. rasa macam nak kunci mulut. sebab takut kalau bukak mulut cakap bukan-bukan..

rasa macam nak belah kepala, bawak keluar otak letak tepi, rehat sekejap.

rasa macam ape entah.

memang gila. besok barulah cerita. sebab mood sedang sangat weng.

adios!

Monday, October 3, 2011

there's more!

seperti yang dijanjikan, gambar hantaran lagi! sorry tak banyak gambar hantaran satu-satu, seriously, aku yang sengal ni terlupa masukkan memory card dalam  kamera. jadi these pics are uploaded from facebook. gambar diri sendiri tak ada sebab terlalu gemuk dalam gambar takut skrin komputer korang pecah.
so these are the hantaran from the girl's side:

cake from delectable.com.my
their sireh junjung
tafsir and kain persalinan nikah

chocolate

there's also chocolates inside that box, sirih junjung, apples and shoes

7 balas 5. the hantaran for cincin tak ada di sini. the gold thing is tepak sireh pembuka bicara. 

green apple kasturi. :)

and macarons. seriously, my first time tasting it: bukan selera aku. :)
so congratulation to the lovely couple. sorry can't upload the pics of the love birds. takut melanggar privacy. hee. so bye. lalala..

p/s: sedang memerah otak untuk idea hantaran nikah pula. :)

Sunday, October 2, 2011

hantaran pink and cream

my brother's e day was yesterday. and these are his hantaran made by me :). the ceremony went well, hantaran adalah 5 balas 7. will update the hantaran from the girl's side later. sebab dalam mode malas. hee.






regards.