Saturday, December 18, 2010

The Season of the Witch is Here

aku kena buat post mengenai perkara paling aku takut dengan WITCH?

okay, fine bukan kena buat, tapi sebab aku nak dapat hadiah menarik untuk honeymoon aku jadi nak buat, jadi nak tulis, jadi nak uar-uarkan pada semua apa yang aku takut sangat dengan WITCH..

huhuu..

semalam aku tengok satu cerita kat tivi. nek tam (bukan nama sebenar) seorang pengamal ilmu hitam dan suka pada jali (eh jali ke-aku lupa) seorang lelaki hensem yang dilakoni oleh zed zaidi - okay, aku bukan nak promote cerita ni tapi tolong arh baca seterusnya sebab benda-benda macam ni lah yang aku sangat takot!

nenek berbongkok tiga, rumah dihiasi kain kuning dan asap kemenyan, tersenyum-senyum nak menggoda si jali yang sudah ada makwe bernama ros. sebab nenek itu adalah pengamal ilmu hitam yang tegar, maka beliau minum minyak dagu, terus besok jadi berkeyakinan tinggi dengan pakai kebaya dan lipstik warna merah jambu...

dan pergi menggoda jali...

dan tak semena-mena jali menyerah diri pada nenek itu......

ros ditinggalkan, jali jadi bodoh memperhambakan diri pada nenek 'vogue' tersebut...aku pun tak tau apa yang di'beri' oleh jali pada nenek tu. lu pilkirlah sendiri kot....

jadi kalau macam tu berlaku pada diri sendiri macam manakah????

takut tak?

takut tak?

aku menganggap 'WITCH' paling menakutkan adalah witch kat mesia yang macam nek tam tu... ' 'WITCH' mat salleh yang ada pointy hat tu aku sergah kan aje, tak takut pun (ceh berlagak!)..

sebab witch kat mesia adalah pengamal ilmu melibatkan syaitan iblis dan jin. mandi atas bumbung supaya "peliharaan" dapat makan dan minum sisa mandi. ayam golek dan lilin puja memuja adalah agenda utama. hantu dalam botol, kumpul darah manusia (atau ayam) secara pukal untuk beri makan pada 'benda' peliharaan, huhuuuuu..

well tu witch malaysia yang aku fahamlah...

tapi witch mat saleh macam Nicholas Cage berlakon tu macam mana pulak??

poster

pergi kat website nuffnang tengok vt kat situ.

wooooohhh....terujaaa!! lagi hebat dari nek tam kot! eh tak lagi ngeri dari nek tam kot!!

dah jom pi tengok 6 jan ni..

and

nuffnang, tolooooonglah bagi i bermalam kat hard rock cafe hotel tu secara percuma...

pleaseeeeeeeeeee....... ;P

4 comments:

  1. betul-betul. witch malaysia memang menakutkan. tapi kalau witch/wizard cam harry potter tu comel giler, boleh simpan dalam poket. anyway, u and hubby pergi ke wedding ruzaini this week?

    ReplyDelete
  2. we all pergi insya Allah..
    jom pergi together-gether nak?

    ReplyDelete
  3. en azmi tak kisah ke kalau aku nyibuk? kalau yah tak gi, aku follow korang la yer~

    ReplyDelete
  4. woraet...:)

    nanti aku roger ko okeh!

    ReplyDelete