Monday, December 6, 2010

membeli barang dapur..

sekarang harus menjalankan tanggungjawab membeli barang dapur. barang dapur di sini boleh bermakna milo, halia, bawang, ikan bilis, IKAN, AYAM, udang dan sebagainya. sayur tak ada sebab tak makan sayur. tapi azmi pun tak makan..


nak tanya...


kalau korang semua pergi beli barang dapur apakah yang korang consider kan????


sesetengah orang akan consider untuk lihat harganya. lihat kualitinya. ikan tu ala-ala hancing atau tidak, ayam tersebut banyak darah tak? kotlah ayam lagi banyak darah lagi segar?


aku sangat tidak pandai beli barang basah. azmi apatah lagi. jadi bila kami pergi pasar malam dengan harapan dapat beli barang basah dengan lebih murah, kami blur...macam mana nak beli ayam ni?


call me jakun, aku memang fail bab-bab ni. kt rumah dulu semua tugas abah yang buat! segala ilmu pasar haram tak pernah tahu. tengok ayam dari jauh je, ikan pun sama. rasa cetek ilmu untuk pergi pasar beli barang basah..


kalau beli ayam, tunjuk aje. nak tekan-tekan ke? nak sebelah ye kak, kasi potong kecik sikit (sebab kat rumah tak ada pisau besar nak potong ayam). itu jelah modal aku nak berkomunikasi pasal ayam dengankakak penjual ayam.


tapi ayam macam mahal kan? seminggu habis setengah ekor kot (cuba untuk habiskan, kan tak elok simpan lama-lama). setengah ekor mahu dekat rm8.50. beli udang sepinggan macam tu rm10. ke aku dah kena tipu?

Chickencartoon


maafkan akak baru nak belajarilmu masak memasak ni..

malu i..;P

ada tips tak?


3 comments:

  1. ko beli ke...pastu buat muke komfiden sudah..hahahhaa...
    aku gitula..belek sikit2 pastu tgk kalo ok capai plastik amik sambil buat muka komfiden ye...

    ReplyDelete
  2. haha, yeke fashya? aku mungkin slack kat situ kot..muka cuak je nak beli ayam..:P

    ReplyDelete
  3. ada kedai jual barang dapur baru bukak june 2010

    https://www.virgrocery.com

    ReplyDelete