Friday, November 19, 2010

sudahlah, mari kita lupakan perkara lalu...

aku nak berhenti mengomel pasal wedding aku. cukuplah kot..even hal dejay hal inai hal-hal sewaktu dengannya semua tak report lagi di sini tapi cukuplah kot. nanti diri sendiri muntah sebab terlampau bosan dengan penulisan sendiri. nanti kalau rajin, aku cerita lagi itu pun kalau ingat..hehe..

jadi, apakah perasaannya menjadi seorang Puan?

haruslah bahagia. tipulah kalau tak bahagia..kahwin pun atas dasar cinta, bukan kena paksa.

tapi ada sekali bergaduh sebab azmi kata aku marah nak pergi ikea..tapi last-last gelak gelak jugak sesama sendiri.

sebab dah bersama hampir 7 tahun, kebanyakan perangai suami aku dah jangka. tak delah culture shock sangat. azmi bantu jugak buat kerja rumah, pasang mesin basuh, sidai baju..basuh pinggan sendiri..

cuma aku fail bab masak ajelah...

dengan bangga hari ke tujuh, aku masakkan megi aje. lauk-lauk sebelum-sebelum tu makan lauk kenduri berbaki je selama seminggu. jadi yang itu kerje aku panaskan aje. masak nasi ketiaw goreng pedas sangat, masak mihun sup pun so-so ajerh. tapi sekarang sudah pandai sikit buat sambal kicap. jadi sekarang kena rajin-rajin sikit tengok resepi dan belajar sikit-sikit. setiap hari aku tanya malam ni nak makan apa? dia minta aku improve skill goreng menggoreng supaya sempurna. nanti tak delah dia segan kalau kawan dia datang rumah aku jamu mihun goreng tak cukup rase.

tapi adatlah baru kahwin. tambah pulak orang macam aku ni yang dari kecik kerjenye duduk asrama aje.. cuti balik bermalam makan banyak dan tidur banyak. jadi orang bujang pulak perkakasan tak cukup...nak bake cake takde oven, nak masak ikan masak lemak cili api satu kerje pulak nak beli ikan santan dan sebagainya. orang makan sikit nanti bakinya buang. sayangnye. ewah, sungguh tegar aku memberi alasan kan..

tapi hal masak boleh ambil masa belajar. duduk dengan suami bukan seminggu dua je. sepanjang hayat. setahun dua lagi pandailah aku masak...(sedap hati sikit)

jadi itulah..

tengah cari masa untuk pergi bercuti. ingat nak pergi minggu ni, tapi entahlah aku ni bukan boleh merancang. bila fikir balik cuti sekolah dah start, harga hotel sure naik, orang mesti berpusu-pusu. nak tunggu weekdays aku pulak ada 1.8 hari je cuti..adoi!

2 comments:

  1. tetiba aku rase nak belajar masak skang gak (dan dan bukak resepi.com) :D

    ReplyDelete
  2. weh, kek yang ko buat tu? aku rase dah lulus lah aku..yang aku ni tak tahu buat kek..*nangis*

    nak bukak resepi.com jugak...:)

    ReplyDelete