Sunday, November 14, 2010

how's life today? - hantaran and bunga tangan

hi peeps...
almost two weeks kami kahwin. kami tak pergi honeymoon sebab kami sudah papa kedana. haha, just kidding. maybe tunggu few weeks lagi untuk pergi bercuti. sekarang dalam mood lovey dovey duduk rumah yang indah ini. *smile widely*

my hantarans...

hantaran aku simple aje. seperti mana hantaran aku buat sebelum ini masa tunang dulu. tapi ada upgrade sikitlah. aku kurang gemar hantaran yang berbunga sangat. kadang-kadang sesetengah hantaran aku tengok bunga je lebih tapi barangnya tak nampak langsung. jadi bagi aku lebih baik barang yang kita nak bagi tu nampaklah barangnya. itu pandangan aku dan selera aku.

sebab aku kedekut jadi bunga beli sikit-sikit. sebab tak suka bunga besar jadi beli bunga kecik-kecik. last-last huh, beli jelah bakul senang cerita. satu bakul rm5.90 kat nilai 3. beli 8 rm 48. jadi kos semua tak sampai seratus termasuk bunga dan polisterin tapi bagi aku mahal jugak kot sebab last-last buang jugak..huhu...dah dah tak patut fikir demikian kan?

hantaran yang aku beri pada suami termasuklah baju kemeja, tali pinggang dan wallet, kasut, kek, gula-gula, buah-buahan, perfume, tafsir dan sirih junjung. dari suami untuk aku termasuklah air tin, kek, perfume, gula-gula, sirih junjung, jam dan beg tangan. jadi semuanya tetap, 7 balas sembilan.

hantaran dari pihak aku

hantaran dari pihak suami

jadi untuk hantaran aku, baju wallet and tali pinggang, kasut dah dibeli siap-siap. perfume adik aku yang belikan miniature sahaje sebab mamat ni nak habiskan satu botol pun sikit punya payah, jadi beli yang kecik-kecik aje. the rest beli seminggu sebelum majlis. kek aku beli kat carrefour aje haha sungguh tidak sentimental value, tapi aku bungkus cantik-cantik lah. bungkus pagi nikah tu, hiasan pun buah pagi nikah sebab honestly, pukul 5.30 dah bangun mata terkebik-kebil tak tau nak buat ape, jadi tengok hantaran yang tak complete tu. jadi puas hati sangat dengan hasil kerje sendiri. orang tengok tak lawa pun takpe asalkan aku puas hati...hehe..sangat gila kuasa..

by the way, diy bunga tangan juga aku suke sebab aku sendiri yang buat kenelah suka kalau tak down gile sebab tak suka kerja tangan sendiri. bunga dibeli di kedai bunga dekat manjalara. kedai borong bunga. memang heaven and rambang mata. aku beli habis jugak rm55 tai dengan rm 55 apa yang aku dapat? 1 bundle yang merangkumi 24 kuntum bunga ros - aku beli dua bundle, satu bunga kecik ape ke tah nama dia tapi ala-ala baby breath sikit, and 8 gerbera merah. aku rasa berbaloilah jugak cuma kena pandai pilih bunga sebab aku pergi pagi jadi pekedai tu malas nak layan aku sangat sebab dia tengah sebok distribute bunga naik masuk lori untuk hantar ke kedai lain. tapi nasib baik jugak dapat yang elok.

jadi malam tu, mulakan operasi. dengan bantuan oli yang best menemani si pengantin ni, kami berjaya jugak susun-susun and jadilah bunga tangan aku untuk hari itu. bunga tangan juga simple. hanya kumpul-kumpul dan ikat heh. tapi seriusly di sedang sedang majlis sedang sedang pegang aku cium baunya, oh bestnye...seriusly bunga tangan YANG SEGAR memang penting untuk penghilang gentar, penghilang penat sepanjang hari. seriously aku tak lepas langsung bunga tangan aku haha gila kuasa lagi.


red gerbera untuk nikah

roses untuk sanding

cadang untuk tiru macam ini (credit to mr google)

oli dan gerbera dan hantaran :)

giliran i pulak nerves..

bunga masa di sandingan.. lurve..

by the way di sebalik cerita bunga tangan dan baju sanding, mak aku boleh pulak lupa bawak ke dewan. masa tu dah pukul 12. aku cuak, dengan baju nikah aku pergi dewan besar, tanya semua orang mak mana? bukan ke mak kata nak ambikkan baju pengantin dan bunga tangan sebelum nikah tu? well, seperti yang aku kata, family aku tak besar, jadi harapkan adik aku and mak and abah aku je nak ambik barang kat rumah. dah macam nak nangis, jadi adik lelaki aku yang pi ambik. aku cakap jangan lupa bawak bunga tangan sekali! dia boleh konfius bunga yang mana satu. dia boleh ingat bunga kat dalam baldi tu. aku cakap kat dapur! rumah aku dah takda space jadi terpaksa letak kat dapur. huhuuu..jadi mak andam make up kan aku dulu, dia kata rileks, boleh make up dulu, nanti pakai baju kendian. lepas tu semua dah okay bile semua dah sampai. nasib baik jugak ada awek adik aku datang membantu, oli dan ina juga sangat-sangat membantu. aku sangat terharu....*mengalir air mata terharu* terima kasih korang...!

jadi itu sahaje. gambar masih tak banyak. masih menunggu op untuk send pada aku. mungkin bulan depan kot.

ok dah.

No comments:

Post a Comment