Thursday, November 18, 2010

drama-cake

aku mahu cerita pasal cake pula. owh, kahwin sudah hampir 3 minggu drama-drama macam ni masih tak boleh nak lupa. mengeluh-ngeluh juga dengan azmi tapi nak buat macam mana, perkara dah berlalu. perjalanan akan datang kan masih jauh.. :)

jadi mari gelakkan ajelah!

drama cake bermula apabila si pengantin itu sendiri tak boleh nak decide nak cake ke tidak sampai malam pengantin. adik call kate nak cake ke tak? dia ada kat secret recipe. err....er....si pengantin mula fikir nak ke tidak nak ke tidak. padahal ada dekat setengah tahun boleh decide malam pengantin masih hesitate lagi.

ok lah nak! beli chocolate brownies.

dalam pemikiran pengantin, dia mahu cake yang simple aje with fresh flowers on top. nak beli cake fondant terlalu mahal dan tidak mampu tambahan pula pengantin yang tak boleh nak decide ni. jadi sudah terlambat bagimu untuk cake fondant mahal.

so idea asal ialah begini;

oh so cute! credit to amanda flickR

end up like this....

nooooooooo..........

if aku adalah makcik joyah sebelah rumah, for sure aku akan kata, "ish hiaslah sikit kek tu ni nampak tak cantik langsung. kek pengantin ke tidak ni?"

well, sebab on that day meja tak ada, jadi aku anggap kek itu tidak akan dikeluarkan. jadi aku diamkan saje. BUT tiba-tiba seseorang telah berjalan jalan sekitar dewan sambil membawa kek tersebut dan aku dalam baju pengantin dan bermuka horror kata noooo noooo noooooooooo!

terus aku gelarkan kek itu kek bogel.

and there u go, on the table it was. and there you go, the dj announced "kita mulakan acara potong kek" dem. talk about the dj - ini pun drama jugak.. then of course all eyes on our "bogel wedding cake".

aku terlalu penat untuk berfikir masa itu. takkan tak ada siapa mahu fikirkan untuk aku? takkan orang yang mengeluarkan kek itu kata eh ni kek pengantin ke? eh kejap, ada bunga apa-apa tak plastik pun tak pe, meh nak letak atas kek tu sikit!

but nobody think of that..

itu yang terkilan sangat tu...tapi tak pelah, hopefully op dapat capture moment menarik without revealing to much of that cake. segan i..huhu....

but semua itu pengajaran. aku adalah jenis orang yang buat kerja semua sendiri dan ala-ala segan nak meminta orang lain bantu. jadi beginilah hasilnya kan. kan bagus kalau aku suarakan pendapat aku terhadap kek itu kepada makcik ku dan serahkan bunga segar pada beliau dan beliau akan tolong hiaskan what so over..

tapi macam kata azmi, benda dah lepas. bolehlah beri pengajaran kepada b2b yang lain juga. kan?

regards.


2 comments:

  1. kenapa aku tak sedar pon ade kek bogel? hehe. kek bogel pun kek bogel la... comel je bunyi nyer~

    ReplyDelete
  2. oh! bagus jika kau tak sedar...bermakna tetamu lain juga tak sedar....! hihiiii...;p

    ReplyDelete