Friday, November 12, 2010

cerita sikit - butik pengantin best and photographer best!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..


eh ada siapa nak baca pasal wedding i tak? encik husband aka encik azmi suruh i bersemangat sikit update pasal wedding kami. maklumlah bini beliau ini sejak kebelakangan ini sibuk memasak dan kemas rumah. ecewah. honestly, i tak pandai masaklah. jadi makan and beli apo yang ado. eh dah mari kita baca cerita tentang drama wedding Saifulazmi &Azurah okeh..

first, butik adalah dari bangi. Pesona Asmara - selepas beberapa butik kami terjah di bangi tu, butik inilah yang menawarkan pakej harga yang menarik. dengan harga rm 2000, boleh dapat baju yang cantik, pelamin yang cantik dan make up yang cantik. kira puas hati sangat dengan service mereka ni. maklumlah bajet aku kecik aje. jadi pelamin adalah simple tapi cantiklah dipandang oleh mata aku. jadi butik ni aku bagi 9/10 boleh? baju yang ada kat situ pun ala-ala sopan gittew. sebab kebanyakan butik selalu sediakan corset sahaja dengan baju lace jadi kebarangkalian untuk nampak ketiak tanpa memakai inner yang panas adalah sangat tinggi, jadi kat butik ni banyak baju yang full lining siap corset jugaklah. jadi aku suka.

the best thing is, mak andam - kak linda. aku sangat suka dia bukan sebab make up nya saje, tapi dia juga antara orang terpenting untuk aku masa tu. dengan segala drama yang ada, dia jugaklah yang tenangkan aku. hal baju kahwin tertinggal kat rumah, punyelah cuak! dengan dewan singgah ramai orang (aku bersiap 100% di dewan) akak tu jugak carikan hall kecik yang lain untuk aku bersiap. tapi memang best giler arh akak ni sangat sangat membantu..

gambar dari rizal rapor

full baju pengantin

second, photographer adalah dari zainnoer photography. mula-mula masa aku mintak quotation tu aku rasa ish macam mahal lah juga. tapi lepas majlis aku rasa berbaloi sangat dengan apa yang aku bayar. sebabnya, photographer ada 2 untuk setiap majlis (belah aku n azmi). actually, masa majlis aku, ada 4 kot yang datang bawak segala beg besar dengan kamera bagai dan 3 dari mereka pakai baju melayu hitam. waaaah memang orang lain tengok macam eh ni kumpulan apakah? tapi zain memang banyak membantu. seronok berkerjasama dengan dia sebab dia yang ingatkan suruh senyum, jangan ketap bibir, haha, posing macam gini macam gitu. sebab kami adalah sangat kayu jadi untuk tidak mengkayukan gambar, jadi dialah yang membangkitkan suasana...kami boleh guna mereka whole day! masa tu pukul 8.30 malam kot baru habis outdoor! berbaloi-baloi gitu... :)

both butik and photographer memang aku and azmi yang cari. the rest keluarga yang uruskan. even butik kat batu pahat pun alhamdulillah dapat yang ok sangat. butik pesona andaman, satu-satunya butik pengantin melayu yang ada dekat carrefour batu pahat tu. kak mar yang make up cantik sangat kata azmi. baju pun ok. cuma kena pakai inner sendirilah supaya tidak nampak tali bra dan ketiak kan....tapi nasib baik hari itu tidak panas, dan aku selesa...keselesaan itu kan pentingggg....

majlis bertandang - gambar dari azam.alwi

jadi itulah ceritanya berkaitan dengan segala vendor besar. lepas ni update hal hantaran dan bunga tangan pulak..:) - kalau rajin...

regards.

2 comments: