Saturday, November 20, 2010

bertukar menjadi purple

it's hydrangea

i bought this flower last week around bangi, lily's garden 9 o'clock at the first round about from bangi toll exit. dalam banyak banyak bunga, cari bunga yang paling rendah.,yang nampak senang nak jaga, dan cantik juga.

jadi beli yang ini. walaupun nampak macam susah nak jaga..

azurah juga peminat bunga hidup dalam pot ada tanah dan perlu komitmen untuk siram dan belai dan jaga.

jadi sebab konon ikut tema rumah, beli warna putih, putih yang suchi. cantik je nampak. budak office kata macam bunga plastik. hehe. still, cantik sangat dipandang mata...

jadi aku buat research sikit macam mana nak jaga pokok bunga ini - seperti mana aku buat research masa jaga adan dulu, turned out to be very smart, akhirnya kena langgar kereta sebab lompat keluar tingkap. dem, dalam manual tak beritahu arnab kecil boleh lompat keluar tingkap yang tinggi..

oh berbalik kepada cerita bunga ini, tak banyak info yang dapat sebab mostly website dari luar negara untuk pokok bunga ini memang tak boleh pakai sebab cuaca sangat berbeza. jadi google dalam bahasa melayu eg bunga hydrengea.

jadi bunga ini sangat magik - ilmu baru aku dapat yang bunga ini bertukar warna berdasarkan pH tanah. tanah acidic the flowers will turn blue, tanah alkali the flowers will turn pink. so, kalau masa beli tu dah sedia merah, then subalah tukar pH tanah nya ke acidic supaya bunga jadi kaler biru. magik kan? tapi penukaran warna tidak kepada bunga putih. itu yang aku baca..

jadi sebab aku dah terbeli warna putih, baru tahu yang dia boleh tukar warna, jadi babailah, putih lah hendaknya sampai habis waktu berbunga. tapi sejak kebelakangan ini, warnanya bertukar sikit sikit ke purple. nampak oh so sweet nye!

dah la i suka gila warna purple..

jadi sekarang makin semangat nak tengok pokok itu hari hari. plus, macam nak beli satu pot lagi. i know that tempat ni jual bunga macam mahal sikit. but this is the nearest place dan banyak juga bunga cantik. ceh, macam tak boleh beli kat sungai buluh sane kan? dekat pulak dengan rumah mak.. hehe. nanti cari kat sana pulak..

according to penjual pokok tu siram hari hari. tak payah letak baja. senang nak jaga. nanti bila bunga dia gugur (bunga itu akan gugur jugak mungkin dalam 3 bulan) baru letak baja baru. so far okay, aku letak bawah tempat redup. tanah kena hari hari basah, biar siram sampai keluar sikit air kat bawah pot (menunjukkanair dah turun sampai bawah). kalau in case layu (macam pokok ni pernah juga bunganya kecut macam layu sangat dah sebab terlupa siram) jangan putus asa, siram je sampai basah semua tanah. sejam lepas tu, bunga akan segar semula..tapi janganlah dibiar tak siram sampai 8 hari!

oh, jadi penasihat penanam bunga pulak..

No comments:

Post a Comment