Friday, November 26, 2010

the love moment..


love moment. love moment. love moment..

luv you!

Wednesday, November 24, 2010

azzara cottons

i jumpa azzara...

i letak sini so that i tak lupa...

cotton sini sangat fantabulous!


cute kan?

teaser nikah yang hampir sebulan lalu..


thanks rizal for the gorgeous pic..

macam nak kahwin balik je..;P

*pic credit to rizal rapor facebook...

Tuesday, November 23, 2010

gua nak rambut pixie crop boleh tak?

emma watson pixie crop

gua nak haircut macam ni bole

haircut mase zaman remaje...

full article here. picture from here

emma watson cantik kan?

Monday, November 22, 2010

satu keburukan nyata selepas berkahwin..

hujung minggu merupakan hari yang ditunggu...

itu dululah..

sekarang lepas kahwin, sama ada balik rumah emak di kepong atau bermalas-malasan di rumah..

ooooh, bermalas-malasan di rumah atau membuat kerja rumah...

tak perlu ke shopping kompleks atau tengok wayang dah..sebab dah duduk bersama. dulu lain, nak jumpa kena pergi tempat-tempat macam tu lah! dating kannn...

sekarang dating kat rumah je..

tapi feveret i pergi jalan tengok baju kat pusat membeli belah! biarlah tak beli pun..

atau pergi pantai sambil tengok ombak...biarlah tak mandi pun...

atau jalan-jalan naik kereta tengok bunga..!

haish tak kira, weekend ni kena pergi jalan jugak mane-mane pun okay, ye encik azmi? ;P

Saturday, November 20, 2010

bertukar menjadi purple

it's hydrangea

i bought this flower last week around bangi, lily's garden 9 o'clock at the first round about from bangi toll exit. dalam banyak banyak bunga, cari bunga yang paling rendah.,yang nampak senang nak jaga, dan cantik juga.

jadi beli yang ini. walaupun nampak macam susah nak jaga..

azurah juga peminat bunga hidup dalam pot ada tanah dan perlu komitmen untuk siram dan belai dan jaga.

jadi sebab konon ikut tema rumah, beli warna putih, putih yang suchi. cantik je nampak. budak office kata macam bunga plastik. hehe. still, cantik sangat dipandang mata...

jadi aku buat research sikit macam mana nak jaga pokok bunga ini - seperti mana aku buat research masa jaga adan dulu, turned out to be very smart, akhirnya kena langgar kereta sebab lompat keluar tingkap. dem, dalam manual tak beritahu arnab kecil boleh lompat keluar tingkap yang tinggi..

oh berbalik kepada cerita bunga ini, tak banyak info yang dapat sebab mostly website dari luar negara untuk pokok bunga ini memang tak boleh pakai sebab cuaca sangat berbeza. jadi google dalam bahasa melayu eg bunga hydrengea.

jadi bunga ini sangat magik - ilmu baru aku dapat yang bunga ini bertukar warna berdasarkan pH tanah. tanah acidic the flowers will turn blue, tanah alkali the flowers will turn pink. so, kalau masa beli tu dah sedia merah, then subalah tukar pH tanah nya ke acidic supaya bunga jadi kaler biru. magik kan? tapi penukaran warna tidak kepada bunga putih. itu yang aku baca..

jadi sebab aku dah terbeli warna putih, baru tahu yang dia boleh tukar warna, jadi babailah, putih lah hendaknya sampai habis waktu berbunga. tapi sejak kebelakangan ini, warnanya bertukar sikit sikit ke purple. nampak oh so sweet nye!

dah la i suka gila warna purple..

jadi sekarang makin semangat nak tengok pokok itu hari hari. plus, macam nak beli satu pot lagi. i know that tempat ni jual bunga macam mahal sikit. but this is the nearest place dan banyak juga bunga cantik. ceh, macam tak boleh beli kat sungai buluh sane kan? dekat pulak dengan rumah mak.. hehe. nanti cari kat sana pulak..

according to penjual pokok tu siram hari hari. tak payah letak baja. senang nak jaga. nanti bila bunga dia gugur (bunga itu akan gugur jugak mungkin dalam 3 bulan) baru letak baja baru. so far okay, aku letak bawah tempat redup. tanah kena hari hari basah, biar siram sampai keluar sikit air kat bawah pot (menunjukkanair dah turun sampai bawah). kalau in case layu (macam pokok ni pernah juga bunganya kecut macam layu sangat dah sebab terlupa siram) jangan putus asa, siram je sampai basah semua tanah. sejam lepas tu, bunga akan segar semula..tapi janganlah dibiar tak siram sampai 8 hari!

oh, jadi penasihat penanam bunga pulak..

Friday, November 19, 2010

sudahlah, mari kita lupakan perkara lalu...

aku nak berhenti mengomel pasal wedding aku. cukuplah kot..even hal dejay hal inai hal-hal sewaktu dengannya semua tak report lagi di sini tapi cukuplah kot. nanti diri sendiri muntah sebab terlampau bosan dengan penulisan sendiri. nanti kalau rajin, aku cerita lagi itu pun kalau ingat..hehe..

jadi, apakah perasaannya menjadi seorang Puan?

haruslah bahagia. tipulah kalau tak bahagia..kahwin pun atas dasar cinta, bukan kena paksa.

tapi ada sekali bergaduh sebab azmi kata aku marah nak pergi ikea..tapi last-last gelak gelak jugak sesama sendiri.

sebab dah bersama hampir 7 tahun, kebanyakan perangai suami aku dah jangka. tak delah culture shock sangat. azmi bantu jugak buat kerja rumah, pasang mesin basuh, sidai baju..basuh pinggan sendiri..

cuma aku fail bab masak ajelah...

dengan bangga hari ke tujuh, aku masakkan megi aje. lauk-lauk sebelum-sebelum tu makan lauk kenduri berbaki je selama seminggu. jadi yang itu kerje aku panaskan aje. masak nasi ketiaw goreng pedas sangat, masak mihun sup pun so-so ajerh. tapi sekarang sudah pandai sikit buat sambal kicap. jadi sekarang kena rajin-rajin sikit tengok resepi dan belajar sikit-sikit. setiap hari aku tanya malam ni nak makan apa? dia minta aku improve skill goreng menggoreng supaya sempurna. nanti tak delah dia segan kalau kawan dia datang rumah aku jamu mihun goreng tak cukup rase.

tapi adatlah baru kahwin. tambah pulak orang macam aku ni yang dari kecik kerjenye duduk asrama aje.. cuti balik bermalam makan banyak dan tidur banyak. jadi orang bujang pulak perkakasan tak cukup...nak bake cake takde oven, nak masak ikan masak lemak cili api satu kerje pulak nak beli ikan santan dan sebagainya. orang makan sikit nanti bakinya buang. sayangnye. ewah, sungguh tegar aku memberi alasan kan..

tapi hal masak boleh ambil masa belajar. duduk dengan suami bukan seminggu dua je. sepanjang hayat. setahun dua lagi pandailah aku masak...(sedap hati sikit)

jadi itulah..

tengah cari masa untuk pergi bercuti. ingat nak pergi minggu ni, tapi entahlah aku ni bukan boleh merancang. bila fikir balik cuti sekolah dah start, harga hotel sure naik, orang mesti berpusu-pusu. nak tunggu weekdays aku pulak ada 1.8 hari je cuti..adoi!

Thursday, November 18, 2010

drama-cake

aku mahu cerita pasal cake pula. owh, kahwin sudah hampir 3 minggu drama-drama macam ni masih tak boleh nak lupa. mengeluh-ngeluh juga dengan azmi tapi nak buat macam mana, perkara dah berlalu. perjalanan akan datang kan masih jauh.. :)

jadi mari gelakkan ajelah!

drama cake bermula apabila si pengantin itu sendiri tak boleh nak decide nak cake ke tidak sampai malam pengantin. adik call kate nak cake ke tak? dia ada kat secret recipe. err....er....si pengantin mula fikir nak ke tidak nak ke tidak. padahal ada dekat setengah tahun boleh decide malam pengantin masih hesitate lagi.

ok lah nak! beli chocolate brownies.

dalam pemikiran pengantin, dia mahu cake yang simple aje with fresh flowers on top. nak beli cake fondant terlalu mahal dan tidak mampu tambahan pula pengantin yang tak boleh nak decide ni. jadi sudah terlambat bagimu untuk cake fondant mahal.

so idea asal ialah begini;

oh so cute! credit to amanda flickR

end up like this....

nooooooooo..........

if aku adalah makcik joyah sebelah rumah, for sure aku akan kata, "ish hiaslah sikit kek tu ni nampak tak cantik langsung. kek pengantin ke tidak ni?"

well, sebab on that day meja tak ada, jadi aku anggap kek itu tidak akan dikeluarkan. jadi aku diamkan saje. BUT tiba-tiba seseorang telah berjalan jalan sekitar dewan sambil membawa kek tersebut dan aku dalam baju pengantin dan bermuka horror kata noooo noooo noooooooooo!

terus aku gelarkan kek itu kek bogel.

and there u go, on the table it was. and there you go, the dj announced "kita mulakan acara potong kek" dem. talk about the dj - ini pun drama jugak.. then of course all eyes on our "bogel wedding cake".

aku terlalu penat untuk berfikir masa itu. takkan tak ada siapa mahu fikirkan untuk aku? takkan orang yang mengeluarkan kek itu kata eh ni kek pengantin ke? eh kejap, ada bunga apa-apa tak plastik pun tak pe, meh nak letak atas kek tu sikit!

but nobody think of that..

itu yang terkilan sangat tu...tapi tak pelah, hopefully op dapat capture moment menarik without revealing to much of that cake. segan i..huhu....

but semua itu pengajaran. aku adalah jenis orang yang buat kerja semua sendiri dan ala-ala segan nak meminta orang lain bantu. jadi beginilah hasilnya kan. kan bagus kalau aku suarakan pendapat aku terhadap kek itu kepada makcik ku dan serahkan bunga segar pada beliau dan beliau akan tolong hiaskan what so over..

tapi macam kata azmi, benda dah lepas. bolehlah beri pengajaran kepada b2b yang lain juga. kan?

regards.


Tuesday, November 16, 2010

close up bunga tangan?

oli me and ina
credit to helmi


owh, i browsed over those mantan pengantins blogs. jelesnya lihat majlis mereka close to perfect. membuatkan aku rasa down seketika even dah jadi mantan pengantin.


Sunday, November 14, 2010

how's life today? - hantaran and bunga tangan

hi peeps...
almost two weeks kami kahwin. kami tak pergi honeymoon sebab kami sudah papa kedana. haha, just kidding. maybe tunggu few weeks lagi untuk pergi bercuti. sekarang dalam mood lovey dovey duduk rumah yang indah ini. *smile widely*

my hantarans...

hantaran aku simple aje. seperti mana hantaran aku buat sebelum ini masa tunang dulu. tapi ada upgrade sikitlah. aku kurang gemar hantaran yang berbunga sangat. kadang-kadang sesetengah hantaran aku tengok bunga je lebih tapi barangnya tak nampak langsung. jadi bagi aku lebih baik barang yang kita nak bagi tu nampaklah barangnya. itu pandangan aku dan selera aku.

sebab aku kedekut jadi bunga beli sikit-sikit. sebab tak suka bunga besar jadi beli bunga kecik-kecik. last-last huh, beli jelah bakul senang cerita. satu bakul rm5.90 kat nilai 3. beli 8 rm 48. jadi kos semua tak sampai seratus termasuk bunga dan polisterin tapi bagi aku mahal jugak kot sebab last-last buang jugak..huhu...dah dah tak patut fikir demikian kan?

hantaran yang aku beri pada suami termasuklah baju kemeja, tali pinggang dan wallet, kasut, kek, gula-gula, buah-buahan, perfume, tafsir dan sirih junjung. dari suami untuk aku termasuklah air tin, kek, perfume, gula-gula, sirih junjung, jam dan beg tangan. jadi semuanya tetap, 7 balas sembilan.

hantaran dari pihak aku

hantaran dari pihak suami

jadi untuk hantaran aku, baju wallet and tali pinggang, kasut dah dibeli siap-siap. perfume adik aku yang belikan miniature sahaje sebab mamat ni nak habiskan satu botol pun sikit punya payah, jadi beli yang kecik-kecik aje. the rest beli seminggu sebelum majlis. kek aku beli kat carrefour aje haha sungguh tidak sentimental value, tapi aku bungkus cantik-cantik lah. bungkus pagi nikah tu, hiasan pun buah pagi nikah sebab honestly, pukul 5.30 dah bangun mata terkebik-kebil tak tau nak buat ape, jadi tengok hantaran yang tak complete tu. jadi puas hati sangat dengan hasil kerje sendiri. orang tengok tak lawa pun takpe asalkan aku puas hati...hehe..sangat gila kuasa..

by the way, diy bunga tangan juga aku suke sebab aku sendiri yang buat kenelah suka kalau tak down gile sebab tak suka kerja tangan sendiri. bunga dibeli di kedai bunga dekat manjalara. kedai borong bunga. memang heaven and rambang mata. aku beli habis jugak rm55 tai dengan rm 55 apa yang aku dapat? 1 bundle yang merangkumi 24 kuntum bunga ros - aku beli dua bundle, satu bunga kecik ape ke tah nama dia tapi ala-ala baby breath sikit, and 8 gerbera merah. aku rasa berbaloilah jugak cuma kena pandai pilih bunga sebab aku pergi pagi jadi pekedai tu malas nak layan aku sangat sebab dia tengah sebok distribute bunga naik masuk lori untuk hantar ke kedai lain. tapi nasib baik jugak dapat yang elok.

jadi malam tu, mulakan operasi. dengan bantuan oli yang best menemani si pengantin ni, kami berjaya jugak susun-susun and jadilah bunga tangan aku untuk hari itu. bunga tangan juga simple. hanya kumpul-kumpul dan ikat heh. tapi seriusly di sedang sedang majlis sedang sedang pegang aku cium baunya, oh bestnye...seriusly bunga tangan YANG SEGAR memang penting untuk penghilang gentar, penghilang penat sepanjang hari. seriously aku tak lepas langsung bunga tangan aku haha gila kuasa lagi.


red gerbera untuk nikah

roses untuk sanding

cadang untuk tiru macam ini (credit to mr google)

oli dan gerbera dan hantaran :)

giliran i pulak nerves..

bunga masa di sandingan.. lurve..

by the way di sebalik cerita bunga tangan dan baju sanding, mak aku boleh pulak lupa bawak ke dewan. masa tu dah pukul 12. aku cuak, dengan baju nikah aku pergi dewan besar, tanya semua orang mak mana? bukan ke mak kata nak ambikkan baju pengantin dan bunga tangan sebelum nikah tu? well, seperti yang aku kata, family aku tak besar, jadi harapkan adik aku and mak and abah aku je nak ambik barang kat rumah. dah macam nak nangis, jadi adik lelaki aku yang pi ambik. aku cakap jangan lupa bawak bunga tangan sekali! dia boleh konfius bunga yang mana satu. dia boleh ingat bunga kat dalam baldi tu. aku cakap kat dapur! rumah aku dah takda space jadi terpaksa letak kat dapur. huhuuu..jadi mak andam make up kan aku dulu, dia kata rileks, boleh make up dulu, nanti pakai baju kendian. lepas tu semua dah okay bile semua dah sampai. nasib baik jugak ada awek adik aku datang membantu, oli dan ina juga sangat-sangat membantu. aku sangat terharu....*mengalir air mata terharu* terima kasih korang...!

jadi itu sahaje. gambar masih tak banyak. masih menunggu op untuk send pada aku. mungkin bulan depan kot.

ok dah.

Friday, November 12, 2010

cerita sikit - butik pengantin best and photographer best!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..


eh ada siapa nak baca pasal wedding i tak? encik husband aka encik azmi suruh i bersemangat sikit update pasal wedding kami. maklumlah bini beliau ini sejak kebelakangan ini sibuk memasak dan kemas rumah. ecewah. honestly, i tak pandai masaklah. jadi makan and beli apo yang ado. eh dah mari kita baca cerita tentang drama wedding Saifulazmi &Azurah okeh..

first, butik adalah dari bangi. Pesona Asmara - selepas beberapa butik kami terjah di bangi tu, butik inilah yang menawarkan pakej harga yang menarik. dengan harga rm 2000, boleh dapat baju yang cantik, pelamin yang cantik dan make up yang cantik. kira puas hati sangat dengan service mereka ni. maklumlah bajet aku kecik aje. jadi pelamin adalah simple tapi cantiklah dipandang oleh mata aku. jadi butik ni aku bagi 9/10 boleh? baju yang ada kat situ pun ala-ala sopan gittew. sebab kebanyakan butik selalu sediakan corset sahaja dengan baju lace jadi kebarangkalian untuk nampak ketiak tanpa memakai inner yang panas adalah sangat tinggi, jadi kat butik ni banyak baju yang full lining siap corset jugaklah. jadi aku suka.

the best thing is, mak andam - kak linda. aku sangat suka dia bukan sebab make up nya saje, tapi dia juga antara orang terpenting untuk aku masa tu. dengan segala drama yang ada, dia jugaklah yang tenangkan aku. hal baju kahwin tertinggal kat rumah, punyelah cuak! dengan dewan singgah ramai orang (aku bersiap 100% di dewan) akak tu jugak carikan hall kecik yang lain untuk aku bersiap. tapi memang best giler arh akak ni sangat sangat membantu..

gambar dari rizal rapor

full baju pengantin

second, photographer adalah dari zainnoer photography. mula-mula masa aku mintak quotation tu aku rasa ish macam mahal lah juga. tapi lepas majlis aku rasa berbaloi sangat dengan apa yang aku bayar. sebabnya, photographer ada 2 untuk setiap majlis (belah aku n azmi). actually, masa majlis aku, ada 4 kot yang datang bawak segala beg besar dengan kamera bagai dan 3 dari mereka pakai baju melayu hitam. waaaah memang orang lain tengok macam eh ni kumpulan apakah? tapi zain memang banyak membantu. seronok berkerjasama dengan dia sebab dia yang ingatkan suruh senyum, jangan ketap bibir, haha, posing macam gini macam gitu. sebab kami adalah sangat kayu jadi untuk tidak mengkayukan gambar, jadi dialah yang membangkitkan suasana...kami boleh guna mereka whole day! masa tu pukul 8.30 malam kot baru habis outdoor! berbaloi-baloi gitu... :)

both butik and photographer memang aku and azmi yang cari. the rest keluarga yang uruskan. even butik kat batu pahat pun alhamdulillah dapat yang ok sangat. butik pesona andaman, satu-satunya butik pengantin melayu yang ada dekat carrefour batu pahat tu. kak mar yang make up cantik sangat kata azmi. baju pun ok. cuma kena pakai inner sendirilah supaya tidak nampak tali bra dan ketiak kan....tapi nasib baik hari itu tidak panas, dan aku selesa...keselesaan itu kan pentingggg....

majlis bertandang - gambar dari azam.alwi

jadi itulah ceritanya berkaitan dengan segala vendor besar. lepas ni update hal hantaran dan bunga tangan pulak..:) - kalau rajin...

regards.

Monday, November 8, 2010

post dari Pn Azurah

assalamualaikum dan selamat sejahtera..



ehem ehemm...



sekarang puan azurah sedang menjana tenaga untuk menghapdet belog ini...setelah seminggu lebih berkelana ke sana ke mari sebagai puan hati ini haruslah berbunga. tipulah kalau tak kata berbunga kan. jadi mari mulakan cerita ringkas di sini..nak mulakan dari mana ya?



honestly, aku tak ada gambar yang nak ditunjukkan kepada kalian semua. honestly, gambar aku hanya harapkan 100%dari op. honestly, family aku sangat sibuk jadi personal camera pun tak banyak sangat gambar. jadi bila orang mintak gambar di facebook, sorry to say, aku memang tak ada gambar.



itu satu..



yang keduanya,



majlis Alhamdulillah berjalan lancar. time majlis aku hujan lebat. nasib baik buat dekat dewan. elok kami berarak masuk hujan lebat sangat, mak kata. dekat belah batu pahat juga hujan nasib baik renyai renyai aje. dengar cerita mak mentua, ada orang tolong tolakkan hujan supaya tak lebat sangat hujannya. Alhamdulillah lah jugak.



walaupun ada cacat celanya tapi kira bolehlah..! aku ni asalkanboleh aje. seriously, kalau nak terlalu perfect sangat pun tak boleh sebab kaki tangannya tak cukup. family besar pulak duduk jauh. jadi segala perjalanan majlismain agak-agak sendiri. drama toksah cakaplah! macam macam drama..



dari drama inai..



drama baju pengantin..



drama bunga tangan..



drama meja makan beradab..



drama kek..



drama dj...



drama doorgifts...



sebab banyak drama ialah kerana semua pengetahuan majlis adalah di dalam otak pengantin (aku). dan pengantin pula sibuk kahwin..



dan tangkap gambar..



tapi aku sangat salute op aku and sangat suka dan perkara paling disukai hari itu adalah outdoor photoshoot-boleh tak?



dan pelamin aku yang murah itu turned out to be very nice..



butik pesona asmara memang best lah!



love my dress...



love my make up and mak andam sangat pandai manipulate aku sebab aku punyalah nerves dengan segala drama yang ada..dia jugak yang tenangkan aku..



love our pengapit sebab baju lelaki and perempuan walaupun beli lain-lain hari, it turned out very nice..! puas hati sangat. ina kau puas hati tak?! :)



love my own nikah outfit yang jahit sendiri itu..



love love love my own diy bunga tangan..



love my own diy hantaranss..



love my own diy corsages tengok semua pakai dengan riangnya even all the dayang-dayang looked very nice and posh...!



love mom's friends very much for helping us throughout the day.



and special thanks to oli sebab sudi teman aku the day before samapi besok paginya. dia jugalah yang lukis inai kat tangan aku tiba tiba kan? - ha, itu drama inai..



by the way, like i said just now, no gambar just this one. this special one from zainnoer photography. highly recommended, berbaloi and commited sangat...! love the team...!

and the most important thing in this world is

LOVE AZMI!

nanti updatelagi..:)