Sunday, October 24, 2010

sungguh jeless.....

well, i should be ignoring those wedding blogs. buat i jeles yang amat! why? because sepanjang perjalanan penyediaan perkahwinan sendiri adalah penuh dengan emosi..

hari ini okay sikit. tidak emo seperti hari-hari semalam. aku rasa aku memang depress tahap sepuluh. sekarang aku fikir sikit pasal kahwin dah mula pening kepala. kalau fikir banyak mula pening sampai macam nak pengsan, ambil panadol lalu terus tidur. bangun sambung buat kerja kawin lagi dan fikir lagi dan pening lagi dan makan panadol lagi. begitulah berulang-ulang setiap kali hujung minggu.

hari bekerja adalah hari paling bahagia sekarang. hari weekend adalah sangat nightmare!

mak kata sabar ajelah lagi seminggu je lagi. aku pun tak tahulah dah berapa kali aku menderhaka pada ibu dan bapa sebab asyik meninggikan suara. aku tak rasa diri aku bridezilla tapi aku rasa aku ye kot one of them. hmm. tapi ni kan majlis aku, everything mesti di bawah penapisan aku kan?

plus, disebabkan oleh aku seorang saje yang pandai guna glue gun dalam family ni, jadi perihal gam 1000 doorgifts adalah aku, hantaran adalah aku, dan baju nikah tak habis jahit lagi padahal lagi 5 hari nak kahwin. tu la, nak diy sangat, nak berjimat sangat, padan mukalah! lain kali, baju nikah beli aje kain lace kat jakel, mak jahit, habis cerita. ini. cerita baju nikah dari 5 bulan lepas tak habis-habis lagi..

honestly, preparation memang huru-hara..

even cake kahwin pun tak ada.

tak ada ye kawan-kawan...bukan sebab aku tak nak, sebab kek fondant cantik mahal. duit aku dah habis. lagipun acara potong kek tak penting pun..

even bersanding pun tak penting..

oh gosh, aku dah start merungut.

aku tengok orang lain macam happy je buat wedding prep. then mak aku kata, yelah orang lain serahkan semua pada family untuk setelkan. bride tak fikir dah. ini semua benda kena approval aku, sampai migrain, sampai depress.

aku harap semuanya ni berakhir dengan cepat. aku dah tak larat dah!

nak tunggu hujung minggu, nak pergi shopping kasut baju beg untuk kebahagiaan diri sendiri...

No comments:

Post a Comment