Thursday, October 21, 2010

kita dah nak kahwin


kepada encik azmi...

saya ingin mohon ampun dan maaf di atas segala perangai tak semenggah sejak dua tiga minggu ini..sekarang saya sedang emisional tak tentu pasal, ye saya tahu jadi tolong maafkan. saya sangat stress dengan segala benda dan masalah yang wujud sekarang. jadi salah sikit pun saya rasa macam nak mengamuk satu malaysia.

jadi kalau saya mengamuk kat ayang tolonglah pujuk...

kalau tak pujuk senyap pun tak pa. janganlah amuk jugak. api kan kena padam dengan air ;). menguruskan hal kahwin sendiri dengan tenaga kerja sikit adalah sangat stress sekali, tahu tak..ayang boleh tahan saya 8 tahun ni, jadi bertahanlah dengan sikap emo saya lagi seminggu ni. betul-betul memang tak dapat nak dibendung lagi.

jadi jangan marah ye. itu kan tanggungjawab bakal suami jugak, menenagkan si bakal isteri yang kepala hangin ini..

kita dah nak kahwin. saya sedang dengar lagu yang bakal dimainkan di wedding kita hari sabtu depan ni. saya harap sangat segalanya berjalan lancar. duit yang habis bukan sikit, banyak..kita berdua tahu tu. itu tak campur lagi dengan pelayaran kita selama lapan tahun sebelum ni..jadi marilah kita sama-sama berdoa agar bahtera yang bakal kita bina ini berkekalanlah hendaknya sampai hujung nyawa..

dahlah bai..saya nak sambung dengar lagu 'you and me'

mmuah!

No comments:

Post a Comment