Friday, October 29, 2010

besok adalah harinya

sepanjang perjalanan menydiakan kerja kahwin akhir nya besok adalah acara kemuncaknya. aku patut bersyukur sebab ramai sangat yang membantu hari ni. tolong bungkus telur, masak gotong royong macam ni takkan jadi kalau takda sedara mara and kawan kawan mak. maklumlah, family kecik, kawan-kawan line-dance mak tu yang banyak tolong sebenarnya, meredakan fikirannya, memberi idea bernas-bernas, bagi pinjam barang, tolong simpankan barang, tolong cari bunga. kebanyakannya kawan mak and mak yang bantu..

jadi terima kasih team d'manja - well its my mom's line dancing group. memang sporting habislah.

esok adalah harinya. jadi lepas ni kak su, ika, suganti, hema and kak putri sure dah tak dengar bising-bising aku mengeluh lagi. don't worry kak putri, blog pengantin saya takkan terjah dah pasnih. haha! selalu kalau pi buat lab, mesti skrin komputer kat office terpapar gambar pelamin lah, deko hantaran lah. haha kantoi dah..

by the way esok adalah harinya. jadi harapan aku semuanya berjalan lancar.

Sunday, October 24, 2010

sungguh jeless.....

well, i should be ignoring those wedding blogs. buat i jeles yang amat! why? because sepanjang perjalanan penyediaan perkahwinan sendiri adalah penuh dengan emosi..

hari ini okay sikit. tidak emo seperti hari-hari semalam. aku rasa aku memang depress tahap sepuluh. sekarang aku fikir sikit pasal kahwin dah mula pening kepala. kalau fikir banyak mula pening sampai macam nak pengsan, ambil panadol lalu terus tidur. bangun sambung buat kerja kawin lagi dan fikir lagi dan pening lagi dan makan panadol lagi. begitulah berulang-ulang setiap kali hujung minggu.

hari bekerja adalah hari paling bahagia sekarang. hari weekend adalah sangat nightmare!

mak kata sabar ajelah lagi seminggu je lagi. aku pun tak tahulah dah berapa kali aku menderhaka pada ibu dan bapa sebab asyik meninggikan suara. aku tak rasa diri aku bridezilla tapi aku rasa aku ye kot one of them. hmm. tapi ni kan majlis aku, everything mesti di bawah penapisan aku kan?

plus, disebabkan oleh aku seorang saje yang pandai guna glue gun dalam family ni, jadi perihal gam 1000 doorgifts adalah aku, hantaran adalah aku, dan baju nikah tak habis jahit lagi padahal lagi 5 hari nak kahwin. tu la, nak diy sangat, nak berjimat sangat, padan mukalah! lain kali, baju nikah beli aje kain lace kat jakel, mak jahit, habis cerita. ini. cerita baju nikah dari 5 bulan lepas tak habis-habis lagi..

honestly, preparation memang huru-hara..

even cake kahwin pun tak ada.

tak ada ye kawan-kawan...bukan sebab aku tak nak, sebab kek fondant cantik mahal. duit aku dah habis. lagipun acara potong kek tak penting pun..

even bersanding pun tak penting..

oh gosh, aku dah start merungut.

aku tengok orang lain macam happy je buat wedding prep. then mak aku kata, yelah orang lain serahkan semua pada family untuk setelkan. bride tak fikir dah. ini semua benda kena approval aku, sampai migrain, sampai depress.

aku harap semuanya ni berakhir dengan cepat. aku dah tak larat dah!

nak tunggu hujung minggu, nak pergi shopping kasut baju beg untuk kebahagiaan diri sendiri...

Thursday, October 21, 2010

kita dah nak kahwin


kepada encik azmi...

saya ingin mohon ampun dan maaf di atas segala perangai tak semenggah sejak dua tiga minggu ini..sekarang saya sedang emisional tak tentu pasal, ye saya tahu jadi tolong maafkan. saya sangat stress dengan segala benda dan masalah yang wujud sekarang. jadi salah sikit pun saya rasa macam nak mengamuk satu malaysia.

jadi kalau saya mengamuk kat ayang tolonglah pujuk...

kalau tak pujuk senyap pun tak pa. janganlah amuk jugak. api kan kena padam dengan air ;). menguruskan hal kahwin sendiri dengan tenaga kerja sikit adalah sangat stress sekali, tahu tak..ayang boleh tahan saya 8 tahun ni, jadi bertahanlah dengan sikap emo saya lagi seminggu ni. betul-betul memang tak dapat nak dibendung lagi.

jadi jangan marah ye. itu kan tanggungjawab bakal suami jugak, menenagkan si bakal isteri yang kepala hangin ini..

kita dah nak kahwin. saya sedang dengar lagu yang bakal dimainkan di wedding kita hari sabtu depan ni. saya harap sangat segalanya berjalan lancar. duit yang habis bukan sikit, banyak..kita berdua tahu tu. itu tak campur lagi dengan pelayaran kita selama lapan tahun sebelum ni..jadi marilah kita sama-sama berdoa agar bahtera yang bakal kita bina ini berkekalanlah hendaknya sampai hujung nyawa..

dahlah bai..saya nak sambung dengar lagu 'you and me'

mmuah!

Monday, October 11, 2010

crap, 2 kali weekends je?

aku selalu kira hari-hari berlalu based on berapa banyak weekends yang tinggal. well, aku suka weekends, bila weekend datang aku suka. jadi dalam kes sekarang, aku akan kahwin lagi 2 kali weekends..

crap, 2 kali weekends je?

jadi dengan 2 kali weekends apa yang boleh aku buat lagi? this weekend nak pergi batu pahat. buat hantaran. next weekend nak pergi buat hantaran lagi doorgifts dan sebagainya..on the way, jahit beads di baju...yes, baju nikah tak siap lagi..yey to me..

crap 2 kali weekends je?

Sunday, October 10, 2010

stress melampau tak ada kena mengena dengan hal kahwin

setiap post ada cerita hal kahwin. sebab aku mahu kahwin so everything perlu cerita pasal kahwin. plus, nak cerita pasal kerja tak berapa seronok sebab most people will not understand all the terms ka apa ka. but latest, kad kahwin sudah selamat diedarkan dan dalam proses pengedaran..

this two weeks, sangat terseksa sebab rasa sangat katak bawah tempurung. internet connection tak ada atas sebab sebab tertentu. diri sendiri yang pekerjaannya sangat memerlukan phone line and internet connection ini bila tak ada mula terasa sangat meroyan. nak call supplier terpaksa call pakai handphone sendiri, nak email orang terpaksa menumpang di pc orang lain.

oh sorry kerana merungut pasal kerja.

by the way, had fun di pwtc sebab ada wellness exhibition. semua spa dan natural products, tea, madu supplements, makanan kesihatan semua ada jual kat situ. dan jumpa oli, kamini, arbainah..oh i really miss you guys..sempat edar kad kahwin juga.

lepas tu singgah rumah dina, ada makan-makan, thank God tak sesat. jumpa yah and suzy yang lama tak jumpa tu. edar kad kahwin juga.

and tahu juga yang yah baca blog ini. thanks yah. i segan sebenarnye, hehe..

azmi pun menjalankan misi memberi kad kahwin.. ya nampaknya beliau juga bersungguh-sungguh dalam misi kahwin ini. i like..:)


kad kahwin adalah dari gedung kad kahwin. aku sangat suka. service pun bagus. kad semua cantik-cantik..silalah pergi sane untuk tempah kad kahwin anda ye!!!

ok, end here.

Sunday, October 3, 2010

post untuk sekali seminggu

sedang dengar gamelan lambang sari..

niat di hati nak mainkan masa hari kahwin nanti. ok ke? so far aku lihat beberapa majlis yang ada team gamelan untuk mainkan gamelan secara life. i pakai mp3 je boleh? ada macam time konvo tak? time konvo kat u.km dulu masa nak ambil skrol depa pasang lagu gamelan..

sekarang i sangat sibuklah nak uruskan itu ini. bilik tak payah cerita. penuh dengan barang. rumah dahlah sempit. tapi adalah progress untuk minggu ni. dah sorting doorgift yang buruk buruk untuk mintak tukar kat kedai kat nilai 3. kejap lagi kot. tu pun kalau sempat. duit dah terasa macam tak cukup ni. bajet macam lari.. macam mana ni?

well, masa buat perancangan dulu, tak termasuk belanja rumah sewa dan isiannya. semua tumpu pada hal kahwin. hal majlis. tapi insya-Allah boleh menghadapinya kot. tak lama je pun, tak sampai sebulan pun lagi. kad pun dah siap. siapa yang nak attend, sila bagi alamat, nanti aku pos kad raya eh tak kad kahwin.

anywhoo... sekarang ah tak berapa nak peduli dah. semuanya dah setel kot. penatlah asyik fikir hal majlis ni. cepat cepatlah datang majlis supaya tak payah nak fikir dah..terasa nak pergi pantai mandi laut kat cherating..:P ah bestnye..