Monday, September 6, 2010

too much to tell!

pergi batu pahat cari baju pengantin - check
amuk pasal tak puas hati baju pengantin tak ikut citarasa hati - check
membeli belah beg raya - check
membuang kasut lama sebab dah busuk/buruk - check
membeli kasut baru - check
berjaga malam padahal besok nak kerja - check

yey, banyak progress kan?

so ini beg raya actually bukan beg raya kerana sudah pakai dah pun. walaupun nampak cantik dan terus jatuh cinta tapi tak berapa selesa mungkin sebab baru dan keras lagi. seriously aku susah nak cari beg yang berkenan di hati, jadi nampak terus beli saje.

hi, gorgeous!

oklah, boleh geli muntah lah sebab warna pink! ergh dulu azurah tak macam ni, dulu azurah suci dari warna pink. dulu azurah grunge siyot pink azurah tengok terus reject dan pijak. nah, sekarang tidak lagi! pink is my life! huu..

mari kita ke aktiviti seterusnya. sebab beli beg pink gorgeous gila tapi murah je masa hari merdeka tu, jadi singgah daiso. tahu daiso? aku pernah bloghope ok salah bloghop lalu jumpa ada orang post mengenai daiso. ye, pergilah cari sendiri aku lupe. ok lah aku cerita, daiso is a shop lot yang semua barangnya dijual dengan harga rm5 dan semuanya gejet ok, gadget yang datang dari jepun. so best. kalau datang ioi mall puchong yang dah extend 2 kali ganda tu, mesti nak datang sini juga cari benda apa yang nak dibeli. hah, last-last, i beli ni...tara!!!!

oh, my name is george, hi george..

oklah, nama dia bukan george. dia adalah separa kapas muka yang boleh letak sendiri air timun air laici atau sebagainya sebagai mask muka caranya mudah saje, hanya rendam saja george ni dalam vitamin diy anda dan tepekkan pada muka. wah! sudah ada mask sendiri yang murah. dalam kes aku, aku rendam dalam putih telur dan tepek di muka tunggu hingga kering giller ( sampai keras) dan cabut. kau akan rasa heaven gile melihat segala bintik hitam meninggalkan muka kau! lebih berkesan 100 kali ganda dari porepack. percayalah!

ok, sambung cerita hari merdeka. sebab selalu aku dengan azmi berbuka puasa dengan tidak sempurna (sebab terlampau ramai, tak book, minum air berdiri dsbg) jadi hari itu, kami nak pergi tengok cerita the expendables mak datok ganas gile aku seram tutup mata sekejap-kejap sebab ade ke die potong kepala orang tu selamba je? korek korek tengkok dengan pisau ape kejadahnye! dan sebelum masuk lihat cerita 18 sg tersebut, kami semangat pergi booking dekat little taiwan. kami duduk di meja makan sebelum waktu, suasana juga tenang sebab aku rasa tak ramai yang nak berbuka puasa dekat new wing and tak ramai juga melayu yang datang kat sini, eh kenapa heh? kan halal dan sedap tu..

seriously, pedas and sedap!

aku nak datang kat sini lagi, aku janji. sebab aku dapat voucher percuma rm3.

jadi semalam pulak pergi bawa abah dan emak berjalan-jalan kat sawah padi..eh cubelah teka sawah padi kat mane?

waaaaaah!

hah, gatal lah kan kalau tak tahu. aku pergi one utama, sebab jakun gila tak pernah tengok orang tanam sawah padi dalam bangunan. kalau nak rasa suasana kedah darul aman, mai lah datang sini. gigih betul bawak segala tampi padi orang-orang burung gagak, eh burung gagak takde kan dah kena takutkan dengan orang-orang?

kat kedah tak ada signboard ini kat batang pokok kelape.. :P

kepada bakal B2B sekalian, kalau nak cari barang tradisional and idea menarik untu hias dewan atau hias rumah atau hias diri sendiri pun boleh datang sini jugak (tak aku bukan kate ambil idea tanam padi dalam rumah). kat sini macam banyak juga barangan tradisional yang dijual. kalau mampu silalah beli. dan idea ini aku pernah lihat b2b's blogs yang nak buat bunga manggar macam ni kan....

mostly depa pakai daun getah..cantik..

kalau dari jauh nampak sayup-sayup comel macam bunga sakura pun ade. oh comel sangat! aku ada juga keinginan nak tiru-tiru gaya ini tapi nak diy lagi aku tak larat lah! sekarang ni sedang diy corsage lah, hantaranlah, baju nikah juga ye! aku beading sendiri ajor..nak jimatlah konon.. tapi serious nak jimat punya pasal naik patah pinggang beading sendiri.. hamek kau!

last but not least, the latest me. i'm fat and i'm happy! wee hoo!

No comments:

Post a Comment