Wednesday, September 8, 2010

sementara tunggu..

jap agi nak balik kampung dah.. entah jam entah tidak ye?
beria aku dengan mak suruh abah bertolak tengah malam kang...
aku cakap kalau ngantok aku boleh bawak jugee..
siap berlagak dengan abah kata aku pernah woo bawak kereta dari kl ke terengganu masa gi redang hari tu..
siap emphasize kan kata bawak kereta dari pukul 1.30 am sampai 8 am.

aku cakap betul tak tipu...

jadi baju raya pun dah siap. warna oren you, jangan jeles. haha. sempat pergi ikut family trip pergi - jalan tar.
gigih jugak pergi ni tengok selautan manusia. sempat beli tudung. sempat beli inner cotton yang jadi trend sekarang. nak in trend kan, jadi kena beli. actually macam senang sbab aku banyak juge shawl yang bila aku pakai serebeh. jadi ada inner cotton rasa dah tak serebeh dah. jadi boleh nampak lebih kemas. takut azmi tak nak jalan ngan aku sebab ish selekeh siut minah ni, jalan jauh sikit..
dah sekarang tak yah malu dah eh..

by the way, rumah dah dapat! yey!
tak perlu pening dah cari rumah. susah nak cari dalam range rm500. tapi Alhamdulillah nasib baik jumpa jugak. dekat bandar bukit mahkota. dekat dengan bangi tapi jauh dengan bangsar. tapi azmi kata tak jauh laaaaaaaaaaaah. jadi suka hati awaklaaaaaaaaaah...

dan aku suka gila rumah baru ini!

progress dah tu..

hmm, lepas raya ni dah kena sibuk sibuk kan diri lah nampaknya. aku dah kena start beli barang untuk buat hantaran. goody bags pun dah kena beli jugak. semua kena beli kat nilai 3 sebab so far, situ ajelah kot yang senang nak dapat semua ada. plus, dekat dengan rumah bangi. jadi boleh mula beli LEPAS DPAT GAJI BULAN DEPAN. huhu..

ok lah. aku pasti rindu dia 5 hari ni..



No comments:

Post a Comment