Sunday, September 26, 2010

dan tiap-tiap minggu bershopping pun bermula..

bulan sepuluh dah nak menjengah. sekejap je masa berlalu, tak lama lagi nak jadi bini orang entah macam mana gayanya eh? sekarang juga duit dah nampak mengalir sangat macam air..

by the way, hari ini walaupun macham nak patah kaki, i tetap seronok keluar bershopping sakan bersama si pangapit - azrina. walaupun aku salah telefon ina uk.m - ina s.makl, gosh ape dah jadi dengan aku penyakit pelupa semakin menjadi jadi. tadi jalan-jalan dengan misi yang satu - cari baju pengapit.

dari shah alam, ada urusan peribadi bersama encik azmi, merantau lah aku dihantar oleh encik azmi ke jalan duta rumah azrina. di situ, aku bertukar kereta menuju ke jalan tar dan parking di bawah kompleks pernas sogo. cari sampai jalan tar sampai kedai india, semua house dan sekitar kedai kain, nagoya dan sebagaianya masih tak jumpa baju siap yang berkenan di hati. oh give up give up..! aduhai menyesal gile tak beli baju siap dekat one utama masa bulan puasa hari tu kain chiffon best giller kaler purple dan krim pun ada dengan harga rm140 saje. nak cari balik time ni haram memang tak ada. patutnya tadi terus pergi butik tu kat ou mane tau jumpe. tapi sebab konon jalan tar kan banyak baju kurung siap pergi jelah kat situ..

isk, kami nak cari baju kurung kain schiffon kosong yang ada sikit beads kat hujung lengan dan leher dan kain yang nampak cantik dan sedap dipakai dan harga bawah rm200 takkan tak ada kot?! aargh seriously memang tak ada.

pergi pulak ampang park sebab azrina kata kat situ ada baju siap banyak jugak! jadi pergilah kami kat situ. oh beruntungnya sebab dapat parking sebelah kereta a.wal ashaari woh! dah lah bawak bmw kale putih woh! siap tinted bagai ruginya tak menggeletiks tunggu dia keluar kereta, nak cover excited, jalan ajelah kami konon-konon tak pedulikan dia.

so jalanlah kami dari pukul 2.30 pm sampai 8.30 pm dekat situ. ampang park yang satu tingkat tu jalan sampai 5 jam kau semua agak agak keadaan situasi tu macam mana?

sebab masuk semua kedai, jadi semua kakak-kakak kedai dah kenal muka kami berdua. sampai malu nak bayar autopay sebab kena tawaf tempat yang sama dekat 30 kali kot! aaargh baru tahu susahnye cari baju. ada warna cantik dan murah saiz pulak tak ada. ada saiz cantik dan murah warna pulak tak ada. ada warna ada saiz dan cantik, mahal GILE pulak harganya. aku macam tak boleh percaya jugak kat situ ada baju kurung harga rm400. oh lupa, aku duduk kl, jadi harga macam tu memang wujud. dem menagapa baju yang aku describe tadi tak ada?! susah betul lah!

jadi takpelah, akhirnya, kami sudah berkeputusan merembat baju yang sudah kami kenalpasti dan tapis ke tahap titisan peluh yang terakhir. well, berbaloi lah hendaknya. nak harap jumpa a.wal ashaari tak jumpa jumpa pulak dah lepas tuh, haish, kecewa betul...

tapi berjalan-jalan tanpa jemu dengan ina adalah sangat best..

aaaargh! penatlah..

oh ye pening sangat lah nak deco hantaran ni..arrgh pening..pening..

No comments:

Post a Comment