Thursday, September 16, 2010

beadings on the go



penatlah!
this whole day baru siap satu barisan.. u know what, kalau sewa baju pengantin itu mahal, silalah tengok mengapa. french lace boleh cecah sampai rm150 semeter lebih kurang. beads pulak depends pada apa jenis, jenis korea lah, japan lah, and each bungkusan kalau beli kat kedai biasa cecah rm3 sepeket kecik..

tu tak pe lagi..

untuk siapkan beadings bila ada due date macam ni rasa macam nak muntah pun ade! ye, aku suke jahit beads pada baju, tapi ya Tuhan jika ada masa lapang saje. cewah konon ada masa lapangkah jahit beads untuk baju nikah sendiri? jawapannya padan muka diri sendiri, siapa suruh semua nak diy beli lace siap siap dengan beads dah cukup..

ulau berlingkau atas pagau.. jahit beads adalah hobi semasa menganggur 4 tahun dulu..:P


terlajak perahu boleh diundur, terlajak beli kain mahal dah jahit pulak tu, silalah teruskan perjuangan.

ye, hidup mesti diteruskan...

lepas-lepas raya ni terasa seperti masa cepat sangat berlalu. tu ticker kat atas tu ada sebulan lebih lagi. aku perlu beli barang untuk buat hantaran besok. bulan depan kena makan meggi sebulan bagi memperbanyakkan lagi penyimpanan ke arah perbelanjaan kahwin..

kahwin tak susah..nak cari duit untuk kahwin tu susah..

No comments:

Post a Comment