Sunday, September 12, 2010

50 sen mane cukup pak cik!

ok lah zaman sekarang mane main 50 sen untuk duit raye. tapi kat kampung aku still ade bekas duit syiling untuk bagi budak-budak yang datang beraya.

maybe sebab tu kot budak-budak tak datang raya rumah atok aku kot. sebab buang keringat je datang jauh jauh dapat 5 kupang ajerh.

and somehow, aku rasa, time raya-raya macam ni, especially raya pertama di pagi raya aku rasa macam annoying nye if ada sanak saudara jauh ynag lain yang datang ke rumah. i mean pada waktu itu adalah waktu untuk kita bermesra dan ber hu ha dengan pakcik dan makcik dan anak saudara yang comel macam iman, akil and syahmi. tiba-tiba pulak orang lain datang rumah assalamualaikum. siapa nak layan tu? terpaksalah maksu pi buat air nak hidang kat depa padahal kami semua dok sebok nak bermaafan ngan saudara dekat kita kan....

dan sebab sekarang ni banyak sangat cerita menarik kat tv, nak pergi beraya pun dah takde semangat. jom arh salahkan tv. jom arh raya depan tv ajerh. even bebudak yang datang pun rasa macam menyusahkan ek? nak mengaku tak baik mengaku cepat. sibuk ajer datang nah duit raye gi main jejauh. bebudak pun datang nak duit raye ajerh.

well, semakin tua raya semakin hambarlah. oh tak, semakin modern dunia, semakin hambarlah raye.

No comments:

Post a Comment