Sunday, September 26, 2010

dan tiap-tiap minggu bershopping pun bermula..

bulan sepuluh dah nak menjengah. sekejap je masa berlalu, tak lama lagi nak jadi bini orang entah macam mana gayanya eh? sekarang juga duit dah nampak mengalir sangat macam air..

by the way, hari ini walaupun macham nak patah kaki, i tetap seronok keluar bershopping sakan bersama si pangapit - azrina. walaupun aku salah telefon ina uk.m - ina s.makl, gosh ape dah jadi dengan aku penyakit pelupa semakin menjadi jadi. tadi jalan-jalan dengan misi yang satu - cari baju pengapit.

dari shah alam, ada urusan peribadi bersama encik azmi, merantau lah aku dihantar oleh encik azmi ke jalan duta rumah azrina. di situ, aku bertukar kereta menuju ke jalan tar dan parking di bawah kompleks pernas sogo. cari sampai jalan tar sampai kedai india, semua house dan sekitar kedai kain, nagoya dan sebagaianya masih tak jumpa baju siap yang berkenan di hati. oh give up give up..! aduhai menyesal gile tak beli baju siap dekat one utama masa bulan puasa hari tu kain chiffon best giller kaler purple dan krim pun ada dengan harga rm140 saje. nak cari balik time ni haram memang tak ada. patutnya tadi terus pergi butik tu kat ou mane tau jumpe. tapi sebab konon jalan tar kan banyak baju kurung siap pergi jelah kat situ..

isk, kami nak cari baju kurung kain schiffon kosong yang ada sikit beads kat hujung lengan dan leher dan kain yang nampak cantik dan sedap dipakai dan harga bawah rm200 takkan tak ada kot?! aargh seriously memang tak ada.

pergi pulak ampang park sebab azrina kata kat situ ada baju siap banyak jugak! jadi pergilah kami kat situ. oh beruntungnya sebab dapat parking sebelah kereta a.wal ashaari woh! dah lah bawak bmw kale putih woh! siap tinted bagai ruginya tak menggeletiks tunggu dia keluar kereta, nak cover excited, jalan ajelah kami konon-konon tak pedulikan dia.

so jalanlah kami dari pukul 2.30 pm sampai 8.30 pm dekat situ. ampang park yang satu tingkat tu jalan sampai 5 jam kau semua agak agak keadaan situasi tu macam mana?

sebab masuk semua kedai, jadi semua kakak-kakak kedai dah kenal muka kami berdua. sampai malu nak bayar autopay sebab kena tawaf tempat yang sama dekat 30 kali kot! aaargh baru tahu susahnye cari baju. ada warna cantik dan murah saiz pulak tak ada. ada saiz cantik dan murah warna pulak tak ada. ada warna ada saiz dan cantik, mahal GILE pulak harganya. aku macam tak boleh percaya jugak kat situ ada baju kurung harga rm400. oh lupa, aku duduk kl, jadi harga macam tu memang wujud. dem menagapa baju yang aku describe tadi tak ada?! susah betul lah!

jadi takpelah, akhirnya, kami sudah berkeputusan merembat baju yang sudah kami kenalpasti dan tapis ke tahap titisan peluh yang terakhir. well, berbaloi lah hendaknya. nak harap jumpa a.wal ashaari tak jumpa jumpa pulak dah lepas tuh, haish, kecewa betul...

tapi berjalan-jalan tanpa jemu dengan ina adalah sangat best..

aaaargh! penatlah..

oh ye pening sangat lah nak deco hantaran ni..arrgh pening..pening..

Wednesday, September 22, 2010

di kala kesejukan..

semalam sudah ambil doorgifts ittew.. nice and murah..and sempat bawak balik ke kepong supaya tak perlu angkut 'berbakul-bakul' bakul mendaki tangga ke tingkat 5. jadi lebih baik drive ke kepong, angkut naik lif ke tingkat 8. nak buat macam mana, hidup ku sepanjang hayat di rumah flat..

and emak sangat excited apabila menyerahkan tugas menghias doorgifts. kawan emak banyak jadi mereka semua vounteer untuk buat.. :) dah tak risau dah kat situ. they also give us ideas to decorate them, and mak asyik call untuk mintak approval,and i just said,

"buatlah apa yang perlu dibuat. asalkan cantik... ;)"

apa-apa pun kena juga melibatkan family in this wedding matters. nanti mereka terasa dihargai. ok lah, wedding aku but takkan aku nak buat semua and semua pakai kepala otak aku je kan?

i'm sure the doorgifts will turn out nice.

luv u all.. :)

Tuesday, September 21, 2010

idea, please come.. weekend, datang cepat..

tak sabar nak tengok papan hantaran kat rumah. nak godek apa lagi?

aku sedang cari idea untuk mendeco hantaran sendiri...

and malam ni nak pi amek doorgifts...yey!

these two days sedang cari lagu untuk halwa telinga masa majlis nanti..

lagi sebulan lah..

;)

Monday, September 20, 2010

percubaan membuat hantaran sendiri..


i had a blast shopping with my mom today. well, this is our second trip to nilai 3, the first time was curtain hunting and browsing the wedding stuff. and this time, with just us two, there's no another round of browsing, the door gifts must be bought today. kalau tak, pening kepala sampai hari kahwin..or pening kepala sampai abah bising..

we managed to buy hantarans deco and the door gifts. legaaaa..jadi excited gila nak buat buat la la tu jugak. i just love doing this handmade things. terasa seperti sangat bahagia dan teruja! sampai tak sedar dah pukul 3 dah weh besok nak kerja. but i'm not that creative. sebab abah and mak tak puji cantik pun, well adalah puji sikit tu pun sebab aku paksa like;

"tengoklah ni cantik tak?"
"oklah tu..tambah bunga sikit"
"er, kalau tambah bunga crowded lah nanti.."
"ha, bolehlah tu.."
"kira ok lah kan? oang tak suke a crowded sangat..bla..bla..bla.."

well, mak dengan abah macam reda je, maybe sebab aku dah kata yang 'INI WEDDING SAYA JADI SUKA HATI SAYA NAK BUAT MACAM MANA PUN' ?

see? aku anak derhaka? but they know me, aku memang keras kepala...

so when i showed them this, konon-konon nak suruh vote untuk 'sengkuang' mana yang lebih cantik antara semua, semua vote-vote..sebab vote mereka semua tak sama dengan aku, jadi rasa tak puas hati. last-last kata tak kira, nak buat macam ini juga..jadi doorgift anda untuk wedding saya nanti adalah - hmm, rahsia.. :P

eh dah malam, mahu tidur, bye!

Sunday, September 19, 2010

new item on the block!

we've already rented a house. our house. the post-wedding house. the family house.

our home sweet home..

jadi dah start memenuhi rumah dengan apa yang termampu. makan wang jugak untuk memulakan kehidupan baru ni. kehidupan lepas kawin bukan senang. susah kot. kami perlu peti ais, mesin basuh, dapur gas, katil, tilam, almari baju, you name it, semua tak ada..

oh tak, we already have a tivo and a couch. couch ambil dari rumah abah sebab dia nak beli baru, jadi ada advantage di situ. thanks abah. oh we also have a tv cabinet too, yang murah saje..eh ada carpet juga. okaylah, at least we have something. at least, he has something to survive with sebab azmi yang akan duduk situ dalam sebulan ni.

sebab azmi dah beli carpet super cantik black and white, so azurah feels like she needs to follow the theme. so black and white it is. jadi aku pergi beli langsir super cantik jugak in black and white bagi menyedapkan pandangan mata. well, quite rabak jugak purse aku untuk fulfill keperluan rumah. oh well aku dah cakap tadi. hurmm..

and ini lah hasilnya.. tara!


oh lepas beli and fikir nak design macam mana, then baru tersedar aku macam pernah tengok design bunga raya tu. actually aku tahu design ni bersepah, but it can't be a coincidence?


tersama pulak. aku perasan pun after aku selongkar beg aku then eh, wait a minute, pergi tengok langsir kejap, sama pulak. this flowers come from my bag raya...


yelah, might be because this pattern dah bersepah di serata dunia. it's nice tho, looks like bunga raya kan?

so back to the house story, i like it so much, kalau boleh nak letak barang seminima mungkin supaya nampak luas dan nak letak bantal banyak so nampak cosy. heh, excited okay nak hias rumah 'kami'.

masih tak percaya dah nak kawin dalam masa sebulan lagi...

Saturday, September 18, 2010

checklist

mommy mommy asked me to write a checklist for my hantarans. and and i've been asked to buy door gifts as soon as possible..tomorrow to be exact.. aku b2b yang gamble. lagi sebulan lagi tak rasa gentarkah? wuish, siapa kata tak gentar. tapi kan, lagi nak dekat lagi tak gentar..eh jangan berlagak, berdosa...

so, ehem..the checklist:

1. shirt & T-shirt
2. shoes
3. perfume
4. belt and wallet
5. tafsir al-quran
6. buah-buahan tempatan dan luar negara (wah luar negara ke?)
7. coklat
8. sireh junjung
9. kek

yey, dah siap.. jadi mak jangan bising dah sakit telinga... :P

talk about hantarans, these are my hantarans for my engagement months ago;


have a nice day everyone!

a 'not -so-new design'

dear all..

azurah sudah mula bosan dengan layout lama yang sangat biru itu. jadi tukar layout lagi..
azurah suka layout simple sajerh. sebab sekarang nak menjalani kehidupan yang lebih simple.

azurah harap boleh dapat layout blog yang bergambar besar gile, tapi takpelah nanti kantoi pakai kamera bermilipixel, sungguh rase rindah diri nanti. terus rase down dan tak mahu bersemuka dengan orang lain. jadi okaylah layout ni..

dan lepas ni kalau bosan lagi azurah akan tukar lagi ye...! see yah!

Thursday, September 16, 2010

a bit of souvenir

ketupat ini ahmad nawab yang punya...

hola!

selamat hari satu malaysia. by the way, aku still confuse kenapa kita cuti hari ni? heh, selamat bercuti. rindu sangat nak makan ketupat dengan rendang ayam, jadi balik rumah je mak sedang bungkus ketupat pulut. actually, bukan untuk aku permustautin tetap ini, tapi untuk adik lelaki yang balik hari ini. he just got back from france negara bertuah, and back for good. dan ketupat juga untuk adik perempuan yang nak balik ke perak supposedly hari ini tapi memandai kata nak balik besok. so off she goes, i'll be head back to bangi sekejap lagi. yes, my siblings are everywhere, lepas ni si adik lelaki nak pergi johor pulak untuk kerja. haha, exchanging places lah kita nampaknya..

so sebab beliau si adik lelaki pulang, suka bawa souvenir best - and pricey. nak beli sendiri kat sini tak mampu, jadi dia beli kat sana yang konon murah BANYAK sebab in Euro. whatever, as long as kakak dapat hadiah banyak.

and i asked, eh dekat austria pun ada jual brooch keeee?

and i just love this face embroidered long sleeves t-shirt.

thanks a bunch. i'll wait patiently for your wii to come okeh? itu macam janji kan?

oh, berbalik ke alam nyata. besok sudah kerja, hari ni cuti, there's a lot of things to do hari ni. berhajat nak pergi ukur tingkap di rumah baru *wink* and beli langsir di nilai 3. well, rumah baru and langsir di nilai tiga hanya berjarak 10 minit. new home yang cantik best best cantik tu dah ada ini,

macam henry golding kate - chantiquenyeeeeeeeeee...

i just love it! love love love..and i got a sewing machine too! untuk menjadi seorang surirumah berjaya dengan menjahit baju bayi tahun depan, haruslah ada satu bagi kegunaan sendiri. OMG sudah berangan! haha, tidaklah.. kan dari dulu lagi berhajat nak merembat mesin jahit emak dulu? so i got it.. yey lagi..

okay dah lah, selamat hari raya!

beadings on the go



penatlah!
this whole day baru siap satu barisan.. u know what, kalau sewa baju pengantin itu mahal, silalah tengok mengapa. french lace boleh cecah sampai rm150 semeter lebih kurang. beads pulak depends pada apa jenis, jenis korea lah, japan lah, and each bungkusan kalau beli kat kedai biasa cecah rm3 sepeket kecik..

tu tak pe lagi..

untuk siapkan beadings bila ada due date macam ni rasa macam nak muntah pun ade! ye, aku suke jahit beads pada baju, tapi ya Tuhan jika ada masa lapang saje. cewah konon ada masa lapangkah jahit beads untuk baju nikah sendiri? jawapannya padan muka diri sendiri, siapa suruh semua nak diy beli lace siap siap dengan beads dah cukup..

ulau berlingkau atas pagau.. jahit beads adalah hobi semasa menganggur 4 tahun dulu..:P


terlajak perahu boleh diundur, terlajak beli kain mahal dah jahit pulak tu, silalah teruskan perjuangan.

ye, hidup mesti diteruskan...

lepas-lepas raya ni terasa seperti masa cepat sangat berlalu. tu ticker kat atas tu ada sebulan lebih lagi. aku perlu beli barang untuk buat hantaran besok. bulan depan kena makan meggi sebulan bagi memperbanyakkan lagi penyimpanan ke arah perbelanjaan kahwin..

kahwin tak susah..nak cari duit untuk kahwin tu susah..

Tuesday, September 14, 2010

oh my card!

card tak siap lagi!

yer the invitation cards which is the second most important thing in a wedding itu tak siap lagi. by the way, before this abah kata tak ape, bagi cepat nanti orang lupa...

so hari tu balik kampung...

semua orang tanye eh kad kahwin mane? ooooh tak siap lagi abah kate..

bila dah 10 orang tanya benda yang sama, mahu tak cuak ke abah aku tu? lepas tu ngarok sama aku, pi la bagitau orang tu suruh buat kad kahwin cepat sikit..

aku dah 'what the....'

aku baru je email kat orang tu LAST WEEK exactly before raya yang oh, this is our correction for map and text. its ok, dapat lepaih ghaya pon tak pa..sorry kitorang lambat..see, lamabt reply, jadi lambat dapat kad. jadi kat sini, aku yang lambat reply, sebab pening nak cari map, betulkan map, nama mak salah lah lah zulkaedah salah ejalah entah ape-ape lagi..

seriously, bab map memang pening arh!

jadi kalau dah sebelum raya aku email kate macam tu, haruslah, minggu depan orang itu baru nak start kerja sebab beraya sakan dan sambut perayaan satu malaysia khamis ni, lepas tu, minggu depan-depannye baru nak send balik all the corrections kat aku, then baru nak confirm okeh boleh print..

agak-agak sampai bila agaknya aku kena tadah telinga dengar abah bising kad dah siap ke belum?

jadi aku sudah berkeputusan..

aku buat kad sendiri.

haha, jadi nantikan..nantikan...:P

Sunday, September 12, 2010

fashion blog..



kiut kan?

here

50 sen mane cukup pak cik!

ok lah zaman sekarang mane main 50 sen untuk duit raye. tapi kat kampung aku still ade bekas duit syiling untuk bagi budak-budak yang datang beraya.

maybe sebab tu kot budak-budak tak datang raya rumah atok aku kot. sebab buang keringat je datang jauh jauh dapat 5 kupang ajerh.

and somehow, aku rasa, time raya-raya macam ni, especially raya pertama di pagi raya aku rasa macam annoying nye if ada sanak saudara jauh ynag lain yang datang ke rumah. i mean pada waktu itu adalah waktu untuk kita bermesra dan ber hu ha dengan pakcik dan makcik dan anak saudara yang comel macam iman, akil and syahmi. tiba-tiba pulak orang lain datang rumah assalamualaikum. siapa nak layan tu? terpaksalah maksu pi buat air nak hidang kat depa padahal kami semua dok sebok nak bermaafan ngan saudara dekat kita kan....

dan sebab sekarang ni banyak sangat cerita menarik kat tv, nak pergi beraya pun dah takde semangat. jom arh salahkan tv. jom arh raya depan tv ajerh. even bebudak yang datang pun rasa macam menyusahkan ek? nak mengaku tak baik mengaku cepat. sibuk ajer datang nah duit raye gi main jejauh. bebudak pun datang nak duit raye ajerh.

well, semakin tua raya semakin hambarlah. oh tak, semakin modern dunia, semakin hambarlah raye.

Saturday, September 11, 2010

er..selamat?

biasalah tu, kalau nak post blog time-time gini mesti nak ucap selamat hari raye..
isk..

wll selamat hari rayelah buat semua..this few days, selain mendermakan darah kepada nyamuk nyamuk yang super banyak kat sini, makan ketupat tak ingat juge, makan rendanglah segala bagai. but, this time raya okaylah kot sebab baju raya aku a bit panas..heh..aku still nak pergi memburu baju kurung cotton yang sangat 'in' sekarang. aku memang suka benda tengah 'in' woh..

haha..

and this time, my family and i ada dekat rumah singgah family aku kat kedah ni. maka seronok a bit lah. boleh layan astro, layankan lagu-lagu lame hari raya yang direka cipta entah apa-apa bunyiknya, and cerita-cerita lame macam jangan pandang belakang congkak, dan sifu and tongga? kenapa ulang kat 2 siaran? but so far, apelah ertinya raya pada aku yang dah nak kawin ni..but still aku dapat duit raya okeh.. malu i..

jadi lagi sekali lah, selamat hari raya.

oh, and maaf zahir batin..:)

Wednesday, September 8, 2010

sementara tunggu..

jap agi nak balik kampung dah.. entah jam entah tidak ye?
beria aku dengan mak suruh abah bertolak tengah malam kang...
aku cakap kalau ngantok aku boleh bawak jugee..
siap berlagak dengan abah kata aku pernah woo bawak kereta dari kl ke terengganu masa gi redang hari tu..
siap emphasize kan kata bawak kereta dari pukul 1.30 am sampai 8 am.

aku cakap betul tak tipu...

jadi baju raya pun dah siap. warna oren you, jangan jeles. haha. sempat pergi ikut family trip pergi - jalan tar.
gigih jugak pergi ni tengok selautan manusia. sempat beli tudung. sempat beli inner cotton yang jadi trend sekarang. nak in trend kan, jadi kena beli. actually macam senang sbab aku banyak juge shawl yang bila aku pakai serebeh. jadi ada inner cotton rasa dah tak serebeh dah. jadi boleh nampak lebih kemas. takut azmi tak nak jalan ngan aku sebab ish selekeh siut minah ni, jalan jauh sikit..
dah sekarang tak yah malu dah eh..

by the way, rumah dah dapat! yey!
tak perlu pening dah cari rumah. susah nak cari dalam range rm500. tapi Alhamdulillah nasib baik jumpa jugak. dekat bandar bukit mahkota. dekat dengan bangi tapi jauh dengan bangsar. tapi azmi kata tak jauh laaaaaaaaaaaah. jadi suka hati awaklaaaaaaaaaah...

dan aku suka gila rumah baru ini!

progress dah tu..

hmm, lepas raya ni dah kena sibuk sibuk kan diri lah nampaknya. aku dah kena start beli barang untuk buat hantaran. goody bags pun dah kena beli jugak. semua kena beli kat nilai 3 sebab so far, situ ajelah kot yang senang nak dapat semua ada. plus, dekat dengan rumah bangi. jadi boleh mula beli LEPAS DPAT GAJI BULAN DEPAN. huhu..

ok lah. aku pasti rindu dia 5 hari ni..



Monday, September 6, 2010

i'm so in love with your voice dian!

i'm officially your fan..boleh? ;)


too much to tell!

pergi batu pahat cari baju pengantin - check
amuk pasal tak puas hati baju pengantin tak ikut citarasa hati - check
membeli belah beg raya - check
membuang kasut lama sebab dah busuk/buruk - check
membeli kasut baru - check
berjaga malam padahal besok nak kerja - check

yey, banyak progress kan?

so ini beg raya actually bukan beg raya kerana sudah pakai dah pun. walaupun nampak cantik dan terus jatuh cinta tapi tak berapa selesa mungkin sebab baru dan keras lagi. seriously aku susah nak cari beg yang berkenan di hati, jadi nampak terus beli saje.

hi, gorgeous!

oklah, boleh geli muntah lah sebab warna pink! ergh dulu azurah tak macam ni, dulu azurah suci dari warna pink. dulu azurah grunge siyot pink azurah tengok terus reject dan pijak. nah, sekarang tidak lagi! pink is my life! huu..

mari kita ke aktiviti seterusnya. sebab beli beg pink gorgeous gila tapi murah je masa hari merdeka tu, jadi singgah daiso. tahu daiso? aku pernah bloghope ok salah bloghop lalu jumpa ada orang post mengenai daiso. ye, pergilah cari sendiri aku lupe. ok lah aku cerita, daiso is a shop lot yang semua barangnya dijual dengan harga rm5 dan semuanya gejet ok, gadget yang datang dari jepun. so best. kalau datang ioi mall puchong yang dah extend 2 kali ganda tu, mesti nak datang sini juga cari benda apa yang nak dibeli. hah, last-last, i beli ni...tara!!!!

oh, my name is george, hi george..

oklah, nama dia bukan george. dia adalah separa kapas muka yang boleh letak sendiri air timun air laici atau sebagainya sebagai mask muka caranya mudah saje, hanya rendam saja george ni dalam vitamin diy anda dan tepekkan pada muka. wah! sudah ada mask sendiri yang murah. dalam kes aku, aku rendam dalam putih telur dan tepek di muka tunggu hingga kering giller ( sampai keras) dan cabut. kau akan rasa heaven gile melihat segala bintik hitam meninggalkan muka kau! lebih berkesan 100 kali ganda dari porepack. percayalah!

ok, sambung cerita hari merdeka. sebab selalu aku dengan azmi berbuka puasa dengan tidak sempurna (sebab terlampau ramai, tak book, minum air berdiri dsbg) jadi hari itu, kami nak pergi tengok cerita the expendables mak datok ganas gile aku seram tutup mata sekejap-kejap sebab ade ke die potong kepala orang tu selamba je? korek korek tengkok dengan pisau ape kejadahnye! dan sebelum masuk lihat cerita 18 sg tersebut, kami semangat pergi booking dekat little taiwan. kami duduk di meja makan sebelum waktu, suasana juga tenang sebab aku rasa tak ramai yang nak berbuka puasa dekat new wing and tak ramai juga melayu yang datang kat sini, eh kenapa heh? kan halal dan sedap tu..

seriously, pedas and sedap!

aku nak datang kat sini lagi, aku janji. sebab aku dapat voucher percuma rm3.

jadi semalam pulak pergi bawa abah dan emak berjalan-jalan kat sawah padi..eh cubelah teka sawah padi kat mane?

waaaaaah!

hah, gatal lah kan kalau tak tahu. aku pergi one utama, sebab jakun gila tak pernah tengok orang tanam sawah padi dalam bangunan. kalau nak rasa suasana kedah darul aman, mai lah datang sini. gigih betul bawak segala tampi padi orang-orang burung gagak, eh burung gagak takde kan dah kena takutkan dengan orang-orang?

kat kedah tak ada signboard ini kat batang pokok kelape.. :P

kepada bakal B2B sekalian, kalau nak cari barang tradisional and idea menarik untu hias dewan atau hias rumah atau hias diri sendiri pun boleh datang sini jugak (tak aku bukan kate ambil idea tanam padi dalam rumah). kat sini macam banyak juga barangan tradisional yang dijual. kalau mampu silalah beli. dan idea ini aku pernah lihat b2b's blogs yang nak buat bunga manggar macam ni kan....

mostly depa pakai daun getah..cantik..

kalau dari jauh nampak sayup-sayup comel macam bunga sakura pun ade. oh comel sangat! aku ada juga keinginan nak tiru-tiru gaya ini tapi nak diy lagi aku tak larat lah! sekarang ni sedang diy corsage lah, hantaranlah, baju nikah juga ye! aku beading sendiri ajor..nak jimatlah konon.. tapi serious nak jimat punya pasal naik patah pinggang beading sendiri.. hamek kau!

last but not least, the latest me. i'm fat and i'm happy! wee hoo!