Tuesday, August 24, 2010

selamat berpuasa semua!

dah 14 hari kita berpuasa..

kejap je kan?

dan 14 hari itu jugalah aku tak pernah pergi bazaar ramadhan lagi dan most of the time masak sendiri. gigih tak? :P

kadang kadang masak macaroni and cheese. lepas tu housemate masak spaghetti goreng, nasi lauk sardin, macaroni goreng - going western sebab itu jelah yang ada kat dalam tempat simpanan barang kering..

barang basah dalam fridge pun ada cheese, bebola daging, bebola ayam sayur sikit.

well, hidup mesti sederhana.. kalau nak berasak untuk pergi bazaar ramadhan semata-mata, sorang pulak tu, dengan laptop bagai macam nightmare. kena fikir 2-3 kali. plus, takda benda nak buat 'to kill time' sementara tunggu bukak puasa. terasa macam lambatnyeee masa berlalu.

jadi masak benda simple ajer. asal kenyang perut sudah eh..

even 'term' berbuka puasa dengan azmi pun tak ada. aku tak suka berasak dan book tempat. nanti nak solat maghrib lagi, nak berkejar makan lagi.. jadi macam hari tu, pergi solat dulu, dan tunggu sekejap untuk 'orang yang berbuka puasa' habis makan lepas tu terus dapat tempat. makan sampai pukul 9. kan senang tu. plus, kat alamanda ada siap kurma dan air sejuk lagi kat dalam surau untuk orang berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib..

cuma kurang lah terasa kemeriahan puasa tu kan..

tapi tak pelah untuk kesekian kalinya berbuka dengan housemate. dah 4 tahun kot. tahun depan berbuka dengan husband pulak. terpaksa join the club bini bini kat office pening nak masak apa kan? hah yang, saya tak kira, ayang naik moto pergi beli kat bazar ramadhan..saya nak mi soto pedas gile satu jangan lupa murtabak sekali ye...! :P

No comments:

Post a Comment