Tuesday, August 10, 2010

sabar lah sabar lah sabar lah sabar lah sabar lah oh sabariah...

sudah seminggu kita tidak bersua muka..apa khabar semua? semoga semua sihat sihat belake dan senyum sentiasa. jangan lupa isikan perut dengan sepenuh-penuhnya hari ini supaya besok puasa tak lapar. oh kalau rajin, pergilah solat tarawikh hari ini. hari ni kan malam pertama ramadhan, jangan lah kira malam pertama kahwin je nak excited. eh..

mari melompat tersu ke agenda sebenar. aku sudah memulakan misi membaca blog pengantin lagi. dah jadi hobi baru. nak cari idea, pluss menstresskan diri sebab tengok orang lain dah berjaya kahwen. aku dah tak sabar nak kahwen dah ni biar selesai semuanya. nerves tak habis- habis..

aku tak sabar nak hampar cadar kaler purple hiasan baldu-baldu satin-satin harga rm150 beli kat harvey norman tu. tak sabar juga nak buat persiapan hantaran lepas raya nanti nak buat sekarang macam awal sangat pulak. tak sabar jugak nak tengok kad kahwen sendiri walaupun butir-butir diri satu haram tak siap and hantar lagi. tak sabar juga nak tengok pelamin sendiri. tak sabar nak pakai kasut kahwin juga. tak sabar nak jahit manik kat baju nikah yang ni balik karang aku jahit terus.

tak sabar nak buat outdoor photoshoot dan tak sabar juga nak tengok diri-sendiri pakai baju pengantin dan make-up macam drag queen. tak sabar nak pergi beli frame kayu kecik comel tu untuk letak atas meja guestbook. tak sabar nak buat guest book sendiri juga.

well sabarlah ye..

lagi 2 bulan setengah je lagi....

No comments:

Post a Comment