Friday, August 27, 2010

progress..

aku rasa aku tak dapat ilmu pun dekat kursus kahwin dulu..
sebab aku ada masalah. walaupun organizer tu tanya kalau ada masalah boleh telefon dia, aku rasa sebab aku tak suka kat dia bila aku dengar dia bagi talk pun aku rasa tekanan perasaan...

ye tempat kursus kahwin aku tak best langsung! makan duit je lebih.

eh kenapa aku emo ni?

well, tadi aku pergi selesaikan hal borang-borang nikah kahwin ni. honestly, masa kursus kahwin satu haram pun aku tak faham. macam aku cakap tadi, aku macam tak dapat ilmu sangat pun. aku rasa bab protokol ni memang aku lembab sikit kot.

aku belajar dalam sekelip mata bila aku tengok laman web jawi. senang. sebab aku duduk di kl, dan akan berkahwin di kl, jadi ada checklist kat situ. sebelum tu, azmi kena selesaikan hal dia dulu...just tengok je check list tu dan memang senang untuk difahamilah!

tapi urusan keduanya dengan ketua imam qariah masing masing dah setel. tinggal nak hantar kat jawi je..

and aku baru tahu yang bila bakal husband mintak ttgn tok imam kl (kena isi borang mustautinlah dulu) si husband tak payah pergi hantar kat jawi dulu. nanti boleh hantar sekali dengan wife punya jika wife tu orang kl jugak.

ha pening tak? silalah pening..

aku nak buat explaination lebih lanjut pun tak boleh sebab tak hantar kat pejabat jawi lagi. kalau dah hantar and semuanya ok, baru aku beritahu kat sini..untuk rujukan diri sendiri jugak. :)

jadi ini adalah progress terbaru, untuk hantaran nanti. ye, hantaran warna lain, tak salah kan? saje tak nak semua purple. jangan tanya kenapa..


besok, aku akan pergi batu pahat untuk cari baju bertandang pulak.

bye..

No comments:

Post a Comment