Friday, August 27, 2010

monolog dialog trilog? bahagian 2..

sampai sebelum azan. manusia berpeleseran sambil pegang botol air. tempat duduk semua penuh. satu kerusi panjang yang boleh muat 4 orang duduk hanya tinggal 2 orang duduk sebab seorang minah separa tua telah meletakkan barang belian atas kerusi. minum tanpa rasa bersalah. aku dan azmi masih cari tempat untuk DUDUK dan minum. akhirnya minum seteguk air sambil BERDIRI!

azurah: kita pergi surau lah!

surau ramai gila orang. kenapa hari tu tak macam ni? kenapa hari ni ada sekumpulan perempuan mumayyiz buat parti donut dalam surau? kenapa separuh surau dah kena 'konker' dengan perempuan-perempuan lepak? adakah melepak di surau di waktu puncak seperti 'waktu maghrib' dah jadi satu trend???

aku letak tudung dan beg kat tepi, aku risau juga parti donut yang penuh dengan coklat menjejeh kena tudung yang aku baru pakai hari ni. aku tunggu turn untuk sembahyang. ada budak lelaki kecil menyanyi dengan riangnya kat sebelah ibunya yang sedang bersolat. sejadah dah bersepah sana sini. kiblatnya menghadap mana pun dah konfius.

aku tunggu giliran untuk solat. lepas sorang diganti sorang, ramai juga yang tunggu giliran di belakang. dengan harapan untuk mengganti tempat solat sebab seperti aku kata tadi, separuh tempat solat sudah di'konker' oleh golongan pelepak profesional. aku tunggu dengan sabar. agak lama, ada juga yang sudah solat, namun doa nya saje sudah dekat 3 minit. aku sabar ajelah..aku dapat tempat, lalu betulkan kedudukan sejadah untuk mulakan solat. berlanggar bahu dan punggung itu sudah biasa sebab sesak sangat.

semua orang berbaris betulkan tudung dekat cermin. ada yang sampai 5 minit betulkan tudung pusing sana pusing sini, aku sempat lihat cermin tak sampai 1 saat, tudung aku pakai lalu terus semat pin lalu keluar. aku rimas!

azurah: kenapa hari ni ramai sangat orang?
azmi: hari ni kan baru masuk gaji..

oh ye tak ye jugak...

aku tobat tak nak keluar buka puasa kat luar dah melainkan aku uzur..

sekian..

No comments:

Post a Comment