Friday, August 27, 2010

progress..

aku rasa aku tak dapat ilmu pun dekat kursus kahwin dulu..
sebab aku ada masalah. walaupun organizer tu tanya kalau ada masalah boleh telefon dia, aku rasa sebab aku tak suka kat dia bila aku dengar dia bagi talk pun aku rasa tekanan perasaan...

ye tempat kursus kahwin aku tak best langsung! makan duit je lebih.

eh kenapa aku emo ni?

well, tadi aku pergi selesaikan hal borang-borang nikah kahwin ni. honestly, masa kursus kahwin satu haram pun aku tak faham. macam aku cakap tadi, aku macam tak dapat ilmu sangat pun. aku rasa bab protokol ni memang aku lembab sikit kot.

aku belajar dalam sekelip mata bila aku tengok laman web jawi. senang. sebab aku duduk di kl, dan akan berkahwin di kl, jadi ada checklist kat situ. sebelum tu, azmi kena selesaikan hal dia dulu...just tengok je check list tu dan memang senang untuk difahamilah!

tapi urusan keduanya dengan ketua imam qariah masing masing dah setel. tinggal nak hantar kat jawi je..

and aku baru tahu yang bila bakal husband mintak ttgn tok imam kl (kena isi borang mustautinlah dulu) si husband tak payah pergi hantar kat jawi dulu. nanti boleh hantar sekali dengan wife punya jika wife tu orang kl jugak.

ha pening tak? silalah pening..

aku nak buat explaination lebih lanjut pun tak boleh sebab tak hantar kat pejabat jawi lagi. kalau dah hantar and semuanya ok, baru aku beritahu kat sini..untuk rujukan diri sendiri jugak. :)

jadi ini adalah progress terbaru, untuk hantaran nanti. ye, hantaran warna lain, tak salah kan? saje tak nak semua purple. jangan tanya kenapa..


besok, aku akan pergi batu pahat untuk cari baju bertandang pulak.

bye..

monolog dialog trilog? bahagian 2..

sampai sebelum azan. manusia berpeleseran sambil pegang botol air. tempat duduk semua penuh. satu kerusi panjang yang boleh muat 4 orang duduk hanya tinggal 2 orang duduk sebab seorang minah separa tua telah meletakkan barang belian atas kerusi. minum tanpa rasa bersalah. aku dan azmi masih cari tempat untuk DUDUK dan minum. akhirnya minum seteguk air sambil BERDIRI!

azurah: kita pergi surau lah!

surau ramai gila orang. kenapa hari tu tak macam ni? kenapa hari ni ada sekumpulan perempuan mumayyiz buat parti donut dalam surau? kenapa separuh surau dah kena 'konker' dengan perempuan-perempuan lepak? adakah melepak di surau di waktu puncak seperti 'waktu maghrib' dah jadi satu trend???

aku letak tudung dan beg kat tepi, aku risau juga parti donut yang penuh dengan coklat menjejeh kena tudung yang aku baru pakai hari ni. aku tunggu turn untuk sembahyang. ada budak lelaki kecil menyanyi dengan riangnya kat sebelah ibunya yang sedang bersolat. sejadah dah bersepah sana sini. kiblatnya menghadap mana pun dah konfius.

aku tunggu giliran untuk solat. lepas sorang diganti sorang, ramai juga yang tunggu giliran di belakang. dengan harapan untuk mengganti tempat solat sebab seperti aku kata tadi, separuh tempat solat sudah di'konker' oleh golongan pelepak profesional. aku tunggu dengan sabar. agak lama, ada juga yang sudah solat, namun doa nya saje sudah dekat 3 minit. aku sabar ajelah..aku dapat tempat, lalu betulkan kedudukan sejadah untuk mulakan solat. berlanggar bahu dan punggung itu sudah biasa sebab sesak sangat.

semua orang berbaris betulkan tudung dekat cermin. ada yang sampai 5 minit betulkan tudung pusing sana pusing sini, aku sempat lihat cermin tak sampai 1 saat, tudung aku pakai lalu terus semat pin lalu keluar. aku rimas!

azurah: kenapa hari ni ramai sangat orang?
azmi: hari ni kan baru masuk gaji..

oh ye tak ye jugak...

aku tobat tak nak keluar buka puasa kat luar dah melainkan aku uzur..

sekian..

monolog dialog trilog? bahagian 1..

azurah: hari ni bukak puasa kat mane?
azmi: entah!
azurah: saya nak pergi bazar beli kuih jelah pastu nak makan megi je.
azmi: baru nak bukak puasa sama..
azurah: boleh! :P

azmi: nak bukak puasa kat mane?
azurah: nak bukak sekali ke, nak semayang dulu lepas maghrib kang baru keluar?
azmi: buke sesame la..
azurah: ala nak kena book tempat ke?
azmi: tak taula...makan piza nak?

azurah: tak nak ah.kita bukak puasa dekat umah dululah pastu keluar lepas maghrib..
azmi: ok..
azurah: ....(merajuklah tu)


6.45pm

azurah: saya pergi rumah awak. saya tunggu kat sini sementara awak nak sampai...
azmi: eh yeke?
azurah: nak beli pape tak? ingat nak singgah bazaar beli kueh.
azmi: tak pelah saya pegi beli..

7.00 pm

azurah: hah nak bukak puasa kat mane ni?
azmi: entah kat mana?
azurah: dalam keter dah lah..
azmi: ok..

tunggu...

azurah: ish kita pergi alamandalah!
azmi: ok..

bersambung...

Wednesday, August 25, 2010

kegigihan..

tajuk serius gile..nope cerita tak serius pun.. orang puasa balik awal. pukui 4 dah ciaw..

aku pukui 6.40 belum balik office lagi..

GIGIH sungguh..

selmat bertarawikh ye rakan rakan...:)

Tuesday, August 24, 2010

selamat berpuasa semua!

dah 14 hari kita berpuasa..

kejap je kan?

dan 14 hari itu jugalah aku tak pernah pergi bazaar ramadhan lagi dan most of the time masak sendiri. gigih tak? :P

kadang kadang masak macaroni and cheese. lepas tu housemate masak spaghetti goreng, nasi lauk sardin, macaroni goreng - going western sebab itu jelah yang ada kat dalam tempat simpanan barang kering..

barang basah dalam fridge pun ada cheese, bebola daging, bebola ayam sayur sikit.

well, hidup mesti sederhana.. kalau nak berasak untuk pergi bazaar ramadhan semata-mata, sorang pulak tu, dengan laptop bagai macam nightmare. kena fikir 2-3 kali. plus, takda benda nak buat 'to kill time' sementara tunggu bukak puasa. terasa macam lambatnyeee masa berlalu.

jadi masak benda simple ajer. asal kenyang perut sudah eh..

even 'term' berbuka puasa dengan azmi pun tak ada. aku tak suka berasak dan book tempat. nanti nak solat maghrib lagi, nak berkejar makan lagi.. jadi macam hari tu, pergi solat dulu, dan tunggu sekejap untuk 'orang yang berbuka puasa' habis makan lepas tu terus dapat tempat. makan sampai pukul 9. kan senang tu. plus, kat alamanda ada siap kurma dan air sejuk lagi kat dalam surau untuk orang berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib..

cuma kurang lah terasa kemeriahan puasa tu kan..

tapi tak pelah untuk kesekian kalinya berbuka dengan housemate. dah 4 tahun kot. tahun depan berbuka dengan husband pulak. terpaksa join the club bini bini kat office pening nak masak apa kan? hah yang, saya tak kira, ayang naik moto pergi beli kat bazar ramadhan..saya nak mi soto pedas gile satu jangan lupa murtabak sekali ye...! :P

Sunday, August 22, 2010

milestone..

balik rumah dah berazam at least siapkan sesuatu. setiap bulan beli sesuatu. butik pun dah telefon tadi kata confirm jadi seminggu sebelum majlis baru boleh pergi fitting. tak lambat sangat kot. macam tak sabar sangat nak pergi fitting baju ni. cuti pun dah sort out, hopefully cukup. bunga telur pun orang kat pkns bangi dah call untuk confirm. aku recommend jugaklah tempat tempahan bunga telur kat sini sebab cantik. satu kuntum bunga dia boleh bagi rm1. kalau lebih dari satu bunga maka mahal sikit. banyak kali pergi nilai 3 memang susah nak cari yang cantik dan murah. bila aku jumpa kat pkns ni terus tempah dan bayar deposit. tempah tak banyak pun sekadar buat syarat...:)

kad pun dah halfway done. sedang nak betulkan peta dan ejaan yang salah-salah..so far kad itu aku sangat suka!

owh, the mess!

yummy!

love this!

just before raya perlu pergi thank Q sebab sane ada buat sale. nak pergi beli barang untuk buat hantaran dan paper bag..baju nikah sedang pelan pelan jahit maniknya. selasa ni nak pergi buat hiv test, lepas tu uruskan semua borang kahwin. bahagian azmi semua dah siap.

kasut kahwin pun dah beli..suka!

sementelaah buat semua persiapan, kena tulis paper juge untuk due date 31 ogos ini. ye aku dah kerja, tapi sebab sangat rindu nak buat kerja yang betul betul aku faham dan tulis paper mengenainya jadi aku tak kisah. plus, aku tak grad lagi so aku still consider student.

oh aku rindu nak jadi student balik...

jadi dahlah. dah tak nak dah jadi b2b emo..

bai.. :)

Saturday, August 21, 2010

lama sangat kan?


asyik post pendek pendek je..takde mood arh! tapi hari ni taknak bisng bising dah. tak nak arh ngarok ngarok macam orang tua nyanyuk. shit, aku memang orang tua nyanyuk..

beberapa weekend berlalu.weekend sebelum sebelum tu tak ingat buat ape. ye, aku paksa mak ikut aku pergi petaling street nak beli kasut satin cantik. tak jadi. the next weeekendnya aku pergi redang.

yes redang...

cantiknya......!

laut biru cantik serius tak boleh lupa arh!

macam biasa berjhemba di tepi laut..

makanan kami makan berbackgroundkan tepi laut....marvellous!

percayalah kitorang berlima je yang pergi! -ye semua perempuan-

annual trip macam ni memang sangat dinantikan. kalau nak pergi 2 hari 1 malam macam kami, satu kepala lebih kurang rm300++ berbaloilah sebab dapat calit tapak kaki kat pasir putih macam kapas. snorkeling pun best juge sebab sudah tengok karang laut ikan comel lebih kurang sama macam kat perhentian last year jadi hanging out bersama rakan sebaya macam ni memang sangat berharga. next trip apa weh? hah? mabul? oraet bebeh...! kalau tak ditakdirkan aku pregnant maka aku pergi ye! :P

orang tanya aku perhentian n redang mana best? personally aku cakap accomodation redang arh sebab macam private beach gitu. beach boy juga aku vote redang -nak juga :P and pantai juga redang sebab pantai redang tak ada karang mati macam dekat perhentian. jadi air laut redang memang cetek pasir pulak putih mulus tanpa sebarang kesan degil. hehe. tapi bab snorkeling perhentian menang sebab kitorang dapat private boat. kat redang kena naik dengan kumpulan lain. keselamatan bot kat redang pun tak berapa okay. bila-bila kau boleh jatuh laut tambah pulak macam aku yang buta renang ni memang jantung nak tercabut keluar.

papehal redang menang kot.

ikut tempat penginapan jugeee...

kalau nak ikutkan banyak jugaklah pros and cons yang kitorang dapat. describe banyak kang tak habis lapan kajang blog..eh..

enoughlah pasal redang.

itu cerita 2 minggu lepas. serius sampai sekarang masih rindu...

minggu lepas ada iftar. seronok jugak sebab datang balik sekolah kasi lepas rindu yang tak berapa nak rindu. jumpa balik azmilia, aza, ina yang pergi redang hari tu. berbuka dan berjhemba macam biasa. kesimpulannya tiap-tiap minggu kena ada hari bersama rakan-rakan. baru rasa diri ni ada member. baru rasa diri ini ada seseorang untuk kita lie on atau orang lie on kat kita. setakat boyfriend atau suami, serius tak cukup kan? tolongla percaya..haha..

ramai tapi tak seramai tahun lepas

oklah setakat ini sahaje. nanti update lagi post panjang panjang.

bai!

all pics credit to azza's and aisya's facebook.



Tuesday, August 17, 2010

it makes me forgot things

i've heard about relocating is one of the cause of stress. i think wedding is also a cause too. it involves money, energy, brains..

i'm so tired...

and tend to forgot things this few months..sudah digelar nyanyok dah ni..
effect my work very much!

so what now?

tunggu pelan-pelan sampai hujung bulan sepuluh ni..

selamat berbuka puasa!

Sunday, August 15, 2010

the swollen eyes

being awake for days seems like no big deal. aku boleh kerja shift ni. so my eyes swollen so who cares. nak kahwin pun who cares. pergi berjhemba di redang last week dan men-sunbath-kan diri pun who cares. fine, who cares. sendiri macam tak kisah dah asalkan diri bahagia.

yes bahagia..


Saturday, August 14, 2010

what makes my day

bila bakal baju pengantin aku ditayang di cermin display butik pengantin..

alahai...cantiknyaaaa....

:)

Tuesday, August 10, 2010

sabar lah sabar lah sabar lah sabar lah sabar lah oh sabariah...

sudah seminggu kita tidak bersua muka..apa khabar semua? semoga semua sihat sihat belake dan senyum sentiasa. jangan lupa isikan perut dengan sepenuh-penuhnya hari ini supaya besok puasa tak lapar. oh kalau rajin, pergilah solat tarawikh hari ini. hari ni kan malam pertama ramadhan, jangan lah kira malam pertama kahwin je nak excited. eh..

mari melompat tersu ke agenda sebenar. aku sudah memulakan misi membaca blog pengantin lagi. dah jadi hobi baru. nak cari idea, pluss menstresskan diri sebab tengok orang lain dah berjaya kahwen. aku dah tak sabar nak kahwen dah ni biar selesai semuanya. nerves tak habis- habis..

aku tak sabar nak hampar cadar kaler purple hiasan baldu-baldu satin-satin harga rm150 beli kat harvey norman tu. tak sabar juga nak buat persiapan hantaran lepas raya nanti nak buat sekarang macam awal sangat pulak. tak sabar jugak nak tengok kad kahwen sendiri walaupun butir-butir diri satu haram tak siap and hantar lagi. tak sabar juga nak tengok pelamin sendiri. tak sabar nak pakai kasut kahwin juga. tak sabar nak jahit manik kat baju nikah yang ni balik karang aku jahit terus.

tak sabar nak buat outdoor photoshoot dan tak sabar juga nak tengok diri-sendiri pakai baju pengantin dan make-up macam drag queen. tak sabar nak pergi beli frame kayu kecik comel tu untuk letak atas meja guestbook. tak sabar nak buat guest book sendiri juga.

well sabarlah ye..

lagi 2 bulan setengah je lagi....

Monday, August 2, 2010

bukan couldn't sleep LAH

just can't wait to watch avatar the last airbender. kept on watching the trailer and the making of it. teruja sangat. and jasper is one of the main actor too!

do you know that jasper is quite cute in Twilight saga : eclipse? nak berpaling tadah from edward pun ada juga. baha!

anywaaaaaaaaaaaaaay..

not much to write here. hanya melepaskan gian untuk menulis saje. untuk menaip dan untuk memberitahu semua orang aku nerves tak habis ni macam aku sorang je nak kawen kan. but never mind about that. i am happy and blessed sebab so far masalah tak ada lagi. HoPeFuLlY SeMuA bErJaLaN LANCAR! barang hantaran ada afew tak beli lagi. tapi sekarang mega sale, kaki gataaaaaaaaaaaal sangat nak jalan and tapak tangan kiri pun gatal tak terkata. aku nak shopping sekarang jugak!

by the way, pa system is on! drama sebabak je tu. dengan perjanjian yang dibuat adalah: please dj, be professional. hopefully tidak buat lawak kurang pandai.

aku juga nak book gamelan tapi aku rasa tak kot..

hopefully azmi dah boleh mula uruskan hal borang kahwin tu. o shit hiv test dulu or borang kahwin dulu ye? gosh! aku lupa aku tak buat hiv test lagi.. argh..

rumah sewa pun kena start cari dah sekarang. duit juga kena simpan sikit untuk beli perabot kalau tak berbaring berdua di lantai sejuk. ayam mentah kena masuk dalam peti ais jugak kalau tak macam mana nak masak ayam merah tu? kena beli peti ais pulak. tv juga kena ada. kalau tak kena tengok koleksi peribadi cerita cerita cd dalam komputer. haish. mana tak nerves macam ni.

boleh tak malas nak fikir?

peace!