Saturday, July 31, 2010

why do i hate this so much?

hujung minggu.

dah nak kawin.

stress macam nak mampus.

balik rumah abah dan mak asyik tanya itu ini. sebab aku emo, kadang-kadang ada meninggi suara jugak. ada juga nada drag macam 'belum lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii' nada macam tu..ok, paham tak?

this week azmi outstation. aku benci kerja dia sebab menuntut dia ke luar daerah. aku terus benci program j.alur g.emilang kat perlis, oh ya aku benci juga program pertandingan men.cipta lagu tradisio.nal last week. aku benci program ai.min.nal dan program hapa tah lagi yang menuntut dia kerja hari minggu. kesimpulannya aku benci tempat kerja dia ah sebab aku lagi suka dia kerja kat c.epp. mungkin sebab aku tengok RO kat situ goyang kaki, jadi aku nak dia rileks macam tu hujung minggu tak payah kerja jadi boleh teman aku beli barang kahwin sampai benkrap..

cakap pasal barang kawin, aku terus jadi benci lagi. oklah aku benci semua hal kawin. aku memang benci ah sampai tak boleh nak describe lagi..

aku nak pergi beli kasut bersalut satin. jadi ingat nak pergi petaling street. sebab program ape bende tah kat perlis tu jadi aku tak boleh drag azmi untuk pergi. jadi aku ajak mak aku. the thing is, hari dah petang n hujan pulak tu. ada abah kat rumah pulak tu. sebab petaling street tempat abah jadi dia tak bagi pergi sebab hujan/jam gila kat kawasan tu. kedai tutup pukul 7 pulak tu. besok pun tutup pulak tu. kalau ikut hati aku yang degil ni, aku nak pergi redah je don worrylah sebab minyak banyak lgi dalam tank kereta. tapi sebab emak ikut cakap abah, jadi aku sorang kat situ. konon-konon pujuk aku pergi sabtu depan atau sabtu depan depan. aku kata, oklah, kita pergi tahun depan je.

ye, aku tak ada entourage nak iring aku pergi beli barang kahwin. aku memang pathetic gila.

sambung balik.

jadi sebelum ni aku nak pa system. aku hanya mahu mainkan lagu-lagu indah sepanjang majlis. lagu-lagu indah ye, aku reject terus lagu '~kini dah jadi isteriiiiiii~ atau ~malam pertama~. aku taknak diri sendiri trauma lalu turun dari pelamin dan pecahkan stereo. taknak. aku mahu lagu balada, lagi jiwang lagi bagus, lagu bahagia, bukan lagu nasihat. ini hari kawin aku aku nak dengar lagu cinta je, aku takmau dengar lagu ~selamat pengantin baru~ lagu tu macam kau boleh menari twist. tapi seriously aku belum pilih lagu lagu lagi jadi sehari sebelum kawin pun masih sempat..

tapi..

abah aku berkeras nak dj sekali. dan set karaoke.

tahu apa jadi kalau majlis ada dj?

dan set karaoke?

dia akan buat majlis kau macam majlis dia. lagi teruk kalau ada penyanyi tak diundang nak karaoke sampai besoknye sebab mikrofon dah kena gam kat tangan. orang lain nak nyanyi no way. sebab dia rasa suara dia lagi sedap dari siti norhaliza. fine. kalau penyanyi tak diundang itu letak mike, dj akan take over. jadi mereka akan bergilir-gilir. suara siapa paling merdu. atau duet sekali. maka keluarlah lagu air mata kasih, lagu jangan pisahkan, lagu kau tinggal daku.

lepas habis sesi karaoke, dj mula mengarut. lawak tak jadi. sakat tetamu. tetamu nak pergi ambil lauk disakatnya. jadi tetamu dah malu. 'eh kakak berbaju ungu ni dah 4 kali saya nampak ambil lauk'. serious aku pernah nampak sendiri. 'tahun depan pengantin perempuan bakal masuk hospital. tahu kerana apa? yaaaaaaaaaaaa, kerana bakal melahirkan bayi'~gelak-gelak.

serius aku trauma tengok dj kat majlis kahwin orang.

dan set karaoke.

berbalik pada cerita aku-

abah kata eh kenala ada pa system. baru meriah sikit suasana kalau tak siapa nak announce ketibaan semua....

eh bukan ke aku nak suruh adik aku mirah tu jadi pengacara majlis? aku cakap dalam hati sebab aku dah ulang 8 kali sebelum tu.

aku kata tak nak tak nak..

nanti tak ada hiburan. kata abah.

oklah, abah, tak payah ada pa system.

titik..

semua diam. aku masuk bilik sambung baca blog pengantin. seriously, aku memang tak ada skill bertenang. aku rela tak ada pa system dari pa system pakej dan dj.

dan set karaoke.

ya, majlis aku akan sunyi sepi je nanti. jadi bersedialah.

tamat untuk hari ni..

No comments:

Post a Comment