Wednesday, July 7, 2010

tengok? dah July...






July memanglah waktu yang ditunggu-tunggu. selain dari 2 July tu tarikh hantar thesis (yang mana tak memberi makna sangat sebab dah hantar awal, eh), 3 July merancang ke Cameron Highland dan 4 July adalah bufdae yours truly, hmm setakat ni takda apa yang menarik sangatlah. bufdae pun tak celebrate, but thanks to all for your wishes. tapi yang tak best nye ada orang TU merajuklah sebab tak dapat sambut bufdae bersama sebab balik lambat dari tanah tinggi tu. sampai sekarang amuk lagi..haish..

nak upload gambar pun malas, nak tulis pun malas. konon nak tulis tips kurus dari orang gemok macam aku tapi tu pun malas. ye, aku sekarang dah gemok. lama sangat tak timbang berat entah entah dah naik sampai 60 kilos kot? seriously, badan semakin dipam pam nih. officemate pregant, aku pulak sebok menmbahkan berat badan. seluar dah makin ketara ketat, semua ketatlah! orang makin nak kawin makin kurus, ni makin gemok pulak. dah dah MALAS jugak nak cerita pasal berat badan sendiri ni. malas malas malas!

sekarang juga sangat addict dengan nescaffe. kenapa tah, padahal malam-malam boleh je tidur awal, bangun awal dengan segarnya. but still mengantok lemah gemalai asyik menguap sampai keluar air mata. tak paham lah aku. aku kena minum yomeshu ke? oh ye, masa pergi cameron sempat beli madu ginseng. kan konon-konon boleh menambahkan tenaga. tapi terpaksa pesongkan niat nak bagi kat abah sebab abah tak de ole ole..ole!

cakap pasal nescaffe lagi, semalam pun aku bedal 2 cawan. sampai makan kat papa rich pun nak minum nescaffe jugak sebab konon ngantok sangat sampai keluar air mata tu. jadi jumlah ada 2 cawan. aku tak tau lah apa yang orang papa rich tu letak dalam white coffee dia, seriously mata aku terkebil kebil sampai sekarang. ye, aku sudah satu malam tak tidur. sebab tak boleh tidur jadi layan ceritalah macam biasa. this time. pisau cukur, did you hear about the morgans and the holiday. tengok the holiday sangat best gile siap mengalir air mata. terus jatuh cinta kat jude law..ooooh jude law kenapa hensem sangat niii? walau pun awak nangis kat part yang last tuh, but still nampak chomel sangatlah! ok lah, kena jatuh cinta kat jude law sekejap je tak boleh lebih lebih.Align Center

maraton sampai pagi!


dah sekarang dah ngantok. nak tidur still tak boleh sebab aku hirup satu cup lagi nescaffe. jap lagi balik mesti pengsan punyelah!

daa..

2 comments:

  1. xpela, ko bleh praktis berjaga malam jaga anak nti..hihi...

    ReplyDelete
  2. haha, dah lama prektis dah ekceli..tu yang mata lebam tak hengat tuu..:P

    ReplyDelete