Monday, July 19, 2010

passions and desires

it's 2.40 am, monday.

i had a major headache yesterday and sleep most of the time. now i am okay and will be driving to bangi this morning straight to the office, 8 am. need to wake up at 7. odd.

the reason of me having this headache is because of me staying at home for more than 48 hours (ayat skema macam tulis thesis). azmi balik kampung, and it is very unusual for me sebab dah biasa keluar tiap tiap minggu hirup udara sejuk shopping complex. i miss midvalley. dulu masa azmi duduk bangsar, almost everyweek pergi situ. sekarang asyik pergi alamanda. muntah darah dan bosan. ada shopping complex yang menarik untuk dilawati tak? tolong recommend boleh? last week dah pergi OU. tropicana tak ada apa sangat, KLCC pun tak ada apa yang 'affordable' sebab aku miskin tapi nafsu besar. pavillion jangan cakap arh, aku selekeh, tak boleh pergi situ selalu. tempat lain?

tapi seriously, aku rindu jusco macam aku rindu azmi (eh, dah sama kan beloved dengan jusco -sorry dear).

by the way, nasib baik jugaklah tak keluar ke mana-mana minggu ni. duit dah tinggal zero. aku kena survive lagi satu minggu baru dapat gaji semula. aku tak kisah weekdays. tapi bila fikir weekends tanpa duit memang rasa macam nak bunuh diri. seksa. tengoklah dah tiga hari ni, tak keluar rumah terus rasa nak meroyan.

tapi nafsu ni membuak-buak ah! i really want a red leather boho bag. hari tu dah jumpa dekat HOL tapi mahal boleh tahan. aku juga nak kasut kahwin satin atau lace. dulu pernah jumpa lace shoes primavera tapi tak beli sebab kata mungkin tak perlu kot. hah, sekarang dah tak da stock dalam dunia mulalah termimpi mimpi. aku nak jugak tak kira, lepas dapat gaji pergi serang petaling street sebab mak kata kat situ ada custom made shoes. yang dah siap pun ada. satin shoes pun banyak. tu tunggu dapat gaji. sekarang aku sangat miskin tahu? arrgh susahnya jadi orang miskin macam aku ni..


drool. satin shoes. and its jimmy choo. Waaargh!


aku juga nak kemeja kaler putih yang boleh aku pakai ke mana saja aku suka. yang aku pakai bertahun-tahun sampai lusuh macam cardigan buruk aku kaler hitam itu. nanti aku boleh pakai dengan jeans aku yang dulu longgar kat peha sekarang dah boleh jadi skinny 'fat' jeans tu. oh before this pernah beli satu, lepas tu besar jadi pergi alter dan si tukang jahit tu buat terkecik kat bahagian punggung. dem, punggung aku besar tahu? yang kau terkecikkan bahagian tu kenapa? memang tak pakai dah sebab tak boleh nak tutp kat butang bawah sekali tuh. dem!



cun. source.


ape lagi yang aku nak?

setakat ni tu aje. susah betul jadi orang tua macam aku. sebab zaman bujang hampir tamat, nak pakai macam remaja pun dah tak berapa nak remaja. shit, aku dah 26 mana ada remaja dah, tapi azmi masih remaja..ergh! lepas ni jadi bini orang kena bersopan tak? lepas tu jadi mak orang aku kena selekeh ke? sekarang pun aku selekeh ni kan pulak aku lepas kawin dan beranak pinak nanti lagi serebeh aku..kenapa azmi suka kat aku tah..dah lah emo macam pms 30 hari sebulan..

dah bai..

1 comment:

  1. Wow...... true Indian Wedding Jewelry completes the beauty of a bride. I was looking for Wedding jewelry online and came across the site www.kaneesha.com and purchased an exclusive set. It just added a special touch to my bridal wear.

    ReplyDelete