Sunday, July 11, 2010

bunga pulak

aku baru tambah ticker kahwin kat atas nun. perasan tak perasan tak? saje kan nak bagi tambah nerves. sejak kebelakangan ni, hati makin nerves, badan juga makin gemuk. ok tu dah cakap pada setiap antry dan entry lepas juga..

anywhoooo...

kan aku dah story mory kata aku pergi cameron. seronok woh, tu pun aku dah cerita, tapi yang belum aku cerita is that, bila dah sampai cameron (cameron bukan cameroon), harus haruslah pergi membeli belah BUNGA! Oh my gucci seriuosly kan best kalau aku kahwen kat sini aje, dari pelamin sampai bunga tangan sampai centrepiece, atas kerusi, atas meja, atas kasut, atas baju kahwin baju nikah, kat pak imam semua aku nak bagi and letak bunga. walau pun aku sangat tidak fancy bunga ros, but still bila tengok mesti rasa nak cair jugak.. cantiknyeeee wanginyeeee....

3 seploh 3 seploh 3 seploh!


jadi sebab mengikut nafsu, beli jugaklah buat semak mata. alahai rm10 je mau ada berapa jambak kat situ? beli pulak gerbera kuning, tahapahapatah orang tu kate tahan sampai 5 tahun sebab awet. aku still rasa macam kena tipu, but still beli juga sebab 6 jambak macam tu, rm10..gila aku ni..


6 seploh 6 seploh 6 seploh! kasi habis satu baldi!


sebab berangan-angan nak ada bunga hidup kat tangan masa kahwin nanti, jadi apa salahnya beli untuk acu cuba try trest buat sendiri bunga tangan. jadi kumpul-kumpul-kumpul, buang semua daun yang ada, lepas tu ikat dengan reben purple and taraaa! e'eleh, senang je buat bunga tangan ni. tak delah susah pun sebab bunga tu memang dah cantik, hang pusing lah macam mana pun tetap cantik jugak. ceh ceh, berlagak betul aku. tapi betul lah seriously, carilah bunga kembang kembang sebanyak mana yang mungkin, buang semua daun, ikatlah ikut sesedap rasa, lepas tu baru potong batangnya satu satu. kalau taknak kasi nampak batang, balutlah dengan reben besar sikit, kalau nak tambah hiasan tambahan, letak lah jarum peniti ke manik ke labuci ka hapa ka ikut suka hangpa. tak payah kot nak susah pergi florist cas sampai puluh puluh hengget untuk buat satu jambak bunga tangan tu. mungkin pergi florist beli bunga mentah je, murah sikit kot..

pandangan atas sipi sipi..

pandangan sisi sipi sipi.

bunga yang aku beli ni pun merah nye aje yang kembang semua, yang kuncup aku letak keliling. kalau nak cantik kenalah bunga semuanya kembang. macam aku yang gelojoh tak sabar sabar nak tunggu bunga kembang dah potong batang buang daun ni, toksah nak kira yee...:)

tips mengagumkan untuk bunga segar tahan lama adalah letak sikit gula dalam air rendaman bunga. kalau boleh, beli yang kembang tak sempurna lagi. 2 hari lepas rendam dalam air gula, kembanglah dia dengan cantiknya..tahanlah sikit kalau beli siap siap kembang lepas tu lebam tak bestlah kan...:) budak lab aku semua pakat dok letak panadol and antibiotik. aku rasa dedua tu berkesan juge sebab aku pun letak juga panadol kat bunga aku. tahan jugak nak dekat seminggu.

aku jugak ada cita cita nak buat gerbera as my hand bouquet, Oh gerbera telah menjadi feveret bunga aku yang rasmi ye. aku rasa macam nak pengsan kegembiraan melihat gerbera tumbuh liar (ceh liarlah) kat atas sana, especially gerbera merah menyala, pink, pink putih, kuning, cantiknyee...

tengokla tu lautan gerbera..ecewah!

ingat gerbera sebaldi rm10 tu? terus aku potong buat bunga tangan.

satu pot gerbera untuk hiasan di meja office.

jadi, aku ada dua pilihan dalam minda. sama ada nak gerbera as bunga rasmi, or roses yang semua orang guna tu, heh. oh gerbera dalam pot tu it turns out to be white gerbera. tapapetah aku ni konon pilih yang kecik kecik sebab nak surprise tengok kaler ape bila besar. alahai....but still aku sayang pokok gerbera ku even tho you all warna putih tau..:) (aku rasa pokok aku bunga albino)

oklah, contoh hand bouquet gerbera idaman. :)

dah bai!

No comments:

Post a Comment