Saturday, July 31, 2010

why do i hate this so much?

hujung minggu.

dah nak kawin.

stress macam nak mampus.

balik rumah abah dan mak asyik tanya itu ini. sebab aku emo, kadang-kadang ada meninggi suara jugak. ada juga nada drag macam 'belum lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii' nada macam tu..ok, paham tak?

this week azmi outstation. aku benci kerja dia sebab menuntut dia ke luar daerah. aku terus benci program j.alur g.emilang kat perlis, oh ya aku benci juga program pertandingan men.cipta lagu tradisio.nal last week. aku benci program ai.min.nal dan program hapa tah lagi yang menuntut dia kerja hari minggu. kesimpulannya aku benci tempat kerja dia ah sebab aku lagi suka dia kerja kat c.epp. mungkin sebab aku tengok RO kat situ goyang kaki, jadi aku nak dia rileks macam tu hujung minggu tak payah kerja jadi boleh teman aku beli barang kahwin sampai benkrap..

cakap pasal barang kawin, aku terus jadi benci lagi. oklah aku benci semua hal kawin. aku memang benci ah sampai tak boleh nak describe lagi..

aku nak pergi beli kasut bersalut satin. jadi ingat nak pergi petaling street. sebab program ape bende tah kat perlis tu jadi aku tak boleh drag azmi untuk pergi. jadi aku ajak mak aku. the thing is, hari dah petang n hujan pulak tu. ada abah kat rumah pulak tu. sebab petaling street tempat abah jadi dia tak bagi pergi sebab hujan/jam gila kat kawasan tu. kedai tutup pukul 7 pulak tu. besok pun tutup pulak tu. kalau ikut hati aku yang degil ni, aku nak pergi redah je don worrylah sebab minyak banyak lgi dalam tank kereta. tapi sebab emak ikut cakap abah, jadi aku sorang kat situ. konon-konon pujuk aku pergi sabtu depan atau sabtu depan depan. aku kata, oklah, kita pergi tahun depan je.

ye, aku tak ada entourage nak iring aku pergi beli barang kahwin. aku memang pathetic gila.

sambung balik.

jadi sebelum ni aku nak pa system. aku hanya mahu mainkan lagu-lagu indah sepanjang majlis. lagu-lagu indah ye, aku reject terus lagu '~kini dah jadi isteriiiiiii~ atau ~malam pertama~. aku taknak diri sendiri trauma lalu turun dari pelamin dan pecahkan stereo. taknak. aku mahu lagu balada, lagi jiwang lagi bagus, lagu bahagia, bukan lagu nasihat. ini hari kawin aku aku nak dengar lagu cinta je, aku takmau dengar lagu ~selamat pengantin baru~ lagu tu macam kau boleh menari twist. tapi seriously aku belum pilih lagu lagu lagi jadi sehari sebelum kawin pun masih sempat..

tapi..

abah aku berkeras nak dj sekali. dan set karaoke.

tahu apa jadi kalau majlis ada dj?

dan set karaoke?

dia akan buat majlis kau macam majlis dia. lagi teruk kalau ada penyanyi tak diundang nak karaoke sampai besoknye sebab mikrofon dah kena gam kat tangan. orang lain nak nyanyi no way. sebab dia rasa suara dia lagi sedap dari siti norhaliza. fine. kalau penyanyi tak diundang itu letak mike, dj akan take over. jadi mereka akan bergilir-gilir. suara siapa paling merdu. atau duet sekali. maka keluarlah lagu air mata kasih, lagu jangan pisahkan, lagu kau tinggal daku.

lepas habis sesi karaoke, dj mula mengarut. lawak tak jadi. sakat tetamu. tetamu nak pergi ambil lauk disakatnya. jadi tetamu dah malu. 'eh kakak berbaju ungu ni dah 4 kali saya nampak ambil lauk'. serious aku pernah nampak sendiri. 'tahun depan pengantin perempuan bakal masuk hospital. tahu kerana apa? yaaaaaaaaaaaa, kerana bakal melahirkan bayi'~gelak-gelak.

serius aku trauma tengok dj kat majlis kahwin orang.

dan set karaoke.

berbalik pada cerita aku-

abah kata eh kenala ada pa system. baru meriah sikit suasana kalau tak siapa nak announce ketibaan semua....

eh bukan ke aku nak suruh adik aku mirah tu jadi pengacara majlis? aku cakap dalam hati sebab aku dah ulang 8 kali sebelum tu.

aku kata tak nak tak nak..

nanti tak ada hiburan. kata abah.

oklah, abah, tak payah ada pa system.

titik..

semua diam. aku masuk bilik sambung baca blog pengantin. seriously, aku memang tak ada skill bertenang. aku rela tak ada pa system dari pa system pakej dan dj.

dan set karaoke.

ya, majlis aku akan sunyi sepi je nanti. jadi bersedialah.

tamat untuk hari ni..

Sunday, July 25, 2010

dah tempah kad dah!

okay takda gambar untuk sebarang aktiviti. jadi semua tulisan je. boleh aku lupa bawak phone aku semasa sedang merayau di pameran kerja kawin kat kompleks kraf tu? pelamin memang the vass arh!

anyway, ni memang first time pergi pameran pengantin. lagi 3 bulan nak kawin baru terhegeh-hegeh nak pergi kan. aku ingat nak pergi next week nye event kat aeon wangsamaju. tapi tiba tiba azmi ajak pergi kompleks kraf hari ni. terus nak i love you sampai mati. sumpah kalau aku ajak tak pergi kot.

jadi pameran ni seminggu jugaklah sebab selama ni kalau pameran pengantin ada 3 hari je time hujung minggu. ni tak, besok hari isnin pun boleh datang. tapi tak taulah promosi nye macam mana. mungkin kurang sikit orang? tapi aku berjaya tempah kad kahwin terus hari ni. i mean kami. harga boleh tahan, design pun unik. ada yang ekslusif, ada yang comel! jadi hopefully kad yang jadi tu cantik. if all the service okay, then aku akan promote kat sini ye...

yeah itu saje hasil hari ni. at least everything BIG dah setel.. lain yang remeh-remeh je tinggal. eceh, doorgift yang berlambak tu remehlah konon. dah argh, aku dah pening..

ada orang nak sponsor spa urut urut kepala tak? :p

Wednesday, July 21, 2010

comments

-overdose
-ngantok..*

fikiran terganggu dengan cerita semalamlah..haish..

Tuesday, July 20, 2010

i need...

a sewing machine..
aku nak jadi macam jenny humphrey, aci tak?

:P

Monday, July 19, 2010

passions and desires

it's 2.40 am, monday.

i had a major headache yesterday and sleep most of the time. now i am okay and will be driving to bangi this morning straight to the office, 8 am. need to wake up at 7. odd.

the reason of me having this headache is because of me staying at home for more than 48 hours (ayat skema macam tulis thesis). azmi balik kampung, and it is very unusual for me sebab dah biasa keluar tiap tiap minggu hirup udara sejuk shopping complex. i miss midvalley. dulu masa azmi duduk bangsar, almost everyweek pergi situ. sekarang asyik pergi alamanda. muntah darah dan bosan. ada shopping complex yang menarik untuk dilawati tak? tolong recommend boleh? last week dah pergi OU. tropicana tak ada apa sangat, KLCC pun tak ada apa yang 'affordable' sebab aku miskin tapi nafsu besar. pavillion jangan cakap arh, aku selekeh, tak boleh pergi situ selalu. tempat lain?

tapi seriously, aku rindu jusco macam aku rindu azmi (eh, dah sama kan beloved dengan jusco -sorry dear).

by the way, nasib baik jugaklah tak keluar ke mana-mana minggu ni. duit dah tinggal zero. aku kena survive lagi satu minggu baru dapat gaji semula. aku tak kisah weekdays. tapi bila fikir weekends tanpa duit memang rasa macam nak bunuh diri. seksa. tengoklah dah tiga hari ni, tak keluar rumah terus rasa nak meroyan.

tapi nafsu ni membuak-buak ah! i really want a red leather boho bag. hari tu dah jumpa dekat HOL tapi mahal boleh tahan. aku juga nak kasut kahwin satin atau lace. dulu pernah jumpa lace shoes primavera tapi tak beli sebab kata mungkin tak perlu kot. hah, sekarang dah tak da stock dalam dunia mulalah termimpi mimpi. aku nak jugak tak kira, lepas dapat gaji pergi serang petaling street sebab mak kata kat situ ada custom made shoes. yang dah siap pun ada. satin shoes pun banyak. tu tunggu dapat gaji. sekarang aku sangat miskin tahu? arrgh susahnya jadi orang miskin macam aku ni..


drool. satin shoes. and its jimmy choo. Waaargh!


aku juga nak kemeja kaler putih yang boleh aku pakai ke mana saja aku suka. yang aku pakai bertahun-tahun sampai lusuh macam cardigan buruk aku kaler hitam itu. nanti aku boleh pakai dengan jeans aku yang dulu longgar kat peha sekarang dah boleh jadi skinny 'fat' jeans tu. oh before this pernah beli satu, lepas tu besar jadi pergi alter dan si tukang jahit tu buat terkecik kat bahagian punggung. dem, punggung aku besar tahu? yang kau terkecikkan bahagian tu kenapa? memang tak pakai dah sebab tak boleh nak tutp kat butang bawah sekali tuh. dem!



cun. source.


ape lagi yang aku nak?

setakat ni tu aje. susah betul jadi orang tua macam aku. sebab zaman bujang hampir tamat, nak pakai macam remaja pun dah tak berapa nak remaja. shit, aku dah 26 mana ada remaja dah, tapi azmi masih remaja..ergh! lepas ni jadi bini orang kena bersopan tak? lepas tu jadi mak orang aku kena selekeh ke? sekarang pun aku selekeh ni kan pulak aku lepas kawin dan beranak pinak nanti lagi serebeh aku..kenapa azmi suka kat aku tah..dah lah emo macam pms 30 hari sebulan..

dah bai..

Sunday, July 18, 2010

the wedding prep

aku sudah nekad aku harus buat ini supaya aku tidak lost? ye aku selalu lost woh dalam kepala hotak aku nih banyak benda berlegar legar tapi dah tak tersusun, mane satu mane tah..tu yang menimbulkan tekanan yang tak perlu pun sebenarnya..so here goes the list.

pre wedding:

  • finalize guest list
  • kad kahwen
  • edarkan kad kahwen
  • penanda arah
  • tq tag
  • wedding songs
  • bunga tangan

majlis 301010:

  • baju nikah
  • kasut nikah
  • pelamin
  • makeup
  • baju sanding
  • kasut sanding
  • bunga pahar
  • pengapit lelaki
  • pengapit perempuan
  • dewan
  • catering
  • hiasan meja beradap
  • set mangkuk meja vip
  • set meja +kerusi+hiasan dewan
  • bunga manggar
  • meja kek
  • kek
  • PA system
  • pengerusi majlis
  • photographer
  • kompang
  • door gift - semua tetamu (approx 1000)
  • door gift kiddies (200)
  • door gift VIP (200)
  • bunga telur for vips
wooo..sikitnye purple (noted that purple = done) ! but most of the BIG things like dewan, catering, dewan, pelamin, baju sanding, makeup, photographer everything that needs deposit payment, semua dah setel kot. oh ya! one more thing..! kad kahwin kami tak tempah pun lagiii..yeah..itu dalam masa terdekat ni.kalau susah sangat aku fotokopi je, boleh? korang buang jugak nanti kan..haha kedekut..

ok, just focus on these things, harus tak boleh nerves dah..

sneak peek of my E day months ago :)

tak delah grand pun..*smile*

Saturday, July 17, 2010

F.R.A.N.C.E

friendship remains and never can end

last er.. last 3 weeks i guess my friends and i had a dinner at the ship kampung baru. so let the pics do all the ramblings.


ina and i

faiz (azza's fiance), azza, yati

the food -western

the serial killer and ina. can't imagine her as a serial killer - psycho! haha. adah and ina.

the troop

had a blast, especially when seeing azza..miss ya!

saki-baki cameron

sedihlah macam ni, bunga bunga semua dah layu, dah kering, dah BUANG, tapi nasib baik ada sikit yang tinggal buat kenangan.

before

after

tapi after pun not that bad la, kalau banyak mesti lagi cantik. sempat selamatkan yang merah aje. yang warna lain seems can not survive, dia jadi hitam dan tak nak kering. so, after this, if nak beli bunga, i should buy the red one. cantik pun cantik.. and below is the pic of my pot garbera tu. dah jadi macam ni dah rupanya..


aarrggh! sedih tau layu semuanya. tak pandai jagalah aku, mungkin selalu kata sedih kat dia sebab keluar bunganya kaler putih..kan kita tak boleh cakap benda bukan bukan kat pokok nanti dia layu..? bahaha, percaya. yang ni aku ambil gambar 2 hari sebelum. by the time now, haruslah botak semuanya tinggal tanah ajerh. semalam aku pergi nursery kat area bangi ada jual garbera pot weh! jadi oklah terus nak beli nanti babailah bunga cameron highland ingat tempat ko je ada jua pot garbera. ok, berlagak..

but still mesti ada something precious macam ni untuk bawa balik sebab konfom tak layu;



takpelah nanti pergi lagi.. ikut simpang pulai terasa dekat sikit, jalan pun tak pening, tiba-tiba dah sampai. takdalah jalan berselirat macam ikut kat tapah tuh..

daa!

Friday, July 16, 2010

love facebook


i do not know that there will be a movie based on a true story of FACEBOOK until i found 'the social network' on nuffnang. i've already watched the trailer and i just love it! love it! love it! haa kan dah ulang tiga kali..

is it maybe because of justin timberlake (yup, beliau berlakon juga ye)? haha, nope. i just love 'based on true story' movie. so i might watch it this november. so, anybody who loves facebook so much, i think you guys should watch it! It was directed by David Fincher, the social network tells the story behind the two founders Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg) and Sean Parker (Justin Timberlake). it might be inspiring. i'm sure i'll watch this.


so marilah tonton. jangan asyik tau main facebook saje! just wait until november.. :)

thanks nuff!

Sunday, July 11, 2010

bunga pulak

aku baru tambah ticker kahwin kat atas nun. perasan tak perasan tak? saje kan nak bagi tambah nerves. sejak kebelakangan ni, hati makin nerves, badan juga makin gemuk. ok tu dah cakap pada setiap antry dan entry lepas juga..

anywhoooo...

kan aku dah story mory kata aku pergi cameron. seronok woh, tu pun aku dah cerita, tapi yang belum aku cerita is that, bila dah sampai cameron (cameron bukan cameroon), harus haruslah pergi membeli belah BUNGA! Oh my gucci seriuosly kan best kalau aku kahwen kat sini aje, dari pelamin sampai bunga tangan sampai centrepiece, atas kerusi, atas meja, atas kasut, atas baju kahwin baju nikah, kat pak imam semua aku nak bagi and letak bunga. walau pun aku sangat tidak fancy bunga ros, but still bila tengok mesti rasa nak cair jugak.. cantiknyeeee wanginyeeee....

3 seploh 3 seploh 3 seploh!


jadi sebab mengikut nafsu, beli jugaklah buat semak mata. alahai rm10 je mau ada berapa jambak kat situ? beli pulak gerbera kuning, tahapahapatah orang tu kate tahan sampai 5 tahun sebab awet. aku still rasa macam kena tipu, but still beli juga sebab 6 jambak macam tu, rm10..gila aku ni..


6 seploh 6 seploh 6 seploh! kasi habis satu baldi!


sebab berangan-angan nak ada bunga hidup kat tangan masa kahwin nanti, jadi apa salahnya beli untuk acu cuba try trest buat sendiri bunga tangan. jadi kumpul-kumpul-kumpul, buang semua daun yang ada, lepas tu ikat dengan reben purple and taraaa! e'eleh, senang je buat bunga tangan ni. tak delah susah pun sebab bunga tu memang dah cantik, hang pusing lah macam mana pun tetap cantik jugak. ceh ceh, berlagak betul aku. tapi betul lah seriously, carilah bunga kembang kembang sebanyak mana yang mungkin, buang semua daun, ikatlah ikut sesedap rasa, lepas tu baru potong batangnya satu satu. kalau taknak kasi nampak batang, balutlah dengan reben besar sikit, kalau nak tambah hiasan tambahan, letak lah jarum peniti ke manik ke labuci ka hapa ka ikut suka hangpa. tak payah kot nak susah pergi florist cas sampai puluh puluh hengget untuk buat satu jambak bunga tangan tu. mungkin pergi florist beli bunga mentah je, murah sikit kot..

pandangan atas sipi sipi..

pandangan sisi sipi sipi.

bunga yang aku beli ni pun merah nye aje yang kembang semua, yang kuncup aku letak keliling. kalau nak cantik kenalah bunga semuanya kembang. macam aku yang gelojoh tak sabar sabar nak tunggu bunga kembang dah potong batang buang daun ni, toksah nak kira yee...:)

tips mengagumkan untuk bunga segar tahan lama adalah letak sikit gula dalam air rendaman bunga. kalau boleh, beli yang kembang tak sempurna lagi. 2 hari lepas rendam dalam air gula, kembanglah dia dengan cantiknya..tahanlah sikit kalau beli siap siap kembang lepas tu lebam tak bestlah kan...:) budak lab aku semua pakat dok letak panadol and antibiotik. aku rasa dedua tu berkesan juge sebab aku pun letak juga panadol kat bunga aku. tahan jugak nak dekat seminggu.

aku jugak ada cita cita nak buat gerbera as my hand bouquet, Oh gerbera telah menjadi feveret bunga aku yang rasmi ye. aku rasa macam nak pengsan kegembiraan melihat gerbera tumbuh liar (ceh liarlah) kat atas sana, especially gerbera merah menyala, pink, pink putih, kuning, cantiknyee...

tengokla tu lautan gerbera..ecewah!

ingat gerbera sebaldi rm10 tu? terus aku potong buat bunga tangan.

satu pot gerbera untuk hiasan di meja office.

jadi, aku ada dua pilihan dalam minda. sama ada nak gerbera as bunga rasmi, or roses yang semua orang guna tu, heh. oh gerbera dalam pot tu it turns out to be white gerbera. tapapetah aku ni konon pilih yang kecik kecik sebab nak surprise tengok kaler ape bila besar. alahai....but still aku sayang pokok gerbera ku even tho you all warna putih tau..:) (aku rasa pokok aku bunga albino)

oklah, contoh hand bouquet gerbera idaman. :)

dah bai!

Wednesday, July 7, 2010

tengok? dah July...






July memanglah waktu yang ditunggu-tunggu. selain dari 2 July tu tarikh hantar thesis (yang mana tak memberi makna sangat sebab dah hantar awal, eh), 3 July merancang ke Cameron Highland dan 4 July adalah bufdae yours truly, hmm setakat ni takda apa yang menarik sangatlah. bufdae pun tak celebrate, but thanks to all for your wishes. tapi yang tak best nye ada orang TU merajuklah sebab tak dapat sambut bufdae bersama sebab balik lambat dari tanah tinggi tu. sampai sekarang amuk lagi..haish..

nak upload gambar pun malas, nak tulis pun malas. konon nak tulis tips kurus dari orang gemok macam aku tapi tu pun malas. ye, aku sekarang dah gemok. lama sangat tak timbang berat entah entah dah naik sampai 60 kilos kot? seriously, badan semakin dipam pam nih. officemate pregant, aku pulak sebok menmbahkan berat badan. seluar dah makin ketara ketat, semua ketatlah! orang makin nak kawin makin kurus, ni makin gemok pulak. dah dah MALAS jugak nak cerita pasal berat badan sendiri ni. malas malas malas!

sekarang juga sangat addict dengan nescaffe. kenapa tah, padahal malam-malam boleh je tidur awal, bangun awal dengan segarnya. but still mengantok lemah gemalai asyik menguap sampai keluar air mata. tak paham lah aku. aku kena minum yomeshu ke? oh ye, masa pergi cameron sempat beli madu ginseng. kan konon-konon boleh menambahkan tenaga. tapi terpaksa pesongkan niat nak bagi kat abah sebab abah tak de ole ole..ole!

cakap pasal nescaffe lagi, semalam pun aku bedal 2 cawan. sampai makan kat papa rich pun nak minum nescaffe jugak sebab konon ngantok sangat sampai keluar air mata tu. jadi jumlah ada 2 cawan. aku tak tau lah apa yang orang papa rich tu letak dalam white coffee dia, seriously mata aku terkebil kebil sampai sekarang. ye, aku sudah satu malam tak tidur. sebab tak boleh tidur jadi layan ceritalah macam biasa. this time. pisau cukur, did you hear about the morgans and the holiday. tengok the holiday sangat best gile siap mengalir air mata. terus jatuh cinta kat jude law..ooooh jude law kenapa hensem sangat niii? walau pun awak nangis kat part yang last tuh, but still nampak chomel sangatlah! ok lah, kena jatuh cinta kat jude law sekejap je tak boleh lebih lebih.Align Center

maraton sampai pagi!


dah sekarang dah ngantok. nak tidur still tak boleh sebab aku hirup satu cup lagi nescaffe. jap lagi balik mesti pengsan punyelah!

daa..