Saturday, June 26, 2010

tanggungjawab


Semalam aku buat lab ye. Aku buat plasmid extraction, identify concentration dan run gel. Everything went smoothly, dan aku sangat suka itu. Aku sudah pandai buat semua perkara dan kerja. Aku rasa aku seperti champion! Ye, ye…aku admit, aku suka kerja aku..

Dan aku dapat rasa juga aku banyak sangat bercakap. Aku rasa aku perlu berhenti mengomel, bising, cakap benda mengarut dan sebagainya. Aku sangat tidak boleh dilayan, jika tidak aku akan mengarut sehingga tahap perkara tak perlu pun aku mahu mengarut juga. Aku perlu berhenti bercakap kan? I mean, slow down a bit. So that aku takkan menjadi seorang manusia annoying satu masa kelak.

Sebab aku suka cakap, maka keresahan aku sebagai B2B juga aku bisingkan. Macam orang lain tak pernah kahwin kan, jadi benda tu juga aku harus ambil kira supaya..ya, supaya orang tak annoyed dengan bunyi squeak aku yang high pitch (shit). But I’m sure there will no next time. Aku akan alert tentang itu.

Bercakap mengenai perkahwinan yang bakal menjelma, azmi tiba-tiba kata yang dia sudah mula rasa takut. Aku tanya, takut apa?

TANGGUNGJAWAB

Azmi: saya takutlah
Azurah: takut apa?
Azmi: takut tanggungjawab.
Azurah: tulah, siapa suruh gatal nak kahwin sangat. Tapi kalau awak tak kahwin dengan saya sekarang, saya konfom cari orang lain.
Azmi: ada ke orang nak kat awak?
Azurah: ada..
Azmi: tunjuk kat saya tengok?
Azurah: ala, nanti saya cari laa...

Aku sikit pun tak rasa resah atau gelisah. Ikutkan hati aku pun aku macam takut untuk bertanggungjawab. Tapi takkan nak hanging macam ni sampai ke akhir hayat kan?

Azmi: nanti kalau ada anak, dua-dua dah kerja siapa nak jaga anak?
Azurah: hantarlah rumah pengasuh
Azmi: siapa nak hantar?
Azurah: saya lah hantar sebab saya pergi kerja lambat
Azmi: siapa nak ambik?
Azurah: awaklah ambik sebab awak balik awal
Azmi: kalau saya ada kerja macam mana?
Azurah: takpelah saya ambiklah. Bukan susah pun..
Azmi: kalau saya outstation?

aku tak dapat bayang kalau aku ada anak sendiri. Dalam hati kecik aku ini juga berharap lambat sikit aku dapat anak supaya aku boleh menikmati kehidupan halal dengan suami selama mungkin. Sebab aku risau juga dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan aku dan dia dan orang baru itu pulak dari darah daging aku sendiri, isk, aku tak boleh imagine lah! Aku bukan lembut, aku kurang sabar, aku cepat marah. Even kawan sendiri kata tak dapat imgine aku bersopan santun atas pelamin jadi pengantin. Ini kan pulak nak imagine aku ada baby sendiri. Aku dah mula rasa takut pulak.

Aku juga takut kalau aku tak dapat jadi isteri baik. Aku sangat confirm yang aku tak boleh jadi isteri yang baik. Aku rasa azmi juga risau dengan keadaan aku yang tak tentu hala macam ni, aku boleh survive ke jadi bini orang. Bini weh. Kau kena jaga makan pakai suami, jaga perasaan mentua, kakak ipar adik ipar semua. Depan mereka, aku tak boleh jadi diri sendiri sebab aku sendiri adalah sangat KASAR. Aku memang kasar.

Aku tak boleh imagine juga untuk aku bangun pagi semata-mata mahu sediakan sarapan untuk suami. Untuk aku sendiri pun tak tersedia. Aku juga tak boleh nak imagine aku balik kerja dah kena masak untuk suami. Aku tak pandai masak.

Aku tak boleh imagine aku beraya di rumah mentua. Aku boleh behave tak?

Aku tak faham jugak kenapa orang kata kehidupan kahwin ini best..

Best ke?

Bila dia rasa takut, sebenarnya aku lagi takut. Aku tak ada sebab nak marah bila dia takut nak lepaskan kebebasan dia sebab nak memberi komitmen kepada kehidupan berkeluarga – sebab aku juga rasa benda yang sama. Aku harap perasaan aku ni sementara saja. Aku harap perasaan takut kami berdua hilang lepas ijab dan kabul nanti.

Itupun kalau hilang..kalau tak hilang macam mana?


7 comments:

  1. believe me....sumer to normal..once ko dah diijabkabulkan n start life together perasaan tu totally gone...ko akan rs bestttt jer kawen...

    then, after a few months, rs takut2 tuh akan dtg balik.especially bile da pkrkan hala tuju kehidupan korang..tp insyaAllah semua tu akan korang dpt atasi.sbb tulah kawen ni best. susah senang bersama beb...nangis sama2, gelak sama2 pening sama2....best wooo

    aiyak, panjang lak komen aku...hehhehe..rileklahh.jgn pkr sgt..insyaAllah evrything will went smoothly..chill! :)

    ReplyDelete
  2. nak komen..nak komen gak..hehehe...

    ishk...best tau kalu kawen....
    sumer berdua.. makan berdua, tgk tv berdua, jalan berdua.. tidur berdua..hehehe

    ala... kak sumi dulu pun mcm tu.. takut nak beranak tau... tp tgk la sekarang.. 3 oragn sekali kuar tau..
    normal dan bedah... alhamdulilah.. ada suami yg tahu menjaga isteri yg cerewet ini..

    dn skrg ..yg kak sumi takut adalah KEHILANGAN dia...kalu boleh biar la kak sumi yg pergi dulu sebelum dia.. sbb kak sumi pasti x dpt hidup tanpa SUAMI yg tersayang ini..

    opss..panjang lak komen..maaf yek..

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. hai mulan and kak sumi..
    thanks for the 'long' comments..actually tak dala long mane pun - sangat berguna okeh! yelah yelah tak takut dah..eh.. yelah tak rasa lagi dah nak takut ek?? gatal betul..:P

    ReplyDelete
  4. insyaAllah ko boleh zura.......yakin boleh!!!!

    ReplyDelete
  5. zura..arini eclipse kuar..jom!!
    hehehe...
    nape tibe2 cold feet pasal kawin ni?
    hehe
    relax babe..
    just go with the flow

    ReplyDelete
  6. bab masak tu betullllll!! susahnye nak commit wuuuuuuu :|||||

    ReplyDelete
  7. fasya and mekna: thanks ya'll!harus dengar cakap ibu...:)

    yeah eclipse dah kuar, baru tengok semalam..best best..

    friday girl: orang tak pandai masak macam i memang confirm takleh commit bab masak ni..haish..:p

    ReplyDelete