Monday, June 21, 2010

live from jay bee

pergi tengok post shout dekat facebook.
'tidak tahu apakah yang harus dilakukan..peace..'
bunyi macam serius gile..
bunyi macam aku punya niat untuk hantar thesis hampir tak berjaya.
bunyi macam aku dah putus asa..

hehe, taklah.. sebenarnya niat aku ala-ala hampir tercapai juga. aku rasa best sebab 'warm welcome' yang diberikan. semua orang excited sebab aku bawa kad. pada masa yang sama, aku boleh jumpa semua orang dengan alasan bagi kad kahwen..

nope, bukan kad kahwen aku la..kad kahwen kak dihah.

jadi sementalaah bagi haruslah berchit chat juga. banyak hikmah rupanya kak dihah 'dera' aku bagi kad kat setiap orang yang wujud di muka bumi ini. boleh aku jumpa dan sembang dengan semua orang..pluss, aku rindu semua orang. orang baru kat sini aku senyum saja. aku datang menonong sambil selamba pakai mesin photostate office. aku memang sangat berlagak otai. tapi aku sedih juga sebab banyak orang cuti. even supervisor aku juga tak ada. la, dr kata dr ada hari ni?! tak bukan dr kata, assistant dia kata. rupanya dia tak ada kat office, tapi kat rumah. nampaknya aku kena pergi jumpa dr kat rumah.

datang sini juga mereka tanya pasal kerja aku. obviously aku tidak bermuka stress dan badan semakin mengembang. jadi tak perlu risau, aku bahagia. ada juga yang memberi cadangan minta kerja dekat u.tm kl, and u.tm sendiri ada bukak post baru untuk RO. aku cakap aku akan consider. tapi untuk buat mungkin 90% tak buat.

aku juga berkelana, dengan alasan nak bagi kad kak dihah. walhal aku sebenarnya tidak ada tempat untuk menumpang teduh. semua teman rapat cuti dan busy, jadi aku tak mau gangu mereka. jadi aku merayau ke sana ke mari. sekarang, aku kena tunggu prof aku untuk check thesis aku buat kali terakhir. beliau suruh aku ambil pukul 6 nanti. jadi aku tunggu. nasib baik ada lab yang setia. bilik aku dekat bawah tu dah kena rampas dengan budak praktikal. soleh yang duduk situ dulu dan masih ada di sini pun sudah terhakis kedudukannya. di mana hak kami??!

jadi sekarang aku ulang naik lab ini sudah kali ke 3. aku tengok lab juga sudah semakin busuk dan kusam. maklumlah tak ada gadis macam aku yang rajin dan ayu ini untuk kemas lab..tipu ah, lab sangat bersih cuma rasa kekok sikit sebab banyak equipments dah berubah tempatnya.

masa jumpa prof tadi sebab ada anak murid kesayangan (bukan aku) jadi perbualan antara aku prof dan anak murid kesayangan sangat rancak. di lubuk hati prof rupanya terselit 'sense of humor' yang aku ingat tak ada langsung. aku tak pandai nak 'pull a trigger' kot. jadi perbualan aku dengan dia sahaja selalu ambil masa 10 minit. bukan sejam macam hari ni. bab kahwin juga masuk. ini semua gara-gara kad kahwen kak dihah. jadi terus aku cakap kat semua, eh eh saya pun nak kawen jugak bulan 10 nih. saje je tau nak promote jugak..eh ke saje je gatal..

to encik azmi, besok saya balik kl. jangan risau tak lama punya duduk sini sebab ambil cuti 2 hari je. cakap pasal cuti, budak lab kat bangi telefon..ooooh! terharunya!! nampak sangat mereka rindu. mereka kata lab tak cukup korum..bahaha, terasa diperlukan..T_T lain kali buat lagi lagi ye, kasi i happy. hehe..

jadi bai lah..saya nak undur diri. laporan ini live dari jb..:)

No comments:

Post a Comment