Wednesday, June 30, 2010

dah lah tak nak dah..

hari ni aku berjaya untuk tidak buka belog kahwen ye..

yey to me..

actually macam aku kata dekat 18 kali dah kan, bile tengok belog orang lain cerita pasal kahwen dan persiapan kahwen mereka, mulalah aku rasa down lah, rasa tak siap lagilah, rasa tak cantiklah, gerun takut majlis tak jadilah, apelah...

memanglah boleh buat tauladan dan sempadan..

dan boleh juge timbul rasa ish jelesnyeeeeee....

dah lah, kalau nak tengok pun sekali sekala je boleh?

Saturday, June 26, 2010

tanggungjawab


Semalam aku buat lab ye. Aku buat plasmid extraction, identify concentration dan run gel. Everything went smoothly, dan aku sangat suka itu. Aku sudah pandai buat semua perkara dan kerja. Aku rasa aku seperti champion! Ye, ye…aku admit, aku suka kerja aku..

Dan aku dapat rasa juga aku banyak sangat bercakap. Aku rasa aku perlu berhenti mengomel, bising, cakap benda mengarut dan sebagainya. Aku sangat tidak boleh dilayan, jika tidak aku akan mengarut sehingga tahap perkara tak perlu pun aku mahu mengarut juga. Aku perlu berhenti bercakap kan? I mean, slow down a bit. So that aku takkan menjadi seorang manusia annoying satu masa kelak.

Sebab aku suka cakap, maka keresahan aku sebagai B2B juga aku bisingkan. Macam orang lain tak pernah kahwin kan, jadi benda tu juga aku harus ambil kira supaya..ya, supaya orang tak annoyed dengan bunyi squeak aku yang high pitch (shit). But I’m sure there will no next time. Aku akan alert tentang itu.

Bercakap mengenai perkahwinan yang bakal menjelma, azmi tiba-tiba kata yang dia sudah mula rasa takut. Aku tanya, takut apa?

TANGGUNGJAWAB

Azmi: saya takutlah
Azurah: takut apa?
Azmi: takut tanggungjawab.
Azurah: tulah, siapa suruh gatal nak kahwin sangat. Tapi kalau awak tak kahwin dengan saya sekarang, saya konfom cari orang lain.
Azmi: ada ke orang nak kat awak?
Azurah: ada..
Azmi: tunjuk kat saya tengok?
Azurah: ala, nanti saya cari laa...

Aku sikit pun tak rasa resah atau gelisah. Ikutkan hati aku pun aku macam takut untuk bertanggungjawab. Tapi takkan nak hanging macam ni sampai ke akhir hayat kan?

Azmi: nanti kalau ada anak, dua-dua dah kerja siapa nak jaga anak?
Azurah: hantarlah rumah pengasuh
Azmi: siapa nak hantar?
Azurah: saya lah hantar sebab saya pergi kerja lambat
Azmi: siapa nak ambik?
Azurah: awaklah ambik sebab awak balik awal
Azmi: kalau saya ada kerja macam mana?
Azurah: takpelah saya ambiklah. Bukan susah pun..
Azmi: kalau saya outstation?

aku tak dapat bayang kalau aku ada anak sendiri. Dalam hati kecik aku ini juga berharap lambat sikit aku dapat anak supaya aku boleh menikmati kehidupan halal dengan suami selama mungkin. Sebab aku risau juga dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan aku dan dia dan orang baru itu pulak dari darah daging aku sendiri, isk, aku tak boleh imagine lah! Aku bukan lembut, aku kurang sabar, aku cepat marah. Even kawan sendiri kata tak dapat imgine aku bersopan santun atas pelamin jadi pengantin. Ini kan pulak nak imagine aku ada baby sendiri. Aku dah mula rasa takut pulak.

Aku juga takut kalau aku tak dapat jadi isteri baik. Aku sangat confirm yang aku tak boleh jadi isteri yang baik. Aku rasa azmi juga risau dengan keadaan aku yang tak tentu hala macam ni, aku boleh survive ke jadi bini orang. Bini weh. Kau kena jaga makan pakai suami, jaga perasaan mentua, kakak ipar adik ipar semua. Depan mereka, aku tak boleh jadi diri sendiri sebab aku sendiri adalah sangat KASAR. Aku memang kasar.

Aku tak boleh imagine juga untuk aku bangun pagi semata-mata mahu sediakan sarapan untuk suami. Untuk aku sendiri pun tak tersedia. Aku juga tak boleh nak imagine aku balik kerja dah kena masak untuk suami. Aku tak pandai masak.

Aku tak boleh imagine aku beraya di rumah mentua. Aku boleh behave tak?

Aku tak faham jugak kenapa orang kata kehidupan kahwin ini best..

Best ke?

Bila dia rasa takut, sebenarnya aku lagi takut. Aku tak ada sebab nak marah bila dia takut nak lepaskan kebebasan dia sebab nak memberi komitmen kepada kehidupan berkeluarga – sebab aku juga rasa benda yang sama. Aku harap perasaan aku ni sementara saja. Aku harap perasaan takut kami berdua hilang lepas ijab dan kabul nanti.

Itupun kalau hilang..kalau tak hilang macam mana?


Tuesday, June 22, 2010

perasaan yang tidak dapat digambarkan lagi

aku sudah mencapai satu fasa.
aku rasa aku macam dah matang dan dewasa.
aku juga rasa seperti aku nak buat dedication khas untuk semua orang..

terima kasih mak abah laa..
terima kasih ina oli azma dan kamini..
terima kasih kak ana, kak dihah, kak sam, kak atul, kak rozi, mekna, hassan, ikram dan kak mir..oh kak siti jugak....

terima kasih prof..
terima kasih dr..

terima kasih mr lee....
terima kasih eddie..
terima kasih kak linda...

eh banyak nye..ada banyak yang aku tertinggal aku tau..

but terima kasih semua...!

aku tak grad lagi..

tapi aku baru je lepas hantar thesis...

satu kejayaan jugak tu...

syukur..

Monday, June 21, 2010

live from jay bee

pergi tengok post shout dekat facebook.
'tidak tahu apakah yang harus dilakukan..peace..'
bunyi macam serius gile..
bunyi macam aku punya niat untuk hantar thesis hampir tak berjaya.
bunyi macam aku dah putus asa..

hehe, taklah.. sebenarnya niat aku ala-ala hampir tercapai juga. aku rasa best sebab 'warm welcome' yang diberikan. semua orang excited sebab aku bawa kad. pada masa yang sama, aku boleh jumpa semua orang dengan alasan bagi kad kahwen..

nope, bukan kad kahwen aku la..kad kahwen kak dihah.

jadi sementalaah bagi haruslah berchit chat juga. banyak hikmah rupanya kak dihah 'dera' aku bagi kad kat setiap orang yang wujud di muka bumi ini. boleh aku jumpa dan sembang dengan semua orang..pluss, aku rindu semua orang. orang baru kat sini aku senyum saja. aku datang menonong sambil selamba pakai mesin photostate office. aku memang sangat berlagak otai. tapi aku sedih juga sebab banyak orang cuti. even supervisor aku juga tak ada. la, dr kata dr ada hari ni?! tak bukan dr kata, assistant dia kata. rupanya dia tak ada kat office, tapi kat rumah. nampaknya aku kena pergi jumpa dr kat rumah.

datang sini juga mereka tanya pasal kerja aku. obviously aku tidak bermuka stress dan badan semakin mengembang. jadi tak perlu risau, aku bahagia. ada juga yang memberi cadangan minta kerja dekat u.tm kl, and u.tm sendiri ada bukak post baru untuk RO. aku cakap aku akan consider. tapi untuk buat mungkin 90% tak buat.

aku juga berkelana, dengan alasan nak bagi kad kak dihah. walhal aku sebenarnya tidak ada tempat untuk menumpang teduh. semua teman rapat cuti dan busy, jadi aku tak mau gangu mereka. jadi aku merayau ke sana ke mari. sekarang, aku kena tunggu prof aku untuk check thesis aku buat kali terakhir. beliau suruh aku ambil pukul 6 nanti. jadi aku tunggu. nasib baik ada lab yang setia. bilik aku dekat bawah tu dah kena rampas dengan budak praktikal. soleh yang duduk situ dulu dan masih ada di sini pun sudah terhakis kedudukannya. di mana hak kami??!

jadi sekarang aku ulang naik lab ini sudah kali ke 3. aku tengok lab juga sudah semakin busuk dan kusam. maklumlah tak ada gadis macam aku yang rajin dan ayu ini untuk kemas lab..tipu ah, lab sangat bersih cuma rasa kekok sikit sebab banyak equipments dah berubah tempatnya.

masa jumpa prof tadi sebab ada anak murid kesayangan (bukan aku) jadi perbualan antara aku prof dan anak murid kesayangan sangat rancak. di lubuk hati prof rupanya terselit 'sense of humor' yang aku ingat tak ada langsung. aku tak pandai nak 'pull a trigger' kot. jadi perbualan aku dengan dia sahaja selalu ambil masa 10 minit. bukan sejam macam hari ni. bab kahwin juga masuk. ini semua gara-gara kad kahwen kak dihah. jadi terus aku cakap kat semua, eh eh saya pun nak kawen jugak bulan 10 nih. saje je tau nak promote jugak..eh ke saje je gatal..

to encik azmi, besok saya balik kl. jangan risau tak lama punya duduk sini sebab ambil cuti 2 hari je. cakap pasal cuti, budak lab kat bangi telefon..ooooh! terharunya!! nampak sangat mereka rindu. mereka kata lab tak cukup korum..bahaha, terasa diperlukan..T_T lain kali buat lagi lagi ye, kasi i happy. hehe..

jadi bai lah..saya nak undur diri. laporan ini live dari jb..:)

Sunday, June 20, 2010

mighty MORPH?

sedang sedang blogwalk, aku terjumpa website ini. sebelum ni aku pernahlah juga nampak orang buat morphing-morphing ni, tapi sebab aku ala-ala buta it sikit, maka tangguh dulu nak mer'MORPH'kan diri sendiri dan azmi untuk tengok bagaimana rupa bakal anak kami..acececeeh, apa salahnya berangan kan?
jadi inilah hasilnya...!




alalalaaaaaa..sejak bila pulak side aku or side azmi ada mata kelabu ni? tak pahamlah aku. macam tak ada resemblance pun? apa ni? saja nak sek sedapkan hati aku kah? haha..but comel memang comel lah. hopefully anak aku nanti mata kelabu macam nilah. eh? haha, tak lah nak mata anak aku macam azmi. takdelah kelabu. biar hitam semulajadi macam mama ngan abah dia lah..haha..berangan berangan..

oh ye, hujung bulan ni lagi 4 bulan majlis kami. aku nebes gila macam aku nebes isi borang cuti. aku juga nebes bila baca blog orang lain (macam aku pernah cerita sebelum ini). bila aku jumpa orang di sekitar dan tanya macam mana persiapan, aku gelak besar je. serius aku gelak je. aku pun tak tau nak siap macam mana weh! aku buat bunga telur juga, tak banyak tapi sikit je. bila aku dengan bangganya kata kat housemate 'akak dah siapkan 45 BATANG'. dia dengan selamba kata hah, 45 batang JE? uurgh, aku terus down. lepas tu aku dengan selamba jugak kata rilek le kawen lambat lagi...haha..haha lah kau haha..tapi masih jugak terjah blog kahwen. aku pun tak tau apa aku cari sebenarnya.

dahlah nak layan gambar anak :P

Saturday, June 19, 2010

movie marathon!

besok nak pergi johorla..
nak hantar thesis konon..hopefully terhantar lah!
aku malas nak fikir dah..nak grad bila, nak viva bila aku malas nak peduli.
asalkan aku tak payah nak bayar yuran tanpa sebab..hmm..

these few weeks, aku dan colleague best kak su beria bermovie marathon ni. first obses terhadap cerita cerita bersiri seperti gossip girl, glee, kak su tak payah cakap ah koleksi banyak gila, tanya jelah dia APA YANG TAKDA. ok, gossip girl dia tak de ah, aku ada. heh..

pc office dah berat dowh!

jadi sekarang apa yang terlintas je terus nak cari. obsession bermula dengan TWILIGHT SAGA - NEW MOON. jadi sebab drooling tengok robert pattinson, maka nak tengok juga REMEMBER ME -remember me yang robert pattinson berlakon tu. tapi serius boleh lah tengok rob beraksi manusia normal dalam ini cerita, plus aksi hangat juga ada. selalunya dalam twilight saga i kiss you you kiss me haruslah sekerat jalan je. eh perlu cerita lebih lanjut ke? nope. its not a porn movie seriously jangan berfikiran jauh sangat ye (for those who never seen it yet).


alalaaaaa. sweet nye senyum...


and after remember me, THE RUNAWAYS? sebab ada kirsten steward and dakota fanning. i really want to watch that movie tapi tak berkesempatan.

wohooo! love those glasses!

seriously, love love love this movie. asal base on true story je mesti aku suka aku pun tak faham (changeling yang slow tu pun aku suka). but the main reason of loving this movie is dakota fanning herself. she's so good in acting you'll be surprise to see her acting wild sebab sebelum ni tengok dia berlakon jadi sweet little child atau budak penakut, budak psycho what so over kan? no i am really not a fan of 70's (or 80's) but i like their songs and dressing. cool bebeh. oh ya, if you want to see both of these girls kissing, this is it. siap nominate dalam best kiss award?

yeah! this weekend, selain men'struggle'kan diri menulis saki baki thesis, ada juga tugas lain seperti terperap di dalam bilik dan sambung menonton cerita best yang lain..



anyway, i paint my nail with henna. turns out orange. weird..

Tuesday, June 15, 2010

bag hunting

these few days terasa seperti sangat selekeh. why? because of the superhot weathers menyebabkan aku keluar berjalan jalan tanpa serkup kepala dan rambut serebeh terkeluar dari tudung. lepas tu pakai 'tudung malas' belang-belang bajet hot. padahal serius aku selekeh gila pakai tudung awning itu. but never mind, di saat-saat genting seperti menerima panggilan yang lab banjir dan harus datang lab segera, tudung begitu memang agak berbaloi-baloi.

anyway, please forget about the tudung. yesterday azmi and i were going to alamanda as usual, aku pun dah naik muntah asyik pergi tempat yang sama. alamanda is like jusco masa kat jb dulu. seminggu boleh pergi 3 kali. then, dengan tidak semena-mena, azmi tension lalu ingin belikan aku handbag sebab beliau nak spend duit beliau. tension lah katakan, jadi spend duit boleh menghilangkan tension especially spending money for ME, ha kan beruntung nya aku nih.

so situ ada sembonia lah, guess lah, vincci lah, nose lah. semua bag tak berkenan. there is one red hand bag memang cair i tengok, but harga juga cair. sebab fikir azmi nak support separuh je, terus tak jadi sebab harga adalah rm400++ tak berbaloi bebeh. plus azmi kata macam bag yang aku tunjuk dekat MNG hari tu. hermmmm...

so dahlah, beli bag kat MNG je lah (konon). aku tak kaye, jadi perlu mengumpul duit untuk membeli handbag yang berkeyakinan tinggi. aku tak suka bag aku sekarang. sangat tua. aku juga rindu bag lama yang dah koyak dekat tangkainya itu. konon nak pakai juga nampak seperti vintage tapi hmm dahlah, bukan nampak vintage tapi huduh.

anyway, taklah bag bukan untuk hantaran ni..tapi aku suka sangat lah bag macam niii..


carolines mode

ada sesiapa nak bagi taaaaak?

Saturday, June 12, 2010

sneak peek of another wedding reception

eh, sekarang kan musim kahwin, jadi sesuailah nak post perihal kahwin. aku pulak sudah mahu kahwin maka harus dan wajib untuk melihat sendiri idea-idea bernas di kenduri kahwin rakan-rakan. jadi, ini gambar adalah dari phone sendiri last week punye wedding rose yang bertemakan warna purple;

pelamin yang terhias indah

bunga pahar tinggi yang cantik sangat

another bunga pahar yang cantik sangat.
centrepiece. tengok tu semua purple lah! jelessssnyeeee...
well, yours truly ni bukan engineer atau bergaji Q48 heh, jadi memang majlis aku hanya berbajet ciput saje. ciput ciput pun cukup cukup jugak ni. jadi nak buat majlis macam Puan Rose ni macam tak mampulah kan..hii..bak kata kak su, buat sekadar termampu..tapi kalau tengok majlis orang lain cantik macam heaven mesti hati ada meronta-ronta nak majlis cantik dan gah juga kan. oh marilah berpijak di bumi yang nyata.
kemudian, minggu ini yours truly berpakat dengan farah untuk pergi kenduri rumah yuyu pulak. sebab selalu panggil yuyu, aku tak ingat nama sebenarnya apakah. wait, nama sebenar beliau adalah, hmm ooh nurul ain ye..heh. she's one of my friends back in secondary school kat kelantan dulu..
penceria majlis. amirul zhafran - anak mama farah. comel saaaangaaaat!
the canopies..
the doorgifts.
a very nice centrepiece
what i really like about her wedding is the colour. theme colour adalah putih dan nampak sangat SUCHI! no pelamin, but i can see the house was decorated beautifully dengan lantern dan bunga (kami tak masuk rumah pun). dekat meja lain, ada fresh flowers centrepiece. jadi farah kata kenapa kita tak pilih meja yang ada fresh flowers tu? haha, sebab first, kami mementingkan kipas yang menderu, then second, kami tak sedar pun yang meja lain ada fresh flowers. never mind, farah managed to pluck one of the white roses. the weather pun baik. baru lepas hujan renyai-renyai jadi redup je. aman damai, dengan love songs yang mendodoi jiwa. it was very calming sebab kami pun datang dah pukul 3 macam tu. aku and farah boleh chit chat lama sikit sebab dah tak ramai orang. pengantin berdiri depan arch bunga dekat pintu masuk khemah so everybody manage to see and talk to pengantin. and doorgift pun nampak suci jugak. and inside my doorgift ada kotak bunga cantik macam dekat teddy tales tu.
so itu sahaja lah. actually depends lah pada b2b tu sebenarnya nak hari perkahwinan mereka bagaimanakah rupanya. ia bergantung juga pada bajet. kalau bajet adalah sikit, cukuplah untuk kita buat sekadar yang termampu. kalau bajet kita besar, boleh lah buat macam kawan-kawan i ni. yang penting, majlis berjalan lancar dan semua orang happy kan...!
adios amigos.. happy watching world cup!

Friday, June 11, 2010

rindu?

Ya Allah serius rindu.

banyak benda nak cerita. setiap kali nak tidur mesti rindu lepas tu buat karangan sendiri dalam otak. dengan niat nak stay up lepas balik kerja dan update. oh rindu...rinduu...

tapi sebab dibayangi cerita hantu kat office terus takut. apa ingat aku tak takut? dah lah meja menghadap lab..banyak cerita hantu lab korang tau tak? kepala dalam fridge, komputer on sendiri, instrument tiba tiba off..jangan ceritalah! huhuu.

jadi mari start dengan kedatangan nora last two weeks (what? last two weeks?). nora is my friend back in uni, i can consider her as a shopaholic sebab asal jumpa aku sahaja dia nak ajak pergi shopping. she is pahangian (i dont know if this word EXIST!) so datang kl jumpa i terus nak ajak pergi shopping sebab i juga kaki shopping..alalalaaaaaa....

jadi sebab dah LAMA sangat tidak shopping untuk diri sendiri, maka pergi jugalah beli belah, ajak nora pergi Sunway, lepas tu banyak pulak sale. time time tu body shop ada sale, jadi beli satu perfume moroccan rose yang diidami sekian lama yang ada 30% off. beli juga t-shirt besar sebab konon insaf nak pakai baju besar besar sekarang. beli cute sandals dekat forever 21 pakai dengan selesanya SEKARANG. cardigan lagi..bag shopping lagi..aaaargh!

OMG cutenye!


bag fossil idaman?

lepas nora pulang, besoknya aku pergi kluang jadi itu dah cerita kan? lepas itu, pergi kenduri kawen rose. berpakat dengan joe and tiba tiba jumpa las dan ye, kami reunion 3 orang untuk datang ke rumah pengantin di shah alam..sebab colour tema ala-ala sama, harus ambil berkat dan idea..:P


alalalaaa, cantiknyee..


team yang hadir. lihatlah air purple itu, khemah purple dna bunga telur yang santek gile!


bergambar bersama perantin..

sebab rumah pengantin dekat shah alam, haruslah gigih pergi i-city sebab nampak signage i-city. joe pun beria nak pergi haha, memang jakun la sebab pergi waktu siang tapi pergi waktu siang okay apeeeeeeee...

waaaaah...! (konon)


eh?


singgah old town untuk kisah lama..

dah! dah! aku pun pulang ke pangkal jalan. dan gigih buat lab sekarang ni. oohh rindu lagi.. besok balik rumah update lagi boleh? banyak bebel pulak ni..hihi.. see ya!




Thursday, June 3, 2010

kluang in June


that monday, my heart was very eager to start this journey. it was not an ordinary journey, it was my first outstation since i work here. This is also my effort in contributing 'something'. at least i do something big here. and i hope it will turn out positively. We are there for the blood collecting programme.

it was also 'a walk to remember' journey. i had my practical here back in 2005 and it was a memorable and unregretable moment. i learnt a lot of thing, i was dealing with the livestock! the views are magnificent, the smell is unforgetable (livestock shit smells nice :) bahaha) and love the experience! now i think i have multiple field knowledge. i have been into different kind of experience since unis life until now. :)


beeeeeeeeeek?


siap kau cow!


yeah! blood sucking makcik. selamba je beliau ambil darah.


me at the field. seluar penuh tahi dan darah! smile girl!

working in the lab doesn't mean you have to be in the lab 24/7. field work is fine with me. infact, i love field work very much and i still couldn't understand myself WHY do i choose labwork based research still. mungkin kerana karma. i don't know. but still, i love science to the max. call me geek tak pelah!

blood collection programme was successfully done and i really hope that i can be here again. i'm gonna miss you cows. hehe..