Sunday, May 23, 2010

well well well..

homaigosh update untuk bulan mei adalah berapa?empat sahaja?

well jika pc mengadap segenap lapisan masyarakat harusslah malu untuk update post baru :) macam aku kate sebelum ni, U dah pergi ke Tuan asal. tuan asal nak bagi tapi dia kate suruh bayar sendiri, nak bayar tapi kena bayar kat segi tiga sunway, kalau nak pergi sana macam ala-ala satu hal. eh eh dah. aku macam nak pecah-pecahkan peristiwa peristiwa pahit manis sepanjang peninggalan aku ke alam nyata..

kes 1.

post aku sebelum ini agak tergantung kan? tahu sebab ape? petang itu, jam pukul 6.35 pm, aku sorang kat dalam office, tiba tiba loceng office bunyi, aku pergi tengok pintu, tak ada orang. HORROR WEH! aku terus rasa macam nak terkencing, sambil kate weeeeeeeeeeeeeeiiii, jangan aaa buat aku macam niii..jantung berdegup laju macam nak pecah. NI HANTU MANA PULAK KACAU AKU NI! terus tobat tak nak balik lambat dan tinggal seorang diri lagi.

kes 2.

aku perlu berjumpa dengan encik mohd nor untuk kes mesin pcr lab aku yang rosak. aku perlu jumpa beliau di pejabat yang lain jadi aku pergi dan buat-buat seperti tetamu sebab sebenarnya aku macam dah biasa pergi tempat tu tapi aku tak kenal je orang-orang kat situ. last last aku dengan sopannya bertanya;

"encik othman ada?"

satu office cari encik othman, padahal encik mohd nor. setelah diexplain permasalahan aku, orang itu terus kata,

"awak nak cari encik mohd nor kot..."

aku pun kate,

"haaaaaaa, encik mohd nor tu la saya nak cari"

aku dah malu. bile cerita balik kat colleagues sekelian, mereka gelakkan aku..haish..

kes 3.

semalam ada meeting macam annual meeting lagi tuh. yang besh nye, meeting dekat EQ dan makanan sangat sedap. aku hanya perlu buat-buat bizi dan bermuka chuak apabila diberi tugasan mengejut - iaitu menekan 'next' untuk presentation. dan juga klik 'call video' untuk skype call. aku cuak aku tertekan 'call' lepas tu, suara tak dengar, konon nak salahkan surround speaker EQ. rupanya plug tak sambung betul salah aku juga. hish. tapi makanan sedap dan aku enjoy tangkap gambar event. juga jumpa geng main badminton. kata beliau, beliau saling tak tumpah seperti lin dan, aku cuak lagi, dalam hati aku aku hanya lah sekadar ala-ala rashid sidek yang menang piala thomas dulu tapi aku diam je sebab aku tau lin dan lagi terer. terasa tidak fight. habislah aku..

kes 4.

2 minggu berturut turut pergi Nilai tiga nak cari barang kawen. hari ni pergi lagi. dah kira semua bajet habeslah banyak jugak nak belanja nih. dah bertekad kan nak buat bunga telur sendiri. gigih aku ni.. anak sapalaa..mak tanya, kursus kawen dah pergi? dahh... pelamin? dah.. baju? dah..hesh, betul macam progress report pulak ni..macam rasa lama lagi..lama lagi ke? hurmm... 5 bulan lagi weh... CUAK AKU! CUAK! terus aku berniat nak pergi buat facial mencantikkan muka. makin nak kawen, makin huduh rupa paras. badan juga makin mengembang. oh yap, aku nak main badminton dengan lin dan, mungkin sudah selesai masalah pelangsiangan badan itu. muka ni! muka ni! boleh pulak aku pakai salah product samapai naik mengelupas hitam kat muka..aper cer weh! aper cer!!!!

kes 5.

aku nak pergi kluang 1/6 ni! pi amek darah! tak da update lebih sangat pun sebab tak jadi lagi..

kes 7.

nak pergi redang pulak bulan 7 ni? :P

kes 8.

macam nak pergi cameron highland hujung bulan 6 ni jugak..

kes 9.

jam dah nak dekat pukul 3, aku nak tido sekarang.. daa!

No comments:

Post a Comment