Monday, May 17, 2010

kahwen post

obvious sangat nak cerita pasal persiapan kahwen..terus rasa nak malu-malu errkh!..

by the way, sudah target dalam sebulan untuk membelanjakan duit gaji bulanan ke arah perkahwinan. bila pergi shopping complex fikiran harus melayang teringatkan duit yang perlu disimpan untuk belanja kahwen. jadi bila nak beli baju bari atau kasut baru yang tak ada kena mengena dengan barangan perkahwinan, terus mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar panjang kerana perlu simpan duit untuk kahwen! untuk kahwen! oooh sungguh terseksa jiwa dan raga..

namun begitu, bila tiba masanya untuk bershopping barang kahwen, perasaan memanglah tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. jadi memang sama je sebenarnya perasaan tu dengan beli beg gucci harga rm500 tapi ini untuk pakej kahwen yang cecah ribu ribu dengan harapan hari kahwin akan jadi pengantin yang paling cantik dalam dunia! arrgh stret to the point..

sebab nak berjimat, dan gaji tak tinggi maka hsrat nak pergi cari barang murah kat nilai tiga macam ala ala tercapai gitu. bawa sekali housemate dengan boifriend beliau sekali lalu pergi cari bunga telur/bunga pahar. mahal memang mahal lah, fikir agak dalam 18 kali jugaklah nak beli. tapi dah lah, mari kita buat saje!! baru berbaloi baloi.......

jadi lepas beli semua kelengkapan membuat bunga pahar, housemate yang terel kerana mempunyai pengalaman selama bertahun tahun (sebab 4 orang kakaknya dah kawen) mengajar aku yang agak dungu bunga pahar ni diy..oh memang puas hatilah. gila terlah housemate ku ini terus bersyukur kepada Tuhan, oh rupanya ini sebabnya Kau memberi petunjuk kepadaku untuk berhousemate dengan beliau. sebab boleh ajar buat bunga pahar rupanya. beliau memang sangat membantu. terima kasih hanisah! hehe.

note: tips untuk membuat bunga telur adalah, perlu ada tutu yang banyak ;)


jadi tak boleh lah nak show of bunga pahar 4 kuntum tu je. nanti masa kawein i, i bagile kepada sesiapa nak merenjis i..(couldnt imagine orang merenjis aku? aku hanya dapat imagina orang simbah aku dengan sebaldi air - matriks melaka party blok A1). atau balik water baloon kena aku (explorace sekolah).

jadi mungkin tak banyak yang siap lagi semua dalam kepala otak je..takut je ada yang tak cukup. nak tengok pelamin orang kat blog takut pulak, meletops mak pelamin. haruslah cecah 5K, i tak ada 5 K jadi tempah pelamin baju segala bagai 2K. cukupla tu (aku dah mention ke heh?).

No comments:

Post a Comment